Thursday, September 07, 2006

Yaqazah Pada Era Arqam dan Era Rufaqa

Apabila membicarakan isu Yaqazah dan pendustaan Asaari, kita tidak boleh melarikan diri daripada memdetailkan kisah dan kronologi kejadian bermula daripada era al-Arqam. Ini kerana beberapa faktor:

a. Yaqazah masih menjadi keyakinan sehingga sekarang.
b. Pola cerita, berita dan mesej dari Rasulullah masih tetap sama.
c. Modus operandi berdusta atas nama Rasulullah masih tetap sama dari dulu sehingga kini.
d. Sumber rujukan dan kerangka perjuangan Asaari dan Jemaahnya sangat bergantung kepada maklumat daripada yaqazah.

Sehubungan itu, kami telah membawakan penjelasan yaqazah pada zaman al-Arqam terlebih dahulu bagi memastikan pembaca tidak terkeliru dengan maklumat yang kompleks ini. Ketahuilah bahawa Prof Abdul Hayyie Abdul Syukor (seorang ulama dan pakar hadith di Malaysia) telah mensifatkan bahawa, masalah al-Arqam yang sangat kompleks ini adalah SKANDAL AGAMA TERBESAR DALAM SEJARAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Justeru, membincangkan isu yaqazah akan merangkumi seluruh zaman. Sementelahan lagi, ajaran Jemaah Aurad Muhammadiah juga didasari dengan satu peristiwa yaqazah antara Sheikh Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. di dalam Kaabah. Mereka mendakwa Sheikh Suhaimi mendapat wirid Aurad Muhammadiah secara jaga dari Rasulullah dan bukannya bermimpi. Inilah Akidah mereka yang menafikan kesempurnaan syariat yang disampaikan oleh Allah kepada baginda dan dari baginda kepada kita semua. Inilah akidah mereka yang menafikan sifat amanah dan tabligh Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan dakwah tauhid dan syariat. Dan inilah akidah Asaari, yang menafikan ayat al-Quran:

ِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا ٌ (٣)

Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu… (Surah al-Ma`idah: ayat 3)

Asaari dan pengikutnya mendakwa dan mempercayai (sebahagian akidah mereka) bahawa Aurad Muhammadiah diterima oleh Sheikh Suhaimi secara langsung dari Rasulullah s.a.w. secara jaga di dalam Kaabah. Menurut Asaari, apabila Sheikh Suhaimi banyak menuntut dan mengamalkan amalan-amalan batin dari ayat-ayat al-Quran, maka Sheikh Suhaimi mula merasa keberatan serta tidak cukup masa untuk mengamalkannya dengan sempurna. Beliau kemudiannya memohon kepada Allah SWT supaya ditunjukkan cara untuk meringkaskan amalan-amalan tersebut atau apa cara sekalipun untuk mengatasinya.

Sheikh Suhaimi kemudiaannya mendapat ‘alamat’ supaya masuk ke dalam Kaabah pada suatu malam tertentu untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. secara jaga dan dalam keadaan sedar (bukannya dalam mimpi). Di sini, Rasulullah s.a.w. telah mengajar Sheikh Suhaimi bacaan Aurad dan cara-cara mengamalkannya. Pendapat Asaari ini diambil dan disandarkan kepada Manaqib Sheikh Suhaimi (EDISI TAMBAHAN) oleh Taha Suhaimi. (Lihat Asaari Muhammad, Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam, hlm. 34-35, 44. Lihat juga Mohd. Taha Suhaimi, Manaqib Kiyai Agung al-Sheikh al-Sayyid Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi, Edisi Jawi, hlm. 27)

Menurut Taha Suhaimi, kenyataan ini tidak terdapat dalam manaqib (buku biografi) asal (JAWA) kerana Mohd. Fadhlullah (pengarang edisi pertama) kurang mengetahuinya. Mohd. Taha memperolehi kenyataan ini daripada Mohd. Khairullah Suhaimi dalam pertemuan mereka. Kisah ini diceritakan oleh Sheikh Suhaimi hanya kepada Mohd. Khairullah sahaja. (Lihat Mohd. Taha Suhaimi, Jawapan Bagi Tuduhan-tuduhan Terhadap Sejarah Hidup Syeikh Muhammad al-Suhaimi dan Aurad Muhammadiah, cet. 4, Singapura; Persatuan Islam dan Pencak Silat Singapura, 1992, hlm. 76.

Kami menganalisis fakta ini dan mendapati bahawa PERISTIWA YAQAZAH ITU TIDAK PERNAH BERLAKU ANTARA SHEIKH SUHAIMI DAN RASULULLAH. IA ADALAH DAKWAAN CUCUNYA YANG TIDAK PERNAH BERTEMU DENGAN SHEIKH SUHAIMI. IA ADALAH DAKWAAN DUSTA MENGGUNAKAN NAMA RASULULLAH. Sekiranya benar Sheikh Suhaimi mengambilnya dari Rasulullah, sudah pasti generasi awal di kalangan anak dan muridnya mengetahui secara mutawatir. INI MEMBUKTIKAN BAHAWA YAQAZAH TERSEBUT ADALAH PALSU, DUSTA DAN TIDAK ADA BUKTI YANG BOLEH MENSAHIHKANNYA. APATAH LAGI, KALAU DISULUH DENGAN ILMU AKIDAH DAN SYARIAT, SUDAH PASTI IA MENYELEWENG.

Maka, sifirnya mudah. Kalaulah Yaqazah Sheikh Suhaimi boleh dipertikaikan dan sangat pasti ia tidak pernah berlaku, maka, apa relevannya Asaari hendak meniru yaqazah seperti itu dan mendakwa dirinya juga boleh beryaqazah dengan Rasulullah?

