Monday, October 16, 2006

Bagaimana Memanfaatkan Webblog ini…

Kami sangat menghargai kedatangan anda menziarahi web ini. Kami sangat berdoa agar anda dapat membaca dengan baik semua artikel yang ditulis dalam web ini, agar cahaya kebenaran menyinari hidup kita semua. Berikut adalah panduan untuk anda memanfaatkan web ini:

Artikel :
Anda boleh membaca semua artikel yang terdapat dalam blog ini.

CBOX : Kotak mesej ini berfungsi untuk dialog dan mesej ringkas dalam komuniti web ini. Anda boleh meninggalkan mesej yang berbentuk soalan, komentar pendek atau pandangan peribadi.

Komen : Pada setiap artikel, anda berhak memberikan komen yang berkaitan. Kami sangat hargai usaha anda. Anda juga boleh membaca komen yang dihantar oleh pembaca lain.

Arkib : Anda boleh membaca artikel yang lalu dengan mengklik tajuk-tajuk di bawah:

Tujuan Webblog Ini
Asaari Dajjal: Pendusta atas Nama Nabi s.a.w.
Dialog Bersama Asaari
Usaha Kami Ini, Suatu Dakwah…
Yaqazah Pada Era Arqam dan Era Rufaqa
Petikan Dari Pengalaman: Lagi Kisah Yaqazah...
Setelah Lama Memerhati… (Lagi isu tentang YAQAZAH)
PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Evolusi Yaqazah Asaari dan ‘Rasulullah’
Asaari Tidak Mempunyai Syafaat
Asaari dan Kasyaf
Asaari Bukan Pemimpin Jemaah Kebenaran
Tenggelamnya Asaari Dalam ‘Alam Ghaibnya’
Islam Hadhari: Asaari Syok Sendiri
Pendustaan Asaari Tentang Keturunannya
Pengharaman Buku Terbitan Rufaqa
Asaari Tidak Mempunyai `Ishmah
Asaari: Pengikut Hawa Nafsu Dalam Beragama
Kecelaruan Asaari Terhadap Hadith Dhaif dan Maudhu'
Kerosakan Akidah Asaari Dalam Perkara ‘Iman Kepada Malaikat’
Bertaubatlah Sebelum Terlambat
Hentikan Penggunaan Perkataan ‘Tuhan’
Asaari Dakwa Mengetahui Perkara Ghaib
Mengapa Kami Mendedahkan Kesalahan Asaari dan Jemaah Aurad Muhammadiah (Rufaqa)?
Istighathah: Faktor Utama Penyelewengan Akidah Jemaah Aurad Muhammadiah
Asaari Mendapat Ilmu Ladunni?
Asaari Dan Taqiyyah
Bolehkah Menentukan Seseorang sebagai Imam Mahdi?
Imam Shafie: Penentang Ajaran Sesat
Pendewaan Keterlaluan dalam Rufaqa
Benarkah Sheikh Suhaimi Masih Hidup?
Apabila Sudah Miskin Hujah
Faktor-Faktor Menghidupkan Semula Jemaah Aurad Muhammadiah
Mengapa Jemaah Aurad Muhammadiah Hidup semula?
Syahadah Aurad Muhammadiah: Satu Penilaian
Imam Mahdi adalah keyakinan Akidah
Mengapa Asaari Membenci Ulama
Asaari Kuat Beribadah?
Benarkah Asaari Pemuda Bani Tamim?
Mawaddah: Produk Maksiat Dari Rufaqa
Hukum Sembelihan Ahli Rufaqa Dan Solat Berimamkan Mereka
Tabaruk: Penyelewengan dalam Rufaqa
Adakah Asaari Seorang Wali Dan Mempunyai Karamah?
Lagi Bukti Kesesatan Rufaqa
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Perlu Ditambah Lagi
Berikut adalah ajaran dan dakwaan terbaru Jemaah Aurad Muhammadiyah (Rufaqa')

Kami akan memasukkan entri terbaru pada masa akan datang.
Wassalam.

4 Comments:

At 2:31 PM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,
mesej yang saya terima berkaitan rufaqa untuk pengetahuan.


Date: Thu, 12 Oct 2006 09:58:50 +0800 (MYT)
Subject: Re: Pegangan Rufaqa Abu Ya
From: nadya@perak.gov.my Add to Address Book Add Mobile Alert
To: "Mohd Yusof Kamarudin" y_lubis@yahoo.com
Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-75 yang telah berlangsung pada 12
September 2006 telah bersetuju memutuskan bahawa "AJARAN, PAGANGAN DAN
FAHAMAN YANG DIBAWA DAN DIPEGANG OLEH AHLI JAMAAH SYARIKAT RUFAQA'
CARPORATION SDN BHD (SRC) DAN RANGKAIAN SYARIKAT GABUNGANNYA ADALAH
MENYELEWENG DARIPADA AJARAN ISLAM".

Sekian Terima Kasih,

Bahagian Istinbat,
Jabatan Mufti Negeri Perak.

