Monday, September 11, 2006

Usaha Kami Ini, Suatu Dakwah…

Alhamdulillah, setelah lebih 3 bulan web blog ini menyusur alam siber, banyak respon dan sikap yang kami hadapi. Pelbagai ombak yang datang kepada kami, adakalanya ganas dan adakalanya merimaskan. Ada yang mengugut dengan ugutan yang ‘menakutkan’ menerusi email dan mesej pendek. Kami merasa ‘amat takut’, apabila kami diugut dengan perkara berikut:
a. Zaman daulah nanti, kami semua akan dihukum.
b. Kehidupan kami akan dirundung malang dan tidak berkat.
c. Anak cucu kami sepanjang tujuh keturunan akan menderita dan ditimpa musibah.
d. Kami akan tersesat…

Selain itu, kami melihat gaya berfikir pengikut Asaari sangat lemah dalam memahami dalil. Malah, mereka berhujah secara pelik dengan mencabar kami agar menubuhkan sebuah jemaah yang lebih hebat dari mereka. Ketahuilah, kalian tidak hebat mana untuk dilawan dalam kapasiti jemaah. Ratusan jemaah Islam seluruh dunia yang tidak pernah kenal siapa Asaari Muhammad, sedang hebat menggerakkan dakwah. Malah, kami bersedia memberi senarai jemaah-jemaah yang hebat dari segi ekonomi dan dakwah yang wujud di seluruh dunia Islam dan di Eropah yang menyebarkan perkara makruf dan menentang kemungkaran. Penilaian kami adalah mudah. Timbangan kami berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Kalau dasar sesuatu jemaah itu bercanggah dengan ahli sunnah wal Jamaah, maka kehebatan mereka tidak ada nilai di sisi Allah.

Selain itu, pengikut dan para simpati Asaari asyik berhujah bahawa kita tidak boleh mencaci, menghina, memburuk-burukkan dan mengutuk Asaari. Dia ulama besar, hebat dan ada kuasa. Sesiapa yang menghinanya akan terhina. Ajaran tasawuf tidak membenarkan kita menghina sesiapa. Maka, mereka berhujah, kandungan web ini perlu ditolak kerana penuh dengan perkara mazmumah yang dilemparkan terhadap abuya mereka. Sehubungan itu, pada entri kali ini, kami akan membidas hujah mereka ini.

Kami tersenyum pada setiap email yang mengandungi marah-marah pengikut Abuya dan para simpati mereka. Pada entri kali ini, kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa usaha ini adalah usaha dakwah yang menjelaskan kesesatan Rufaqa agar mereka tidak lagi boleh mempengaruhi orang ramai.

Tindakan kami ini boleh dikategorikan sebagai ghibah, iaitu menceritakan perihal Asaari Muhammad. Bukan itu sahaja, ada pihak yang mengatakan kami ini suka mencerca, kesat dalam bahasa dan menghina Asaari Muhammad walaupun dakwaan itu boleh dinilai semula. Tindakan kami ini tidak pernah bercanggah dengan kaedah fiqh dan dalam mana-mana ajaran tasawuf. Ini kerana, para ulama sepakat membenarkan umat Islam mendedahkan kejahatan seseorang lebih-lebih lagi kejahatan itu berkaitan dengan agama. Sehubungan itu, kami nyatakan di sini, pendapat para ulama yang membenarkan tindakan kami ini.

Ghibah secara asasnya adalah satu perbuatan yang tergolong dalam sifat mazmumah. Pada asalnya kita tidak dibenarkan bersikap sedemikian terutamanya pada muslim yang lain. Namun, para ulama telah membenarkan seseorang melakukan ghibah dalam aspek membanteras ajaran sesat. Mari kita lihat apa pendapat para ulama:

Hasan al-Basri berkata, “Tidak dianggap ghibah dalam membicarakan ahli ajaran sesat.” Beliau menambah, “Tidak diharamkan tiga jenis orang yang mengutuk, di antara mereka adalah ahli bid’ah yang berlebihan dalam kebid’ahannya.” Dalam riwayat lain, “Tidak ada ghibah bagi ahli bid’ah dan orang fasik yang menampakkan kesesatan mereka.” (Syarah Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, jld. 1, hlm. 140)