Adakah Asaari boleh bertemu secara jaga dengan Rasulullah s.a.w. yang telah lama wafat 1400 tahun yang lalu? Adakah Asaari juga boleh berjumpa dengan Sheikh Suhaimi yang telah lama meninggal?

Persoalan Roh adalah rahsia Allah. Allah berfirman:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيلا (٨٥)
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(al-Isra’: 85)

Nas al-Quran dan hadith yang sahih menerangkan roh itu kekal. Ada roh yang akan mendapat nikmat berdasarkan amalan baiknya di dunia, begitu juga sebaliknya. Allah berfirman dalam menceritakan perihal roh:

فَلَوْلا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (٨٣)وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ (٨٤)
Maka Alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya.
(Surah al-Waqi`ah: 83-84)

Dalil di atas menunjukkan bahawa roh adalah sesuatu yang dikirim dan ditempatkan Allah dalam tubuh manusia. Oleh sebab roh, jasad itu hidup. Apabila ajalnya telah sampai, maka keluarlah roh dari tubuh dan itulah saat kematian. Ibn Qayyim al-Jauziyah berkata dalam bukunya al-Ruh: “Ada segelintir masyarakat mendakwa bahawa roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang telah mati. Adakah dakwaan ini benar? Terdapat golongan yang membenarkan, bahawa penemuan roh orang hidup dengan orang mati sama seperti orang hidup bertemu. Ini bersandarkan dalil:

اللَّهُ يَتَوَفَّى الأنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٤٢

Allah (yang Menguasai segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).(Surah al-Zumar : 42)

Berdasarkan ayat di atas, Ibn Abbas berkata: “Telah sampai kepadaku berita bahawa roh orang yang hidup dengan orang yang telah mati selalu bertemu di waktu tidur lalu mereka pun bertanya-tanya antara satu dengan yang lain, maka Allah akan menahan roh orang mati dan dilepaskkan-Nya pula roh orang hidup kembali ke jasad masing-masing.” (Lihat Ibn Qayyim al-Jauziyah, al-Ruh, Misr, Dar al-Kinanah al-Islamiyah, hlm. 46)

Kata-kata Ibn Abbas ini menunjukkan bahawa roh orang yang hidup (bukan jasad) boleh bertemu dengan roh orang yang telah mati HANYA DALAM MIMPI (SEMASA TIDUR). Oleh itu, bagi golongan yang mendakwa bertemu dengan Rasulullah atau roh bainda dalam keadaan jaga adalah satu bentuk penyelewengan akidah.

Asaari dalam bukunya 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' telah menggunakan beberapa hujah sebagai sandaran bagi membolehkan bertemu Rasulullah s.a.w., para Nabi, para wali, shuhada’ dan solihin secara jaga. Bukan itu, bahkan boleh meminta pertolongan (istighathah) daripada mereka, walaupun mereka telah meninggal dunia.

Asaari berhujah dengan ayat berikut:

وَلا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَكِنْ لا تَشْعُرُونَ (١٥٤)
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
(surah al-Baqarah: ayat 154)

Menurut Asaari ayat ini menegaskan bahawa orang yang telah mati (pada jalan Allah) itu masih hidup. Tidak mustahil ia boleh dijumpai oleh orang yang masih hidup secara sedar.

Pandangan dan akidah Asaari ini bertentangan dengan pendapat ulama-ulama tafsir antaranya Ibn Kathir. Beliau mengatakan yan dikhabarkan oleh Allah dalam ayat ini ialah para shuhada’ yang terbunuh ketika membela agama Allah, sesungguhnya mereka itu tidak mati TETAPI HIDUP DI ALAM BARZAKH. (Lihat Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, Juzu’ 1, Dar al-Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah, hlm 197)

Pendapat Ibn Kathir ini bersandarkan kepada sebuah hadith:

Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berbentuk burung hijau bersuka ria dalam syurga sesukanya. Kemudian kembali ke sarangnya yang tergantung di bawah Arasy. Pada suatu ketika Allah menjenguk mereka dan bertanya: “Apakah yang kamu inginkan?” Jawab mereka, “Apa pula yang kami inginkan, sedang Allah telah memberi kepada kami yang tidak diberikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu.” Kemudian diulang kembali pertanyaan itu kepada mereka, kemudian kerika mereka merasa harus diminta, maka mereka berkata: “Kami ingin Allah megnembalikan kami ke dunia untuk ikut berperang fi sabilillah sehingga terbunuh untuk-Mu sekali lagi. Mereka meminta ini kerana sudah mengetahui pahala orang mati syahid.” Maka Allah yang Maha Agung menjawab: “SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENETAPKAN BAHAWA ORANG YANG TELAH MATI TIDAK DIKEMBALIKAN KE DUNIA LAGI,”
(Sahih Muslim, No. Hadith: 1502 – 1503)

Oleh yang demikian, kebanyakan ulama mufassirin menafsirkan ‘hidup’ para anbiya’ dan syuhada’ itu adalah hidup di alam ghaib iaitu di alam barzakh denan keadaan dan kaifiyat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah. Oleh itu, roh mereka tidak boleh dijumpai oleh orang yang masih hidup secara jaga. Yang boleh, hanyalah pertemuan menerusi mimpi. Maka, tertolaklah hujah Asaari.

