Wednesday, September 13, 2006

Dialog Bersama Asaari

Pada kali ini, kami ingin memaparkan satu petikan dialog Asaari Muhammad dan para pemimpin al-Arqam yang sudah bertaubat. Dalam sesi ini Asaari telah ditanya banyak perkara yang berkaitan dengan akidah tetapi lebih menjurus kepada persoalan yaqazah. Di hujung petikan, kami membuat SEDIKIT ULASAN. Harap sudi membaca sehingga ke hujung kalimah.
Berikut adalah sedutan artikel Al Islam, Jun, 1998:

Asaari, selain membuat sesi-sesi pengakuan terbuka seperti di Sungai Pencala, Masjid Negara dan sebagainya, turut diminta mengikuti beberapa siri kursus pemulihan bersama bekas-bekas ahli yang lain. Atas alasan keuzuran fizikal yang dialami, Asaari tidak begitu kerap membantu kerajaan dalam usaha-usaha pemulihan tersebut.

Maka dialog ini akhirnya berlangsung bersama bekas-bekas pengikut yang terdiri daripada kalangan pemimpin atasan, yang dahulunya banyak membantu Asaari mengembangkan dan menjayakan perjuangan ‘dakwah’, membentuk komuniti, perkampungan-perkampungan ‘sempadan’ yang begitu kompleks, ‘hubungan diplomatik’ antarabangsa sehinggalah kepada ingin membentuk ‘negara Islam’nya atau Daulah Islamiyahnya sendiri.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan (JAWI) pada September tahun lalu, Asaari terlebih dahulu diperdenarkan dengan pelbagai luahan perasaan isi hati, imbasan kembali, kedudukan, keadaan kehidupan dan persoalan-persoalan yang menyentuh peribadi, sosial, ekonomi dan sebagainya oleh kalangan anak-anak buah yang dahulu begitu rapat dengannya.

Namun, dua perkara pokok lebih disentuh dalam pertemuan tersebut. Asaari diminta bertanggungjawab untuk menjelaskan mengenai segala penyelewengan yang berlaku, terutama soal kedudukan aset-aset (tanah, wang dan sebagainya) milik al-Arqam dan akidah, iaitu membabitkan yaqazah.

Berikut sebahagian sedutan penuh sesi soal jawab tersebut yang tidak disungting.

S 1: Kami ingin dengar komen ustaz (Asaari) mengenai dua perkara iaitu; 1. Mengenai Yaqazah, dirahsiakan di kalangan pemimpin kecuali orang-orang tertentu sahaja. Mengapa waktu itu dirahsiakan yaqazah? 2. Penyelewengan yang berlaku di kalangan keluarga (isteri dan anak-anak)?

J 1: Terlebih dahulu saya minta maaf, kerana cakap saya tidak berapa jelas kerana rahang saya tidak berapa baik dan saya juga minta maaf, kerana apa yang saya buat, kerana apa yang saya pegang selama ini banyak menyusahkan kerajaan, Pusat Islam dan boleh mendatangkan masalah kepada masyarakat Islam.

Saya juga meminta maaf kepada bekas anggota Darul Arqam terutamanya bekas-bekas pemimpin yang ada di hadapan ini kerana perjuangan saya telah menyebabkan saudara-saudara mendapat kesusahan kerana ditangkap ataupun saya terseleweng daripada hakikat Islam yang sebenar dan tidak munasabah, yang ditokok tambah.

Macam saudara-saudara katakan tadi (mengenai penyelewengan di kalangan keluarga) keluarga saya, adik-adik saya… mana saya tahu! Kerana saya tidak duduk sama mereka. Duduk jauh-jauh. Jadi, setengah-setengah mereka mungkin ambil kesempatan untuk pergi kepada mereka dan mengaitkan nama saya. Jadi pada pagi ini saya dapat penjelasan semua.

Kemudian (mengenai yaqazah), saya bukan buat sendiri, tidak! Ini dibuat oleh Halim Abbas dan direstui oleh pemimpin-pemimpin yang lain, saya terima sahaja.

Mungkin saudara pun tahu, yaqazah ini bermula dari Abdul Halim Abbas di luar negeri, kemudian ada orang lain lagi, yang mereka itu seperti isteri tua Tuan Sheikh Rahim, Azura dan Mujahid.