Imam Abu Hamid al-Ghazali menjelaskan tentang alasan diperbolehkan ghibah dalam kitab Ihya’, “Ketahuilah bahawa alasan yang membolehkan menyebut keburukan orang lain hanya setakat untuk mewujudkan tujuan syarie yang tidak mungkin tercapai kecuali dengan jalan ghibah, sehingga boleh menggugurkan dosa ghibah.” (Ihya' Ulumuddin, jld. 3, hlm. 152)

Imam al-Qarafi berkata; “Aib ahli bid’ah (ahli ajaran sesat) dan kesesatan buku-buku mereka perlu dijelaskan kepada semua orang. Agar orang-orang yang lemah iman dan ilmu tidak terjerat dengan kesesatan mereka.” (al-Furuq, jld. 4, hlm. 207-208)

Imam al-Syatibi juga menjelaskan masalah hukum membicarakan keburukan ahli bid’ah dan ajaran sesat. Beliau menghukumkan boleh menyebut-nyebut keburukan ahli ajaran sesat dan menjelaskan kesesatan mereka agar semua orang terhindar dari fitnah ucapan mereka dan bahayanya, sebagaimana yang dilakukan oleh ulama salaf. (al-I’tisham, jld. 1, hlm. 176)

Selain itu, Imam al-Syatibi menambah; “Tidak boleh membicarakan ahli ajaran sesat secara khusus kecuali dalam dua keadaan, dan saya cukup menyebutkan yang kedua sahaja iaitu: JIKA KUMPULAN TERSEBUT MENGAJAK KEPADA KESESATAN DAN MEMBUATKAN ORANG AWAM DAN ORANG YANG TIDAK BERILMU TERPEDAYA DENGAN KESESATAN MEREKA. Bahaya mereka terhadap umat seperti bahayanya iblis, mereka adalah syaitan di kalangan manusia. Oleh kerana itu, perlu disampaikan secara tegas, bahawa mereka ahli bid’ah, penyebar kesesatan.” (al-I’tisham, jld. 2, hlm. 228-229)

Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam Zadd al-Maad menyebutkan: “Seseorang Muslim boleh menilai buruk (negatif) kepada ahli bid’ah, apabila dalam rangka membela Allah dan Rasul-Nya. Seperti Ahli Hadith menilai buruk (dhaif) kepada para perawi hadith yang lemah atau ahli Sunnah menilai buruk ahli bid’ah, namun ia bukan untuk tujuan kepuasan peribadi.” (Zaad al-Maad, jld. 3, hlm. 18)

Imam Nawawi berkata; “Ghibah diperbolehkan dengan tujuan syarie yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan cara ghibah dan ada enam faktor. Faktor kelima iaitu seorang yang menampakkan secara terang-terangan kefasiqan atau kebid`ahan. Boleh menyebutkan keburukan yang mereka lakukan secara terang-terangan, dan diharamkan menyebutkan selain itu kecuali ada sebab syar’ie lain.” (Riyadh al-Solihin, hlm. 529)

Ibnu Salah berkata; “Boleh mengutuk ahli bid`ah bahkan menyebutkan kesesatan mereka, baik di hadapan atau di belakang mereka, dengan syarat maksud utama adalah untuk menjelaskan kepada khalayak tentang kesesatan mereka. Itulah yang dilakukan oleh ulama salaf, baik ghibah tersebut untuk menjawab pertanyaan atau tidak.”

Apa yang kami paparkan ini hanya sedikit sahaja. Bagi kami ia sudah mencukupi kerana merangkumi pendapat pelbagai ulama dari pelbagai aliran dalam Ahli Sunnah wal Jamaah. Sehubungan itu, apa yang kami usahakan ini sangat mendekati kebenaran dan untuk menjaga kemaslahatan umat. Sekiranya kaedah dan approach kami ini salah, maka salah dan tersesatlah semua ulama yang kami rujuk di atas. Jadi, mengapa tidak dihalakan kemarahan kepada para ulama yang membenarkan kami melakukan perkara ini iaitu menjelaskan kesesatan Asaari dan jemaahnya?