Menurut ulama hadith, Muhammad bin `Ulan al-Siddiqi al-Syafi’e al-Asy’ari (Meninggal 1857M) dan Muhammad Ali al-Shafie al-Syanawani (Meninggal 1233H) telah mengatakan bahawa yaqazah dan pertemuan secara jaga dengan Rasulullah hanya berlaku pada hari kiamat kelak, bukannya di dunia ini. Oleh yang demikian itu, dakwaan syeikh-syeikh tarikat bahawa wirid dan zikir ini diambil dari Nabi s.a.w. secara langsung dalam Kaabah bukanlah wirid dan zikir yang ma’thurah bahkan tidak pula syariat mahupun sunnah Nabi s.a.w. kerana ia tidak terdapat dalam nas-nas syarak.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz menyatakan manhaj Ahli Sunnah tentang yaqazah:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sesudah baginda wafat, tidaklah lagi dilihat (oleh umat) dalam keadaan jaga. Kiranya umat Islam boleh menerima mimpi sebagai suatu sumber tasyri’ (pembentukan hukum hakam) dan kemudian kita boleh berdialog serta bercakap dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan jaga untuk menanyakan sesuatu soalan keagamaan di mana keadaannya telah pun smepurna sebelum kewafatan baginda maka ini bererti memberi ruang kepada orang jahil dan orang yang mempunyai niat buruk untuk membuat sesuatu dakwaan palsu dengan menambah syariat yang baru.” (al-Syaikh Usamah Muhammad al-Awadhi, al-Ahkam Tafsir al-Ru’ya wa al-Ahlam fi al-Quran al-Karim wa al-Sunnah al-Mutahharah).

Seterusnya, Asaari juga berhujah dengan bersandarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dari Anas bin Malik sebagai hujahnya dalam membenarkan dakwaan boleh bertemu dengan Rasulullah secara yaqazah.

Nabi bersabda: Para Nabi itu hidup di dalam kubur mereka dan mereka bersembahyang di dalamnya.

Hujah Asaari ini sangat menyeleweng dan menzahirkan kejahilannya dalam ilmu hadith. Para ulama hadith seperti Prof Dr. Ahmad al-Syarbasi, seorang Prof. di Universiti al-Azhar menghuraikan maksud hadith tersebut sebagai berikut:

“Jumhur Ulama menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. itu hidup secara khusus semasa di dalam kubur. Kita tidak mengetahui hakikat yang sebenar kecuali Allah SWT.” (Ahmad al-Syarabasi, Yas`alunaka fi al-Din wa al-Hayah, J. 1, hlm. 478)

Sheikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani pula telah menghuraikan hadith riwayat al-Baihaqi ini dengan katanya:

“Ketahuilah bahawa hidup yang disebutkan dalam hadith ini bagi para Nabi adalah hidup di alam barzakh bukannya hidup di dunia walau sedikitpun.” (al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah wa Syai’u Min Fiqhiha wa Fawa`idiha, hlm. 190)

Dari fakta dan dalil yang kami utarakan ini jelaslah bahawa Asaari nyata tidak merujuk kepada kitab tafsir dan hadith yang MUKTABAR dalam mentafsirkan ayat al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Kebanyakan tafsiran itu hanya untuk kepentingan peribadinya semata-mata bagi mengukuhkan kepercayaan pengikut terhadap semua pendustaannya.

Kesimpulannya, orang-orang yang bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan benar-benar dapat menemui bainda secara hidup hanya kepada para sahabat yang hidup sezaman dengan baginda sahaja. Bagi mereka yang tidak hidup sezaman dengan baginda, jika mereka bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w., maka mereka hanya akan dapat melihat baginda secara nyata di akhirat kelak. Oleh itu, dakwaan golongan yang mengaku berjumpa Rasulullah s.a.w. secara jaga, tidak boleh diterima lebih-lebih lagi ia menerima ajaran baru dari Rasulullah sedangkan Islam telah pun sempurna.

Kami menyeru Asaari dan para pengikutnya agar bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan menjauhkan diri daripada kejahatan syaitan yang menyesatkan. Pintu taubat masih terbuka untuk kita semua…

8 Comments:

At 4:37 PM, Anonymous Anonymous said...

Webmaster boleh ke beritahu apa yang diberitahu oleh sheikh suhaimi dalam halaman 76 tu?Adakah pendedahan sebenar bagaimana Sheikh Suhaimi mendapat wirid Aurad Muhammadiah ini?

Gambar yang ada dalam jemaah rufaqa yang dikatakan gambar sheikh suhaimi/saidi adakah benar?Ahli keluarga Sheikh Suhaimi ada ke gamabr nya yang sebenar.

Dlm jemaah rufaqa , gambar Ust Asaari dikatakan membawa karamah malah semua pegikut meletak gambarnya di rumah, kereta, wallet, malah janggutnya ada yang telan , ada yang simpan. Selesai kursus kerohanian /kuarantin yang sedang dijalankan , yang berjaya akan mendapat tongkatnya yang akan membawa bersama barakah.

Soalan saya dalam Islam ada tak pekara seperti diatas dan karamah seseorang wali yang boleh membantu org yang bertawasul dgnnya. Barang2 peribadi yang dikatakan boleh bawa banyak barakah dan mendapt perlindungan Tuhan.

Macamana pula dengan hujah mereka yang mengatakan , dalam ayat - ayat Quran , contohnya spt pekara ghaib ..ada ayat "...melainkan dengan izinNya .. " jadi tidak mustahil Allah swt mengizinkan ust ashari untuk mengetahui pekara ghaib dan beberapa keistimewaan yang dikatakan ada padanya .

Dlm ertikata terdapat exceptional clause dalam ayat - ayat itu.

Webmaster ada apa2 komen tentang sistem pemerintahan, asrama , sekolah dan pentadbiran dalam Rufaqa.

Saya masih ingin bertanya Mr X dah keluar dari rufaqa ke, apa komennya , kenapa dia keluar , apa yang dia lihat atau adakah sebenarnya dia digugurkan keahlian/disingkir atas sebab - sebab tertentu.