---------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Saya kira siasatan menyeluruh telah dibuat berkenaan
pegangan rufaqa abu ya oleh kerana maklumat telah
banyak dipaparkan di dalam blog yang rujukannya telah
juga saya berikan dahulu:
{www.rufaqa-sesat.blogspot.com.} Apakah yang
diperlukan lagi supaya siasatan menyeluruh dapat
dilakukan tanpa lengah-lengah lagi oleh kerana
pengaruh gerakan ini telah tersebar luas di dalam
negara kita ini.
Jawapan awal adalah sangat saya hargai.

 
At 7:01 PM, Anonymous Anonymous said...

Hukum Orang yang Mengaku Mengetahui yang Ghaib

Selasa, 19 September 2006
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Apa hukum orang yang mengaku mengetahui yang ghaib ?
Jawaban
Hukum orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib adalah kafir, karena ia mendustakan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dia berfirman. Artinya : Katakanlah : "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan" [An-Naml : 65]
Allah memerintahkan kepada NabiNya Muhammad Shallallahu'alaihi wa sallam untuk memberitahukan kepada manusia bahwa tidak ada seorangpun di bumi maupun di langit yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sesungguhnya orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib, maka ia telah mendustakan Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang khabar ini. Kita tanyakan kepada mereka : Bagaimana mungkin kalian mengetahui yang ghaib, sedangkan Nabi saja tidak mengetahui ? Apakah kalian lebih mulia daripada Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam ? Jika mereka menjawab : "Kami lebih mulia daripada Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka mereka telah kafir karena ucapan itu. Jika mereka mengatakan : Bahwa Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam lebih mulia, maka kami katakan : Kenapa Rasul tidak mengetahui yang ghaib, sedangkan kalian mengetahui ? Allah berfirman. Artinya : (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridahiNya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan belakangnya." [Al-Jin : 26-27]
Ini adalah ayat kedua yang menunjukkan atas kafirnya orang yang mengetahui ilmu ghaib. Allah Subhanahu wa Taaala telah memerintahkan NabiNya Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk mengabarkan kepada manusia dengan firmanNya. Artinya : Katakanlah : "Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku." [Al-An'am : 50]
[Disalin dari kitab Majmu Fatawa Arkanil Islam, edisi Indonesia Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Terbitan Pustaka Arafah]
www.arrahmah.com

 
At 4:51 AM, Anonymous Anonymous said...

saya amat menyokong blog ini agar ada umat yg kurang "ilmunya" dapat hindari dari ajaran yg byk menyesat kan muslim yg lain.

 
At 1:12 AM, Anonymous Anonymous said...

Akhirnya saya berjumpa juga website yang berani berkata benar terhadap JAM (Jemaah Aurad Muhammadiah), atas dasar syara'.

Semoga Allah merahmati pengusaha blog ini, mengampunkan dosanya dan tetap membimbingnya ke jalan yang lurus.

Us Asari ni zahirnya nampak baik, tetapi batinnya sombong dari menerima kebenaran. Dibawakan hujjah, namun dia tetap menolak. Inilah sombong namanya.Moga Allah menjauhkan kita dari sikap sedemikian.

(Naudzubillahi min dzalik)

Buat pengikut J.A.M., anda pun sama bodoh sombong seperti ketua anda. Cubalah buka mata, ikutlah petunjuk Allah. Tak cukup kah dengan bala' yang datang bertimpa-timpa? Mana janji abuya anda, Imam Mahdi akan muncul sebelum berlalu suku abad, iaitu 1425 H? Sekarang sudah 1427 H ! Penghinaan yang Allah timpakan kepada abuya anda itu, anda anggap sebagai strategi jadual Tuhan. Kalau begitu, bagaimanakah anda akan bertaubat?

Satu lagi, janganlah ukur kebenaran berdasarkan keramat. Kerana Dajjal akhir zaman akan datang dengan seribu satu magic, yang nampak macam keramat, yang sungguh mencarik adat.

Ingatlah, wahai pengamal JAM, Islam tertegak di atas hujjah, bukan di atas sakhsiah. Pegang pada hujjah yang membezakan Hak dan Batil, bukan pada sakhsiah individu yang boleh sahaja berpura-pura baik, walhal engkar terhadap nas syarak.

Tinggalkan saja Us Asari itu, masih belum terlambat.

Biarkan dia berkayuh berseorang, ke alam mistik dan tipu daya syaitan itu. Bukankah beliau dengan sombongnya pernah berkata "Ana akan tetap berkayuh, walau pun tinggal seorang" ?

Buat apa anda berjuang untuk pegangan yang ditolak oleh semua kaum Muslimin? Ianya sungguh memalukan untuk dijadikan hujjah


Kembalilah, wahai pengikut JAM. Allah Maha Penyayang, masih belum terlambat. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang lurus.

"Ya Allah, perlihatkanlah kami yang hak itu sebagai hak, dan jadikanlah kami mengikutinya. Dan perlihatkanlah kami yang batil itu sebagai batil, dan jauhkanlah kami darinya"

Wassalam
Adam Ibrahim

 

Post a Comment

<< Home