Perjuangan kami ini mengambil aspirasi dari hadith berikut. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda;

“Tiada seorang Nabi yang diutus Allah kepada umatnya sebelumku, melainkan ada di antara umatnya yang menjadi pembela baginya dan sahabat yang mengambil sunnahnya, mengikuti perintahnya. Kemudian setelah mereka, datang generasi yang mengucapkan sesuatu yang tidak mereka kerjakan dan mengerjakan sesuatu yang tidak diperinthakn. Maka siapa yang memerangi mereka dengan tangannya, ia seorang yang mukmin, siapa yang memerangi mereka dengan lisannya, dia seorang mukmin dan siapa yang memerangi mereka dengan hatinya, dia seorang mukmin. Dan selain itu, tidak memiliki keimanan sebiji sawi pun.”
(Hadith SAHIH riwayat Imam Muslim.)

Imam Nawawi dalam membicarakan hadith tersebut menyatakan, “Antara al-Quran, al-Sunnah dan ijma; telah selaras dalam menyatakan kewajipan amar makruf dan nahi mungkar. Ini kerana ia sebahagian dari nasihat dalam agama dan tidak ada yang menyangkal kaedah tersebut, kecuali sebahagian Rafidhah (Syiah).”

Dengan itu, dakwah kami ialah dakwah tauhid. Mengajak manusia membersihkan akidah mereka dan menjauhi daripada mereka yang telah tersesat. Apa yang kami paparkan ini adalah satu usaha yang sangat kecil dalam memelihara aqidah umat Islam khususnya di Malaysia.

Malah, usaha kami ini sangat sejajar dengan Firman Allah berikut:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Ali Imran: 104)

Jelaslah, kami sedang melakukan amar makruf dan nahi mungkar dengan mengkhususkan aspek akidah! Isu-isu lain memang banyak. Tetapi, kita berkerja perlulah FOKUS untuk lebih berjaya!

6 Comments:

At 4:40 PM, Blogger Hashim Bin Kalil said...

1. Rasulullah tak pernah meminta para sahabat menyumbang duit atau harta untuk perniagaan. Melainkan ketika masa peperangan.
2. Rasulullah tidak kaya sebaliknya individu para sahabat yang kaya raya. Rasulullah tidak berniaga setelah dilantik menjadi rasul.
3. Apalah yang hendak dibanggakan dengan sekolah Rufaqa yang tidak ke mana tu! Nak bersaing ke peringkat antarabangsa konon. Setakat ini hanya anak-anak Asaari atau Board of Director aje yang berjaya. Anak-anak ahli biasa tak akan belajar tinggi. Mereka akan diberi pekerjaan sebagai kuli third class seperti jaga restoran, buat kek, pandu van dan macam-macam lagi.
4. Ekonomi apa yang hendak dibanggakan? Nak bayar sewa bangunan kedai pun guna duit modal atau kutipan ahli. Itu sebablah perniagaan mereka tak pernah kekal kerana menanggung hutang yang banyak.
5. Mana-mana tariqat pun di dunia ini telah membuktikan bahawa sheikh tariqatnya tidak terlibat dengan bisnes. Hanya murid-muridnya sahaja membantu.
6. Ahli-ahli perlu membersihkan diri sebelum berjumpa Asaari. Dalil apa Rufaqa guna? Rasulullah tak pernah tolak sesiapa sahaja yang nak berjumpa, tak kira majusi, musyrikin dan munafiq.
7. Gambar Asaari digantung di kedai dan pejabat Rufaqa untuk mengelakkan sihir. Asaari sendiri sakit kononnya disihir pun tak boleh pulih.....
8. Bagaimana Asaari yang rapat dengan Rasulullah dan Sheikh Suhaimi kononnya tapi tidak dibantu ketika sakit. Takkan Rasulullah dan Sheikh Suhaimi biarkan sahaja Asaari sakit teruk begitu.
9. Anak-anak Asaari kaya-raya. Dapat pengajian yang sempurna. Kahwin pun dengan orang-orang yang berpangkat. Ahli-ahli biasa hanya kahwin dengan tukang masak, pemandu van, tukang kebun, penjual sayur dan lain-lain lagi
10.Asaari telah mempermainkan nama Rasulullah dan membuktikan Rasulullah pendusta dengan ramalan-ramalan yang karut dalam sajaknya seperti Tun Ghafar, daulah, Imam Mahdi dan sebagainya.
11.Orang luar yang bernasyid dituduh melacurkan kalimah Allah tapi Asaari korbankan suara lunak anak-anak dara Mawaddah didakwa untuk strategi.