At 9:48 PM, Anonymous Anonymous said...

Ashaari Bodoh lagi memperbodohkan... Sesat lagi menyesatkan... Busuk lagi membusukkan. Tahi lagi mentahikan... Dajjal lagi mendajjalkan... Kufur lagi mengkufurkan... Hancing pesing, bobrok lagi khianat... Laknat Allah ke atas pendusta....

At 11:38 AM, Blogger Hashim Bin Kalil said...

1. Tentang pendedahan sebenar Sheikh Suhaimi mendapat aurad Muhammadiah tidak perlu kerana webmaster sudahpun menghukum ia satu pendustaan dan karut. Jadi kami rasa tuan-tuan tidak perlu tahu hal sebenarnya.
2. Saya adalah mewakili keluarga Sheikh Suhaimi daripada Klang. Gambarnya tidak ada. Gambar lukisan yang Rufaqa pamerkan adalah bukan gambar Sheikh Suhaimi seperti yang didakwa oleh mereka.
3. Gambar Asaari boleh mendapat barokah? Wallahu alam.... Sedangkan dia sakit pun Allah tak bantu. Rasulullah dan Sheikh Suhaimi yang didakwa Asaari sangat rapat dengannya pun tak ambil peduli. Dari mana pula datangnya barokah? Saya difahamkan tongkat yang dihadiahkan Asaari ialah berupa kayu penggaru belakang badan kita. Siapa yang buat tongkat tu? Dah tentulah apek Cina. Orang Rufaqa tak mampu nak buat tongkat tu walaupun sebatang lidi pencungkil gigi. Tongkat buatan apek pun boleh ada karomah? Memang lucu..........
4. Kalau benarlah Asaari wali... Kenapa Rasulullah menipu dia dengan mengatakan Tun Ghafar akan jadi PM, daulah akan berlaku pada pilihnraya lepas dan DYMM Agong akan berikan kuasa kepadanya. Ini menunjukkan Asaari bermain dengan angan-angannya dan dibantu oleh syaitan......... Wallahu alam
5. Sistem pemerintahan yang dibawa oleh Rufaqa adalah mirip kepada komunis (pinjam kata arwah Ust Mokhtar Yaakob). Bezanya ialah ahli-ahlinya redha. Sekolahnya tidak mengajar kepada pembangunan material hanya kepada kesufian. Akibatnya para pelajarnya tidak boleh bersaing langsung dengan para pelajar sekolah kerajaan. Tiada calon doktor, jurutera, peguam dan lain-lain lagi. Yang ada sekarang ini adalah doktor, jurutera, peguam dan pensyarah hasil didikan kerajaan. Asaari memepergunakan mereka dengan memberikan mereka kedudukan yang tinggi dalam Rufaqa supaya mereka dapat sumbangkan wang gaji mereka untuk kekayaan dinasti Asaari.
5. Orang-orang Rufaqa akan segera berdamping atau mengendeng orang VIP untuk mendapatkan sumbangan wang dan pengiktirafan kepada perjuangan mereka.
6. Saya dapat maklumat... tentang perjumpaan Asaari yang ditemani Dato Kahar Mo'min (bekas exco kerajaan Selangor) dengan Tun Dr Mahathir di pejabat PM beberapa tahun lalu. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan kerana Asaari dan para pengikutnya sudah bertaubat dan taat dengan kerajaan. Dalam perjumpaan itu, Tun Dr Mahathir telah menegur Asaari kerana ekonomi dan sekolah yang dibangunkan gagal membantu bangsa Melayu. Sebaliknya setelah selesai perjumpaan itu, Asaari telah mengumumkan melalui Khadijah Aam bahawa dia telah memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir tentang kejatuhan Tun Dr Mahathir dan daulah yang bakal menjelma. Lalu para pengikutnya yang bodoh ni pun banggalah dengan pengumuman ini. Semakin taksub kerana menganggap Asaari sangat berani bercakap sedemikian terhadap Tun Dr Mahathir. Ini satu pendustaan yang BESAR.

At 11:40 AM, Blogger Hashim Bin Kalil said...

At 4:51 PM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum webmaster. sila lihat dibawah pengalaman saya sendiri wallahi. ada saya post di ahqam.net

Kursus Ilmu Ikhwan Ahir Zaman *mesti baca*

Bismillahirrahmannirrahim.

Sebelum saya teruskan, saya ingin memohon maaf kepada semua jika ada yg tersinggung atau marah tentang apa yg saya nak sampaikan. Tetapi pada saya, telah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk berpesan dalam kebenaran dan kesabaran. Wallahi, ini adalah pengalaman saya sendiri dan tiada tokok tambah. Apa yg saya lihat dan dengar, itulah yang saya taip.

Pada hari sabtu lepas, saya telah menghadiri satu kursus, Kursus Ilmu Ikhwan Akhir Zaman. Itupun setelah dipujuk berkali2 oleh ibu mertua saya. Pada asalnya, saya memang tidak mahu pergi kerana saya tahu siapa penganjurnya dan saya amat menentang kumpulan tersebut. Tetapi difikirkan balik, saya telah bertemu beberapa ketua dalam jemaah yg saya ikuti untuk bertanya pendapat mereka. Mereka menyokong penglibatan saya dalam kursus itu kerana pihak penganjur telah menyebarkan Fitnah dan khabar angin mengenai Jemaah, dan mereka meminta jasa baik saya untuk menyiasat secara first hand experience. Tak perlulah saya sebutkan jemaah mana. Saya juga meminta restu orang tua saya, dan mereka amat risau sebenarnya walaupun mereka memberikan restu.