Kebanyakan yaqazah ini berlaku ketika saya di luar negeri dan yaqazah ini terang-terangan waktu mula di Sungai Pencala berlaku di hadapan saudara-saudara semua, jadi saya tidak boleh tolak.

Tetapi malangnya tuan-tuan takut nak cakap pada saya, jadi kesilapan saya itu berlarut-larutlah. Sebab saya tidak dapat nafikan kadang-kadang kesilapan saya itu, kesalahan saya sendiri. Kadang-kadang kesilapan itu berlaku disebabkan orang lain, ini memang tidak dapat dinafikan. Jai kalau ada… (sakit)… minta maaf… (sakit)!

Selain daripada itu saya hendak mintalah, maklumlah saya ada cita-cita perjuangan sejak 28 tahun lalu. Saya rasa bukan saya sahaja, sesiapa pun sesetengah menganut sesuatu ideologi sesuatu perjuangan yang berpuluh-puluh tahun tentulah hingga ke akar umbi.

Kadang-kadan sudah tidak dapat hendak dibezakan mana yang hak dan yang tidak hak. Dia nak buang bukan senang. Jadi kalau begitu, saya hendak minta bantuan dari tuan-tuan hari ini, program rasmi macam ini.

Saya sudah sakit-sakit, dah hampir tua dan nak mati (nada ketawa). Hal-hal luar sudah kurang, sekarang sudah tidak tahu hal lagi.

Jadi hari ini, pertemuan hari ini saya rasa sangat berharga pada saya, tapi malangnya saya tidak dapat bercakap begitu jelas. Ini pun berjalan macam nak jatuh, sakit sangat, tolong doakan saya supaya jangan jatuh. Begitulah saya minta.

Tetapi walau bagaimanapun apakah cakap saya ini boleh diterima, saya tak tahulah kerana cakap saya sekarang ini bukan mudah orang boleh terima. Mungkin ada mengatakan saya berlakon, saya pura-pura, itu boleh berlaku.

Itupun saya tidak berkecil hati kerana saya telah 28 tahun mungkin ada beberapa perkara lagi yang tidak sedar boleh disedarkan melalui perjumpaan tak rasmi, mungkin ini lagi cepat selesai, saya rasa itu saja yang dapat jawab.

Harap maafkan saya. Tuan-tuan menyedarkan saya. Terima kasih banyak-banyak.


S 2: Saya di antara orang yang termasuk dengan Abu Hasan Yusof, Ustaz Saleh Adam bertemu fan baertanya bagaimana ustaz mendapat mesej ini dari Rasulullah? Ustaz menyatakan pada waktu itu, apa yang saya (Asaari) dapat ini seperti ‘Hasan Iraqi’, seperti ‘Imam Sya’rani’. Ertinya mereka beryaqazah terus dengan Rasulullah. Persoalan yang hendak saya tanya sekarang. Mengapa ustaz berbohong dengan kami?

J 2: Payah nak sebut.

S 3: Sewaktu sampainya Khadijah Aam di Kamunting, ada kaitan dengan soalan pertama. Beliau (Ummu Jah) berkata kepada saya, waktu itu Shuib ada, Haji Hasan ada bahawa ustza meminta Azura berlakon membuat pengakuan demi menyelamatkan ustaz.

J 3: Itulah benda-benda macam ini kalau nak terima, teruklah saya, benda yang tidak boleh dibuktikan. Cuma ada orang yang ambil kesempatan macam adik-adik saya, isteri-isteri saya, saya tidak pernah inikan, buktikan mungkin saudara-saudara boleh buktikan macam orang lain. Seperti Azura, mungkin (dia) hendak kedudukan, barangkali da tipu saya.

S 4: Dulu pada 24 Oktober 1994, ustaz menyatakan yaqazah itu karut dan sebagainya. Itu kita terima dulu, okeylah. Saya pun terlibat sama, tetapi selepas itu, adakah ustaz terima balik (beryaqazah lagi) dengan tujuan untuk ciri-ciri jemaah al-Arqam? Jadi bila ada itu, ada ciri-cirinya. Jadi adakah ustaz sedar ke, terlupa ke atau apa-apa? Itu maksud saya.