At 6:43 PM, Anonymous Anonymous said...

"jangan takut, dan jangan gentar sesungguhnya Allah bersama kita"

At 5:06 AM, Anonymous Anonymous said...

menurut al-Imam al-Ghazali rh dlm Ihya' Ulumuddin; antara umpatan yg dibolehkan adalah apabila:

1. seseorang melakukan kefasiqan scra terang2 an & berasa bangga dgn kefasiqan yg dilakukan

2. memberikan peringatan di atas kejahatan yg dilakukan (utk tujuan menakut2 kan seorang Muslim agar tdk mengulangi kejahatan yg sama)

3. meminta bantuan utk mengubah kemungkaran ataupun agar org yg melakukan maksiat dpt diarahkan ke jln yg lurus

wallahu a'lam bisshawab

At 10:27 AM, Anonymous Anonymous said...

LAGI CACATAN YG DIREKODKAN DARI MAJLIS ASAARI BERSAMA PENGIKUTNYA
011005 (malam)

Assalamu.. wr wb…

Alhmdulillah, wa shalatu was salam ala rasulillah…

Kuliah ni berangkai dengan kuliah semalam dan pagi ni. Kalau kita dapat rangkaikan kita akan faham perjuangan kita. Memperkatakan tentang Imam Mahdi, dah banyak kita bertanya kepada para ulama. Hingga sekrang ni jawapan mereka tu tak memuaskan. Kita tak boleh faham. Setidak-tidaknya ada beberapa pendapat tentang Imam Mahdi.

Yang pertama, kumpulan yang terus menolak. Bagi mereka Imam Mahdi tak wujud. Hadis-hadis tentangnnya semua dianggap hadis dhaif. Kumpulan kedua, Imam Mahdi tu bukan orang. Islam akan kuat semula dan memimpin dunia. Orangnya tak ada. Bukan to-koh yang ditunggu-tunggu tapi suasana Islam yang akan kuat balik, yang ditunggu-tunggu.

Ketiga, yakin kedatangan Imam Mahdi, tapi tak ambil pusing. Sebab kata dia masa tak tahu bila. Entah 1000 tahun lagi. Keempat, percaya yakin dengan Imam Mahdi dan me-nunggu kedatangannya. Bila dia lahir besok, kita baiahlah.

Kelima, pendapat saya, Imam Mahdi tu akan lahir. Dia orang yang pernah hidup tapi ghaib. Bukti-bukti banyak dapat disampaikan tapi bukan malam ni. Tentang ghaib dah banyak cerita. Imam Mahdi tu lahir di akhir zaman, ketika dunia kembali terlalu kusut, tak ada tempat nak mengadu.

Waktu tu Tuhan datangkan Imam Mahdi sebagai tempat orang menyelamatkan diri. Imam Mahdi tu perjuangannya didahului Putera Bani Tamim. Hasil perjuangan Putera Bani Tamimi tulah akan diserahkan pada Imam Mahdi. Di sinilah ulama terkeliru. Ulama berpendapat, Imam Mahdi kalau lahir nanti, satu malam selesai. Perjuangannya selesai, pengikutnya selesai, seolah macam magic.

Kalau begitu Imam Mahdi lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. pun tak semudah tu. Rasulullah s.a.w. berjuang berpuluh tahun susah payah baru menang. Imam Mahdi satu malam saja, dia bukan rasul bukan nabi. Tak lojik. Pendapat ni kita to-lak, karena dia seolah menghina rasul-rasul.

Adakah satu perjuangan mengislamkan dunia satu malam selsai. Bukan begitu. Kalau kita terima pendapat ini, dia lahir macam magic. Satu malam selesai. Lepas tu baiah. Saya nak tanya tuan semua, bila esok dia lahir, isytihar, saudara beranikah baiah? Tak. Kalau dia isytihar, dia akan kena tangkap, macam sayalah kena tangkap.