Sabtu 18112006
Saya tiba di Shah Alam, berhampiran Giant dan Stadium Shah Alam. Tempat kursus ialah satu lot atas rumah kedai berhampiran dengan Kedai Bakeri Harmoni. Saya lihat banyak orang sudah menaiki tingkat atas rumah kedai itu. Saya setelah it upon turut naik ikut serta. Saya lihat, kurang2 ada 50 Muslimin dan 80 Muslimat dari pelbagai peringkat usia. Semua sedang asyik mendengar (dlam bentuk usrah) kata2 seorang lelaki yg duduk di atas sofa, yg mendengar duduk di atas lantai. Lelaki itu sibuk menceritakan bagaimana Jakim telah menghalang pelancaran Buku hasil karangan Sohibul Zaman mereka. Pada mulanya mereka bercadang untuk mengadakannya di Putrajaya atau PWTC (Maaf saya kurang dengar sebab orang ramai agak bising dan masih ada org berasak2 mahu masuk ke dalam) dan sudah mereka bayar RM 150 000 tunai, namun dihalang Jakim. Selepas tuh mereka mahu menyewa KL Convention Center, telah mereka bayar RM 300 000 tunai, juga scenario yg sama(kebenarannya wallahualam) Lelaki itu siap bermegah2 megah dengan mengatakan kumpulan mereka adalah syarikat melayu pertama yg mahu menyewa KL Convention Center dgn tunai, dan terkejut beruk jugalah pengarah KLCC itu. Selepas mendapat bantahan Jakim, mereka beralih ke Haatyai Thailand. Dikatakan gabenor Thailand amat gembira dgn kedatangan mereka sehingga gabenor itu berbesarhati menjadi tuan rumah dan menguruskan semua persiapan perlancaran buku tersebut. Dan yg hadir pada perlancaran ketika itu bukan calang2 orang, sami2 buddha, general2 askar dan dikatakan perlancaran buku tersebut amat berjaya sehingga Amerika sudah mengeluarkan Thailand dari senarai Negara pengganas kerana melihat perlancaran itu yg berjaya membuat org Buddha dan muslim duduk secara aman semeja. Saya hanya mampu tersenyum. Banyak lagi cerita ceriti yg saya dengar tetapi cukuplah setakat itu. Pendek kata, apa yg and dibaca di forum, itulah yg diulang2 oelh mereka2 ini. Kemudia sampailah penceramah pertama. Dia bersungguh2 menyampaikan kepada kami semua bahawa Asaari Muhammad adalah Putra Bani Tamim. Satu claim yg pada saya sudah basi. Selepas itu dia mula bercerita tentang apa yg saya mmg mahu dengar dari mulut mereka sendiri. Dia berkata Assari Muhammad mendakwa Sheikh Suhaimi yg sudah meninggal itu adalah Imam Mahdi. Dia juga menceritakan bagaimana Assari bermimpi dia menampar isterinya sebanyak 10 kali. Padanya, Assari amat bingung dgn mimpi tersebut dan dia telah BERTANYA KEPADA RASULULLAH makna mimpi tersebut. Saya tersenyum lagi.dia juga berkata, sesiapa yg bergembira pada Hari Raya kelmarin adalah sama seperti syaitan kerana syaitan gembira setelah dilepaskan dari belenggu. Astgharafillulah..bukankah Allah menjadikan Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha untuk muslimin bergembira? Dia juga memperlekeh2kan pembinaan sekolah2 agama, sekolah pndok dan sekolah tahfiz kerana padanya semua ini sia2 dan tidak relevan dalam perjuangan…saya menggeleng kepala…Selepas makan tengah hari (saya tidak makan bersama mereka, saya makan sendiri bersama isteri di kedai berhampiran, curiga) , berlangsunglah upacara Ijazah Zikir Mummadiyyah. Para hadirin diberikan kain panjang yg disambung2 dan di ikat2. semua hadirin mesti memegang kain tersebut dengan tangan kanan dan ikut zikir itu. Saya telah terlebih dahulu memberi isyarat pada isteri saya supaya JGN IKUT ATAU SEBUT APA2 dalam upacara tersebut. Alhamdulillah, saya terdengar dalam zikir itu ada disebut2 nama Asaari, nama Shiekh Suhaimi dan seorang Lebai yg saya terlupa namanya, maaf. Zikir jenis apa yg ada meletakkan nama Allah dan Rasul sebaris dgn nama guru mereka? Satu benda yg saya perasan, ada beberapa ahli komiti majlis itu sibuk menggosokkan badan mereka dengan kayu penggaru belakang badan. Selepas itu, ketua majlis kata Assari menjemput semua ke rumahnya di Nilai. Nanti akan diagih2kan PAWAH. Saya pon pening, apa itu PAWAH? Nasik kawah saya reti la. Rupanya2 PAWAH itu POWER atau KAROMAH. Dia berkata Asaari memberitahu semua ahli terdekat bahawa DAULAH sudah amat hampir dan dia mahu mengagih2kan KAROMAH@POWER@PAWAH nya kepada pengikut2nya. Dikatakan ini amat penting kerana diperlukan ketika bersama2 Imam Mahdi utk melawan tentera Yahudi pada akhir zaman. Jadi, keesokkan harinya kami mesti berada di rumah Assari. Yang peliknya, saya bertanya alamat rumah asaari, tapi amat berat mereka nak memberikan alamatnya. Saya fed up dan terus menghubungi salah seorang ahli jemaah yg bekerja si Bukit Aman utk alamatnya. 2minit selesai. Kesimpulan saya, pada hari ini, cuma upacara atau sesi Brainwash.