J 4: itulah saya kata tadi, benda itu dia timbulkan kepada saya, sedangkan saya seorang, tidak ada kawan, mungkin syaitan masuk balik. Macam kata Azura, Nasir kerja dengan saya, dia yang membawa cerita saya. Saya fikir balik, eeh ya ke, munasabah juga. Sebab saya tidak ada kawan untuk membincangkan. Saya… eeh.. ehh… itu masalahnya.

S 5: Satu lagi, di kalangan bekas-bekas ahli Arqam hingga ke saat ini, pada mereka pa yang berlaku, atau apa sahaja pengakuan yang dikeluarkan oleh ustaz, mereka berpegang kepada empat perkara:
1. Faham isu semasa.
2. Faham yang tersirat.
3. Faham cara bertindak.
4. Faham Khawariqul Addah
Maksudnya, kalau bekas ahli –ahli al-Arqam lihat program ini, mereka tetap berpegang kepada empat perkara ini. Maksudnya mereka masih lagi meyakini bahawa pada Ustaz Asaari dan ‘jadual Allah’nya masih berjalan. Jadi saya minta ustaz jelaskan empat perkara ini.

J 5: Itulah saya hendak jelaskan susah, tak jelaskan susah. Kalau saya kata ya, tentu semua setuju… (ehem-ehem). Kalau saya kata tak, tuan tak setuju. Mak Enon itu sudah banyak kali saya kata, jangan datang ke rumah saya, dia datang juga, dua hari sudah pun dia datang lagi. Bila dia balik, dia buat cakap lain, sedangkan saya tak suruh datang, tak benarkan dia datang. Cuma saya pernah marah dengannya, jangan datang menyusahkan saya, dia datang juga.

S 6: Empat perkara ini yang ustaz sebut semasa baru keluar dari tahanan ISA kali pertama dan yang ini kami dapat buktikan. Jadi, ada nasihat ustaz kepada bekas-bekas ahli Arqam terhadap empat perkara sekarang ini?

J 6: Itulah saya katakan tadi, selama 28 tahun dalam perjuangan ini, walaupun kita sudah insaf, bukan senang nak buang semua. Kadang-kadang ada benda terlupa, tidak tahu, terselit yang tidak sedar. Sebab itu kita buat satu cara bagaimana saya boleh dapat didikan, tapi kalau sekali-sekala macam ini, payahlah.

________________________________

ULASAN KAMI:

Petikan di atas sengaja kami uploadkan untuk menggambarkan temubual antara Asaari dan para pemimpin al-Arqam yang sudah bertaubat selepas ISA kedua pada tahun 1997. Petikan ini dipaparkan dengan tujuan untuk memaklumkan kepada pembaca tentang senario selepas pembubaran al-Arqam.

Apabila meneliti transkrip dialog di atas, kita akan dapati perkara berikut:

a. Asaari terlalu lemah dalam memberikan jawapan. Asaari tidak dapat menjawab soalan secara fokus dan tepat. Soalan lain yang ditanya, respon lain yang diberi. Ingatannya juga lemah, kerana gagal mengingat fakta dan peristiwa dalam sejarah al-Arqam.

b. Asaari enggan bertanggungjawab atas penyelewengan akidah dalam Arqam. Sikap ‘ekskapisme’ atau ‘sikap melarikan diri’ menjadi perisai dirinya agar tidak dipersalahkan. Hakikatnya, semua orang mengetahui dia terlibat sepenuhnya dalam penyelewengan tersebut.

c. Asaari enggan membicarakan yaqazah perantaraan secara khusus.

d. Asaari kerap menggunakan istilah ‘tidak tahu’ dan meletakkan beban kesalahan pada orang lain. Sedangkan, Asaari sendiri yang terlibat dengan semua perkara yang dipersoalkan. Yang pasti DIA TAHU.

e. Jawapan Asaari tidak berstruktur dan berterabur sekaligus menggambarkan bentuk pemikirannya yang sangat berserabut.

Sidang pembaca! Sudah menjadi lumrah sikap Asaari, setiap kali ditangkap dan disoal siasat, dia akan membuat pengakuan salah dan mengaku telah menyeleweng sebagaimana pengakuan di atas dan pengakuan-pengakuan yang lain pada tahun 1994, 1979 dan 1981. Persoalannya, benarkah Asaari sudah bertaubat?