Pendapat itu tak betul. Imam Mahdi ni perjuangannya sistematik. kedatangan Imam Mahdi bersama sistem. Kalau bersama sistem orang mudah terima. Katalah 20 tahun dulu Pak Lah isytihar, saya PM Malaysia, orang boleh terima? Tak. Jadi Imam Mahdi nanti diterima orang karena melalui sistem.

Sistem ni tak ada seorang ulama tahu, walaupun ulama besar. Dia diberikan pada se-orang. Siapa yang Tuhan, rezekikan dialah. Dialah Putera Bani Tamim yang Tuhan bagi tahu. Perjuangan Imam Mahdi tu terang-terang, nampak, dapat dilihat. Cuma orang boleh terima tidak itu soal lain. Ada sistem, pendidikan, jemaahnya.

Itulah hikmahnya waktu Imam Mahdi dighaibkan didahulukan oleh seorang pemimpin yaitu Putera Bani Tamim yang merintis jalan ke arah lahirnya Imam Mahdi. Jadi bila Imam Mahdi lahir segala perjuangannya, ikhwannya, asoibnya, jemaahnya diserah ke-pada Imam Mahdi. Baru munasabah satu malam terjadi sebab dia dah didahului per-juangannya oleh seseorang. Pak Lah jadi PM didahului UMNO dah berapa lama. Imam Mahdi diterima hasil orang sebelum tu merintisnya. itulah sistem.

Jadi kalau begitu, mahalnya perjuangan Putera Bani Tamim. Tu kalau orang tahu, sebab dia menempuh jalan perjuangan kepada lahirnya Imam Mahdi. Di antara makulmat atau ciri yang Tuhan bagi kepada Putera Bani Tamim:
1. Dia pemimpin sebelum Imam Mahdi, ini disebut hadis. Kalau ada terdengar tenang Putera Bani Tamim di satu zaman tu, maka walaupun merangkak di atas salji hendaklah kamu pergi. Ini tak payah merangkak, naik kapal terbang, naik pajero. Mudah. Itu pun orang tak nampak, tercari2. mungkin di Turki, Tanah Arab, Indonesia. Tak nampak.
2. Tuhan bagi dia ilmu. Ilmu yang dibagi pada Putera Bani Tamim tak ada pada ulama lain. Maksudnya ilmu perjuangan, ilmu mendidik manusia. Hanya pada dia seorang. Ilmu ni merupakan keramat maknawi Imam Mahdi. Imam Mahdi salurkan kpd Putera Bani Tamim yang orang ramai tak nampak, tak faham. Yang faham Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.
Sebab tu Putera Bani Tamim buat kuliah tak buka kitab, tak catit. Itu di antara keramat besar Imam Mahdi. Dia di balik tabir, boleh salurkan ilmu pada Putera Bani Tamim. Yang Putera Bani Tamim pula boleh faham dan yakin. Mudah saja. Di zaman Sayidina Umar, dia di Madinah, tentera Islam di Palestin yang di-pimpin Sariah, jarak 1000 batu. Sayidina Umar tak nampak Sariah, Sariah tak nampak Sayidina Umar.
Tapi Allah nampakkan. Dulu mana ada TV, handphone. kalau sekarang orang tak hairan. Boleh berlaku Sayidina Umar buat arahan, “Hei Sariah! Tolong bawa tentara kamu ke atas bukit!!” Sariah dengar arahan tu, dia buat. Lebih kurang be-gitulah arahan diberi Imam Mahdi, didengar puteranya. Seakan-akan itulah. Sebab tu lah Putera Bani Tamim tak buka kitab lagi. Dia diberi ilmu. Sampai habis bila tak tahu. Mungkin bila lahir Imam Mahdi habislah, sebab dah bertemu.
3. Putera Bani Tamim dengan ilmunya mendidik pengikutnya yang direzekikan Tuhan. Di tangannya lahir ikhwan dan asoib.
4. Putera Bani Tamim ni membangunkan jemaah, akhirnya kejayaan yang ter-besarnya dapat daulah. Daulah itu tapak kepada ummah. Di antara kejayaan Putera Bani Tamim bila dia dapat daulah, itulah kejayaan terbesar oleh Putera Bani Tamim. Bila dapat daulah, artinya tapak ummah dah wujud, setahun atau tak sampai dua tahun Imam Mahdi lahir.
Bila lahir, segala gala diserahkan kepada Imam Mahdi. Itulah maksudnya di-serahkan.Itulah maksudnya panji-panji hitam akan diserahkan. Cuma keris atau pedang itu lambang saja, yang sebenarnya daulah akan diserahkan.