Ahad 19112006
Kami sekeluarga tiba di Jalan 2/4 Nilai Spring Valley pada pukul 11 pagi. Pinjam istilah mereka, saya lihat berbondan2 orang sudah menanti untuk masuk kedalam perkarangan rumah. Untuk masuk, kita mesti di scan dahulu.nak buang biasa kata mereka. Caranya, yg perempuan akan discan oleh ahli perempuan virsa versa. Mereka akan mengibaskan tangan dan menggunakan tongkat penggaru belakang badan keatas badan tetamu yg datang. Saya pon, discan. Rasa seperti org bodoh pon ada,  takpalah, ikutkan saja. Saya fakir ini peluang saya nak berjumpa asaari dan bertanya terus segala kekusutan. Masuk2 saya disuruh menanti bersama satu kumpulan, duduk di Porch rumah itu. Saya lihat sekeliling, walaupon asaari ini dikatanak zuhud, agak besar rumahnya. Ada astro. Utk menonton al jazeera kut  dalam kupulan itu, ada juga seorang penglipur lara yg bercerita ‘ kisah2’ biasa mereka. Dia pon bercerita bagaimana Tun Mahathir sebenarnya menamakan Putrajaya sempena istilan Putra Tamim. Kononnya Putra Jaya dibina sebenarnya utk asaari. Nak tergelak tapi saya tahan.setelah hampir satu jam menunggu, tiba2 kami diarah naik van yg akan membawa kami ke rumah sheikh2 yg akan mengajar kami cara beramal dan menggunakan power tersebut. Saya mengisyaratkan isteri saya supaya JANGAN NAIK, tetapi malangnya emak mertua saya menarik tangannya. Saya tak naik, saya tunggu sehinga majlis selesai. Saya bertanya kepada isteri saya, apa yg diajar. Dia berkata selain mengamalkan zikir tarikat muhammadiyaah, ada beberapa syarat tidak boleh berhubung sesame sendiri dalama seminggu, suami isteri yg mengambil power tidak boleh bersama selama seminggu, saya kata nasih baik saya tak amik, kami tergelak. Dia pon kata dia Cuma nak amik hati ibunya, saya faham. Saya Tanya, mcmmana yg dikatakan power tuh. Dia memberitahu saya, ada satu kaedah pergerakan badan sambil menyeru asaari memberi pertolongan dalam apa jua masalah. Astgharafilullahhal azim, bukan ka kita meminta pertolongan dari Allah sahaja? Dan setahu saya, karamah adalah anugera Allah, ia bukan boleh dikongsi2..Isteri saya berkata lagik, yg sebenarnya upcara scan itu adalah upacra buang dosa kecil. patut la saya lihat komiti mengibaskan tongkat itu pada badan mereka. senangnya nak buang dosa. pendek kata, sapa masuk perkarangan rumah asaari takder dosa kecil la. senangnya.saya berkata pada iseri, itulah kali pertama dan terakhir penglibatan kami. Wassalam…

At 4:52 PM, Anonymous Anonymous said...

At 10:30 AM, Anonymous Anonymous said...

PERTEMUAN ASAARI DGN PARA PENGIKUTNYA...

A 310806 malam

Sy FA (SYEIKH FAKHRURAZI): Kehadirat Fat orang yang patut kita takuti dan kita cintai. marilah kita TK & syukur pd beliau krn diberi peuang hadir bersama dia. Kita terasa semakin cemas, semakin takut, semakin malu. Kita semakin menjiwai pendiriannya, pribadinya, perasaannya, pemikirannya. semakin hari kita merasakan semakin takut, semakin cemas, semakin rindu, semakin cinta. bgtulah kehebatan orang Tuhan. Marilah kita sediakan hati kita untuk mendengar butiran muiara yang akan diberikan kepada kita.

A Bismillah
sebenarnya majelis malam ni mengisytiharkan struktur kepimpinan di LN. yaitu thailand, s'pore dan indon. di msia belum lagi. 1 masa nanti, mungkin selepas hari raya saya akan susun. karena negara2 lain selain msia sudah ketinggalan jauh, sebab itu saya awal2 lagi isytihar kepimpinannya supaya dapat balik ke negara masing2 untuk memproses negara2 masing2 terutama indonesia, sebab kalau berlaku daulah nanti kesatuan asia itu cepat berlaku. jadi kalau di indon tdk dipersiapkan dr pd sekarang ni, kalau tertegak daulah nanti diiringi indon. kalau indon tdk bersiap jadi tidak nampak siapa pemimpinnya. jadi dr pd sekarang ni rfq mesti melahirkan kepimpinan sehingga rakyat kenal. jadi bila berlaku daulah yang ke-2 rakyat indon tak payah mencari pemimpin. drpd sekarang ni mereka dah kenal pasti, sebab tu lepas pengisytiharan nanti masing2 balik ke negara masing2 utk mempersiapkan kepimpinan di negara masing2.

