Thursday, June 08, 2006

TUJUAN WEBBLOG INI

As-salamu alaikum wa rahmatu Allah

Kami sangat menghargai kunjungan anda semua ke webblog ini.

Siapa Kami?

Kami adalah sekumpulan pengkaji Akidah. Kami mempunyai pengalaman yang meluas dan lama dalam mengkaji Al-Arqam iaitu lebih 20 tahun. Kami juga mempunyai sumber maklumat yang terlalu banyak tentang ajaran ini yang akan diterangkan satu persatu.

Untuk Apa Web Blog ini?

Web ini bertujuan:

a. Mendedahkan secara terperinci ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994.
b. Menerangkan secara ilmiah tentang semua kesalahan mereka dengan menggariskan kesalahan mereka dan menyatakan apakah pandangan Islam yang sebenar berasaskan al-Quran, Sunnah yang sahih, ijmak ulama, pandangan para sahabat dan Salaf al-Soleh dan tulisan ulama dalam kitab muktabar.
c. Memberi respon kepada pertanyaan masyarakat awam yang terkeliru dengan dakyah Rufaqa.
d. Menjelaskan perkara yang haq (kebenaran) dan batil (kesesatan) dengan hujah yang mudah diterima oleh orang awam.
e. Bertindak sebagai agen pemberi maklumat kepada masyarakat.
f. Bersedia membuat kursus pemulihan dan penerangan kepada 'mangsa-mangsa' Rufaqa atas permintaan keluarga.

Penegasan:

a. Kami hanya bersedia berbincang dengan Rufaqa dengan menggunakan manhaj ilmiah iaitu berbincang dengan dalil dan nas yang sahih.
b. Kami tidak akan melayan mesej atau email yang berbentuk emosi, atau apa-apa yang menunjukkan mental disorder dari mana-mana individu sama ada Rufaqa ataupun simpati mereka.
c. Kami adalah penganut Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

1 Comments:

At 12:40 AM, Anonymous Anonymous said...

Jika sudah 20 tahun membuat kajian, saya percaya pemilik blog ini pasti mempunyai database yang kuat tentang makalah/pandangan Us Asaari.

Saya mencadangkan agar Web Blogger menyenaraikan ramalan-ramalan Us Asaari dan hasil ramalan tersebut. Antara yang saya masih ingat ialah Imam Mahdi akan muncul dalam awal kurun, iaitu sebelum 1425 H. Malahan Us Asaari sendiri mencabar pengkirtik beliau, kalau nak marah pun tunggulah sampai tarikh tersebut.

Tapi sekarang ini dah masuk 1427H, bayang Imam Mahdi versi Arqam pun tak nampak.

Penulisan mereka dulu juga telah menyokong Saddam (kini Allahyarham) sewaktu pelanggaran Iraq ke atas Kuwait, dengan hujjah "Orang Kerohanian" melihat gambaran Tok Syeikh Berserban dibelakang Saddam. Siap dilukis gambar tok syeikh berserban dibelakang gambar Saddam dan jadi muka depan majalah mereka. Tapi kita lihat sendiri apa yang berlaku pada Iraq hari ini. Huru-hara. Pembunuhan. Kasihan rakyat Iraq.

Juga ramalan Tun Ghafar Baba jadi PM.

Juga ramalan beliau sendiri jadi PM.

Dan macam-macam ramalan lagi yang kesudahannya menjadi bahan lawak jenaka.

Mungkin web blogger boleh tambah lagi. Kerana mereka sering berhujjah, "Orang Tuhan" mendapat message yang benar. Tapi message yang diberikan semuanya hampeh !

Wassalam
Taliban

 

Post a Comment

<< Home