Macam mana Imam Mahdi lahir?
Di satu bulan haji karena terlalu panas, pada hari Jumaat, bila khatib baca khutbah ke-luar darah di hidung. Dia turun. Tanpa diminta ada orang naik mengganti.Yang kedua tu hidungnya keluar darah juga. Dia turun lagi. Naik yang ketiga sampai ketujuh, tak keluar darah. Banyak orang tak faham. Tapi orang yang peka dengan hadis, pernah baca ten-tang Imam Mahdi dah berbisik-bisik. Inilah dia Imam Mahdi.Tapi kalau tanya ulama, bila orang ketujuh tu tak berdarah, Imam Mahdi isytihar. Tak. bukan begitu. Dengan pe-ristiwa tu orang cakap-cakap, yang ketujuh tu Imam Mahdi.

Dalam pada tu ada orang terserempak dengan dia, bagi yang faham dia kata inilah Imam Mahdi. Dia tak juga isytihar sampai satu dua tahun. Sekitar satu dua tahun, apa Imam Mahdi buat? Dia bertemu dengan wazirnya untuk mengatur strategi beralih-alih tempat. Kejap buat di Madinah, Makkah. Kejap Malaysia, Indonesia, Di Tanah Arab menyusun strategi. Kalau bukan Putera Bani Tamim, tak ada siapa boleh cerita benda ni. Tanyalah ulama, kadhi, mufti. Siapa tak boleh jawab. Rahsia Tuhan ni hanya dibuka kepada Putera Bani Tamim. Nak buka kitab, hadis, tak jumpa.

Jadi sekarang ni orang-orang penting Imam Mahdi dah siap. 7 wazir dah ada. Seorang di Madinah, Syeikh Abdul Nasser. Seorang di Maghribi, Syeikh Abdus Salam Harras. Seorang di Iraq, Syeikh Abdul Jabbar. Di Jordan Syeikh Abu Khalid atau Syeikh Syamar. Dua di Turki Syeikh Mahmud Effendi dan Syeikh Haidar. Yang ketujuh di Malaysia.

7 wazir tu seorang saja berjuang, yang enam lagi menunggu. Masing-masing ada pe-ngikut. Syeikh Abdul Nasser 10000 orang, Syeikh Khalid 30 juta. Demikianlah orang-orang lain. Yang paling sedikit pengikut Putera Bani Tamim, yang bertaraf ikhwan 500, asoib adalah 2-3000. Siapa dia tak tahu. Nasib. Saya hanya mendidik, memberi ilmu, yang menentukan Imam Mahdi di hujung nanti. Siapa yang diterima dialah orangnya.

Selama satu dua tahun Imam Mahdi mengatur strategi bersama orang-orangnya. Asia mula bersatu. Mula-mula bersatu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Lepas tu Singapore diikuti Brunei. Bila dah berlaku, Imam Mahdi isytiharkan diri. Bila dia isyiharkan diri karena melalui sistem orang boleh terima. Waktu tu daulah dah berlaku, daulah satukan Asia. Yang satukan Putera Bani Tamim.

Waktu tu dunia terima Putera Bani Tamim. Wibawa dah ada. Aasia dah terima kepim-pinannya. Bila Imam Mahdi isytihar, Putera Bani Tamim mengesahkan betul, baru lojik, baru munasabah. Kalau dah ada daulah, Putera Bani Tamim dah diterima di pe-ringkat Asia sekalipun orang budha dan bukan Islam. Lahir Imam Mahdi dia isytihar, Putera Bani Tamim sahkan.