selain drpd tu saya nak bercakap pd malam ni, rsaw bagi tahu saya setiap mujaddi tu dibagi keramat, dibagi khaw addah mengikut keperluan mereka. sudah berlalu 13 orang mujaddid, tapi mujaddid yang akhir paling banyak karamahnya, bila ditanya sebabnya ialah krn kerosakan masyarakat sdh menyeluruh. sebab tu 13 org mujaddid kalau dikumpulkan semua karamah mereka tdk sama dg karamah yg berlaku pd PBT ni. Kalau dikumpulkan semuanya pun masih banyak yang berlaku karamah fat ni. saya malu nak cakap sebab ni mengenai diri saya. tapi kalau tak cakap tak jadi pengetahuan. suruh orang lain tak faham nak bercakap. terpaksalah saya bercakap. jadi 13 org mujaddid ni kalau dikumpulkan semua tak sama dg karamah fat.
kalau mujaddid2 dulu karamah berlaku utk diri masing2, tp yg sekarang ni anak2 pengikut pun dapat. Semua karamah tu diagih2kan, ini baru 5 atau 10%. sdh banyak kita dengar. bila berlaku daulah nanti lagi banyak. entah apa yg berlaku kpd anak2 ini.
Ini adalah anugerah utk pengikut2 ikhwan. kalau saya dulu bg kursus hanya dpt ilmu, tak dpt rasa, tak dpt hayati. atas dsr ilmu kita takut, tapi tak dpt hayati, tak dpt rasakan. sayapun brfikir, kalau begini macam mana nak jadi ikhwan. bila T bagi kursus baru saya faham. munasabahlah. saya bagi kursus tak boleh pergi.

Sekarang baru nampak lojik ikhwan tu boleh membuka dunia. apa yg difahamkn pd saya PL sdh tak ada mood utk memerintah. sdh tak ada semangat utk memerintah. kalau ada org yg menggantikannya dia akan lepaskan. itulah yg saya dibagi isyarat. diantara keramat yang besar berlaku di masa daulah M akan sokong A, M akan kempen A. drpd sekarang ni M sdh menyesal menangkap A. Bahkan M menyesal krn melantik PL jadi pemimpin. Kalau berlakulah apa yang saya katakan itu keramat besar di zaman daulah. M akan kempen saya besar2an.

Apa yg saya rasa drpd masa skrg saya sdh ada di hati M. hanya tunggu PL jatuh. selepas tu M akan kempen besar2an. Itulah diantara keramat PBT. Saya bagi kursus hanya dapat ilmu. Tapi bila T bagi kursus, T bagi power. Tp perlu diingat, power ni T akan tarik balik kalau kita tak jaga syariat tak jaga disiplin, kalau tdk taat. Mungkin kita fikir cuai sembahyang. kita anggap orang kita tak cuai dengan sembahyang, insya Allah. kita sdh dididik dg ilmu, insy allah tak cuai lagi. tapi power akan ditarik, kalau kita tak taat, melanggar disiplin, terungkai kasih sayang terutama diingatkan kpd pimpinan kaum ibu. kaum ibu ni kalau dia lebih sikit drpd suami dia tak taat dg suami. kena jaga. kita takut begini. bila power ni T dah tarik kita tak sedar, berlaku peristiwa besar, dia tak jadi. kalau kita sedar tak apa. tapi bila berlaku peristiwa besar, perang umpamanya, tiba2 tak jadi, itu jadi masalah. sebab tu saya ingatkan terutama kpd kaum ibu, kaum ibu ni banyak salah pd suami, susah nak taat dg suami. Tolong jaga power yang T bagi. Dia tak boleh dibeli dengan sejuta RM. Power ni bila sampai masanya, serba boleh. Jadi bom boleh, jadi radar boleh, jadi pelindung boleh, dsbnya. bahkan boleh tarik duit untuk negara. disamping T bantu perasaan kita, boleh membuang mazmumah. Nikmat ni nak kena jaga betul2.

Bila lama2 nanti, takut2 kita dah tawar sikit2 nanti T akan tarik, bila T tarik, terjadi benda besar, tiba2 power tak ajdi, malanglah. tolong ambil perhatian.

itu saja yang saya nak cakap. tak mampu nak cakap. wallahu alam.

Laporan
Sy Omar : kisah bagaimana adik beradik musyayab keronyok dia dan dia menangis. Akhirnya lepas. Padahal selama ni dia tak boleh dicabar. Tapi tadi semua pegang kepala dia. selama ni jangan buat, dia akan marah.
A : pelik saya tahu dia nakal, tapi saya tak marah, sayang pada dia. tak mau nak marah. saya panggil tepuk2 belakang. A tanya ummi, musyayab dah ada ke? hati teringat.

Sy drar :
1. Aicon kereta u Naemah yang sepatutnya rosak bila dipakai pada 100km/jam, ditunjuk tongkat, tak rosak w/ sampai 120km/jam
2. gula darah UIBM 5.9 walau dah 2 minggu tak ambil ubat
3. drar dah 1 minggu tak ambil ubat, rasa fresh, tapi gula darah 16.3. ketika ambil ubat, naik jadi 17.1

A : tak boleh ada percanggahan sistem

Sy Zam : Susahnya nak menuju airport ketika nak ikut proses di Msia ini. Jalan 150km sebab ada road blok. kemudian tayar meletup. teruskan juga, sampai airport dah lambat. tayar tak boleh guna. tapi flight delay, jadi tak terlepas.
Ada rombongan TV3 yang tak lepas, ana lepas. waiting list ramai. Kita bincang dengan orang airport, akhirnya lepas. mereka tak henti terima kasih pada kita. Kita bagi card rfq.

Sy AZ : Tadi saya datang awal. bukan setakat muslimah yang menangis. tapi lelaki pun ramai yang menangis. Bila tak lepas, ramai2 orang cepat ambil. nak tolong. Bila ada 1 orang masuk semua hampir menangis. semua nak tolong. suasana macam di padang mahsyar.

A : seolah2 periksa untuk tentukan syurga atau neraka.

Sy AZ : bila isteri sumardi tak masuk, dia azam nak bagi projek balak bernilai RM 1 juta pada A. kemudian dia masuk.

Ummi : A tadi memang sebut akan ada yang bagi RM 1 juta.

Sy FA : lepas ni kita main juta saja. Orang akan baiah berjuta juta. Peristiwa nak masuk gate A ni sangat memahamkan kita bgmana krn terlalu takutkan T sahabat ada yang terus mati. Ini juga yang terjadi pada Omar b abd aziz yang memanggil hambanya bgmana nasib dia di akhirat. belum lagi hamba tu cerita, dia dah mati. Allah ulangkan kepada pengikut fat. Ini sekaligus untuk kita lebih mengenal orang T. kalau tak susah nak menegnal sesuatu yang sangat maknawi.

A : pagi tadi rsaw beritahu saya, ummu & IM, perubahan jiwa mereka laju macam roket. tiba2 sy FA bagi berita, hari ni dah turun jadi 20% dari 100%. Saya terkejut.

Ummi : Kalau kadar biasa 4 hari lagi habis.

Cik rahman said
Biasanya orang injek tongkat dekat leher. Saya cuba letak, tapi tak sentuh. niat vacum kan bisa dari badan.

A : niat ornag mukmin lebih baik dari amalannya. Niat saja jadi. kalau letak tu beramal.

Latifah : Inilah cara yang paling selamat menyelamatkan untuk mendidik orang. selama ni melalui MTV orang dapat T, kita dapat ria. Ada seorang yang tak lancar baca AM. maka saya syarah. kepala macam nak pecah. A fahamkan jangan bersyarah, kena ajar aja. 2 hari kemudian dia dah boleh hafal.

A : Ini bukan kursus bercakap. ini kursus rasa.

Susunan kepimpinan Rfq Indon, Thai, S'pore

Ketua : drar
Timb : Taufik Mustafa
Pen Ketua : tengku
syuro
pa tasman
rizal chtib
umar
dr fatoni
amal
safiri
pa saiful
fauzan
fairuz
dedy
gery
dhiror
raja
14 wahyudin
mujiburrizal,
budhi
amar
fajrul
iman subekti
20 adnan

ibu2
sakinah
timb gina psupita
pen kautsar
ibu2
ibu ibah latifah ummi kalsum sofiah nores nining nunung saadah budi mukrimah sofiah duleh rahimah khadijah duleh adawiyah aisyah dewi tia laila pao pao lastri mukrimah fajrul
drar : insan
taufik penerangan & penerbitan
aru : pendd tinggi
pas tasman : dakwah & MTV
m rizal chatib : ksu
m umar perhub & pelancongan
dr fatoni pertanian oeternakana
amal : kebajikan sosial
safiri : gejala sosial
pa saiful : kilang &insudtri
fauzan : tugas2 khas
fairuz : perhub LN
dedy : keuangan
gery : sains tek
dhiror : kesihatan
raja : pendd rendah
wahyudin
mujib : kebudayaan
fajrul : ekonomi
iman : keselamatan dalam negeri
adnan ...
budhi ...

ibu2 biro
drg bina insan
kautsar dakwah MTv
ibah gejaa sosial
kpah eko
uK penerangan
sofiah duleh kebajikan sosial
nores undang2
nining alam sekitar
nunung keuangan
mukrimah pertanian eternajkan
rhamah pendd tingi
khadijah duleh'keselamatan

aisyah peruhub LN
dewi SU ibu2
laila kilang ndustri
pao pao kesihatan
lastri
mukrimah fajrul kebudyaaan

Spore
Ket : muthalib
Timb : bakar haji
Pen : Johan
syuro
turmudi
abd latif abd karim cik rafiq rahim sulaiman fauzi ali jamal aman ramdan dalib zulhairi ....

ibu2 :
sabariah
timb : abidah
pen : salbiah
ibu2 : zubaidah kamisah hamidah nafsiah norma ...

Thailand
Ket : M adam
Timb : Yasin
Pen : Husin
syuro thai
makruf, abd karim, haji m yusuf, fauzi, abd rahman, maleek bancha, ashaari m adam, raffi, samsudin wali, m abdullah, hj ismail, ibrahim, zakaria kasim, abd latif bukhari, ...

ibu2
ibu jemaah : Muniroh
timb ibu : zainab hamid
pen : Kalimah Saad
ibu2 ; ka murni, mak pah, zainab satun, amanah, maryam, raihanah, faridah, fosada.

A :
Untuk Msia berjalan seperti biasa hinggalah susunan baru. perku dingatkan terutama di msia, mungkin selepas kursus ini susunan jadwal pertemuan boleh dimula. Perlu diingatkan kalau diisytiharkan nanti kep m'sia, siapa yang tak ikut kursus, bukan ahli. sebab tu semua mesti terlibat. Kalau tidak susah nanti, tak boleh bersatu. dunia sudah berbeda. setiap negara ada 3 zon. Jentera yang ada disusun ikut 3 tempat tu.

At 7:28 AM, Blogger Ana Ghoib Syeikh Malaya said...

Ana Syeikh Mahadzira from Klang...
Just nak tahu siapa penulis blog ini..why guna gambar ashari???
I bukan pengikut arqam tetapi hanya pemerhati sahaja...
Benda ini concern i sebab ia melibatkan daerah klang dan ia nak tahu detail kalau boleh melalui mulut Ashari soal dakwaan pasal Imam Mahdi. I nak check jika ianya genuine dari hadis dan atau sengaja di ada2kan. I percaya juga pasal Mahdi kerna banyak hadis sahih mengenainya tetaoi i nak tahu versi Ashari dan pengikutnnya...
sekian from syeikh mahadzira aka ana ghoib..
Temui ana di forum MYKMU.net thread agama.
Atau datang ke forum http://www.FOREXSEXIER.com milik ana dan forum www.astronaut-club.com juga milik ana...lah.
Alahamdulillah syukran afwan katheera.............

Post a Comment

<< Home