Kedatangan Imam Mahdi, tapak ummah dah siap, ilmu dah siap, ikhwan dah siap, asoib dah siap, daulah dan sistem dah wujud. Bila lahir Imam Mahdi, ia menyambung perjuangan dnegan membawa orang-orang dia ke merata dunia untuk menawan negara satu demi satu. Jadi Imam Mahdi bukan yang start. Kalau dia perintis 30 tahun, semua kita ni tak jumpa. Dia datang tu menyambung. Macam Pak Lah memerintah negara ni atas tiket UMNO, dia sambung ajelah. Adakah Pak Lah memulakan satu parti baru? Tak, dia sambung yang sudah dibuat orang. Imam Mahdi nanti sambung saja, Asia dah se-lesai. Tinggal mengorak langkah ke Timur Tengah dan Eropah.

Ikhwan dan asoib tu banyak orang Asia, Melayu, Cina menawan Palestin. Esok orang timur ni ikhwan asoib, banyak yang meninggal dunia bukan di sini. Tetapi di negara-negara lain termasuk Palestin, Arab, Eropah. Masjid Aqsa, orang timur yang akan ambil. Yahudi dah perasan, dulu dia sangka orang Arab. Sebab tulah Israel tiba-tiba dah tolak ansur, Ghaza dah diserah balik. Yahudi dah tahu kebangkitan dari timur. Inteligen nega-ra dah sahkan pndapat Yahudi bahawa kebangkitan tu ada di Malaysia.

Waktu dah dapat daulah, perasaan kepada inginkan Islam di kalangan tarikat dah me-ningkat. Mereka dah terima Putera Bani Tamim, maka mereka berbondong-bondong datang untuk berbaiah kepada Putera Bani Tamim, sebab wkt tu orang soleh pun kena terima Putera Bani Tamim dan mindanya demi kekuatan kepada ummah.

Sebab tu dari sekarang Rufaqa menyiapkan 1000 motivator. Kalau nanti mereka datang ramai-ramai, mana larat BoD saja nak bagi kursus. Mereka ramai. Semua orang ni akan jadi motivator, bahkan tukang masak pun akan ditanya orang. Siapa yang sungguh-sungguh siapkan diri, dia layak. Yang tak serius tak layak.

Bukan semua ahli Rufaqa dapat jadi ikhwan atau asoib, cuma sudah berada di atas line. Siapa yang sampai ke hujung dialah orangnya. Sebab ikhwan asoib dah ada ciri-ciri. Siapa yang tak ada ciri-ciri, rugilah. Kalau ibarat main bola, kita menonton. Tuhan sudah buat ketentuan bahawa di akhir zaman dunia akan diserahkan pada ikhwan asoib. kalau ada orang soleh pun tak terima Putera Bani Tamim walaupun di akhirat mungkin se-lamat, tapi di dunia dia tak dapat apa-apa. Sekarang kita berjuang menyiapkan ikhwan asoib dengan cara memberi minda, lahirkan jemaah, lahirkan sistem. Siapa nasib baik dia akan ikut. Yang tak dia akan terkeluar.

Kalau kita faham, balik ni, hidup mati kita utk Tuhan, untuk jemaah, untuk perjuangan, untuk kebenaran. Ahli tu bukan tompang dengar saja, bila BoD datang bagi kuliah dia datang itu tak cukup. Kalau saudara nak ikut sama dalam perjuangan ni segala yang ada kena dijual untuk Tuhan. Tak salah cari harta, cari ilmu, cari pangkat tapi untuk Tuhan. Segalanya untuk Tuhan.

Kita masuk jemaah ni bukan setakat nak dapat ilmu, dapat kawan, dapat mengadu. Bukan had tu saja. masuk jemaah penting kalau ada masalah ada tempat mengadu. Kalau susah ada tempat membela. Nak terjun betul tak. Bila sampai ke boarder nanti Imam Mahdi tahu. Awak boleh awak tak boleh. Jangan tipu diri sendiri. Masuk jemaah tapi sayarat tak cukup. Ustaz Ashaari bukan tahu. Imam Mahdi tahu. Jangan tipu diri.

At 10:29 AM, Anonymous Anonymous said...

LAGI CATATAN DARI MAJLIS ASAARI BERSAMA PENGIKUTNYA

Post a Comment

<< Home