Kami telah membuktikan bahawa Asaari sebenarnya masih belum bertaubat secara sempurna. Dia mengingkari taubat yang telah banyak kali dibuat di hadapan para ulama dan bekas pemimpinnya. Asaari hanya insaf sebentar kemudian bertaqiyah dan menipu Kerajaan Malaysia, para ulama dan umat Islam seluruhnya. Inilah strategi perjuangannya.

Sila baca artikel kami berkenaan taqiyah sebelum ini.
http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/06/asaari-dan-taqiyyah.html


Kisah dialog di atas, berlaku pada tahun 1997. Kini, hampir sepuluh tahun, Asaari telah melupakan taubatnya. Pelbagai pendustaan terus bermaharajalela atas nama Rasulullah s.a.w. dan agama.

Sehubungan itu, tujuan kami meng’upload’ artikel ini ialah untuk menyedarkan Asaari tentang pengakuan taubatnya. Agar dia sedar kembali dan insaf dengan sebenar-benar taubat.

Kami mencadangkan beberapa perkara berikut untuk memastikan Asaari terus bertaubat:

a. Asaari perlu ditahan di Pusat Pemulihan Akidah. Asingkan dirinya daripada para pengikutnya. Ini kerana, Asaari mula memperjuangkan ajarannya semula setelah ISA kedua, kerana ada pengikut yang mendokongnya. Sekiranya dia keseorangan, ‘hubungan mursyid dengan anak muridnya’ akan terputus.
b. Asaari perlu diasingkan dari isteri-isteri dan anak-anaknya. Ini kerana, gabungan mereka menyebabkan ‘MINDA’ dan ajaran Asaari terus berkembang dan dikuliahkan. Selain itu, MINDA adalah nadi penggerak Rufaqa. Apabila MINDA terputus, maka anak buah akan menjauhkan diri satu persatu kerana tidak lagi mendapat ‘kepuasan spritual’.
c. Isteri-isteri Asaari dan anak-anak lelaki Asaari perlu ditahan di bawah Akta yang relevan seperti ISA bagi menjamin keharmonian masyarakat Islam di Malaysia hidup beragama. Ini kerana merekalah yang mencatur agenda perjuangan Rufaqa dan turut menyumbang dalam kesesatan mereka.
d. Muzakarah intensif antara Asaari dan para ulama dengan pembelajaran berbentuk talaqqi perlu dijalankan seperti yang dibuat ketika ISA pertama. Asaari perlu dididik dan diajar membaca kitab turath dan kitab muktabar agar dia mengetahui pegangan dan akidahnya telah tersalah secara ilmiah.
e. Merekodkan video setiap pengakuan taubat Asaari bagi setiap topik kesesatan yang dia lakukan. Kemudian, Asaari juga perlu membuat kuliah yang berasaskan ilmu Islam sebenar dan direkodkan dalam video dengan pemantauan ulama. Setiap video itu, perlu ditayangkan di setiap kursus pemulihan akidah para pengikutnya. Ini penting kerana pengikutnya sudah ada halangan mental dan menolak semua ulama Islam. Maka, lebih mudah dengan kita membetulkan suis utama (Asaari). Apabila suis utama ini telah pulih, ia akan menjana elektrik yang betul dan baik kepada semua para pengikutnya.
f. Anjurkan kursus intensif pemulihan Akidah yang melibatkan semua pengikut Rufaqa’ dengan silibus untuk tempoh masa yang panjang. Kursus pula perlulah mempunyai kesan dari segi perundangan. Kewajipan menghadirinya boleh dibuat menerusi perintah mahkamah.

Apapun yang penting, petikan dialog di atas mungkin kini menjadi sekadar ‘kenangan’ bagi pihak Asaari dan pengikutnya. INI KERANA AKIDAH MEREKA MASIH TIDAK BERTEPATAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MASIH MENOLAK UNTUK BERTAUBAT DAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.

Allah adalah sebaik-baik pemberi petunjuk. Ya Allah, berilah petunjuk kepada mereka…

9 Comments:

At 11:26 AM, Anonymous Anonymous said...

Assalamu'alaykum,

Dalam artikel ini, kebanyakan point yang dihujjahkan adalah bagus. Apa yang baik dan hak itu perlu diterangkan. Sebuah pepatah arab (atau hadith Nabi s.a.w., x pasti):
"Katakanlah kebenaran walaupun (kebenaran itu) pahit."

Hujjah yang telah dikeluarkan berkaitan dengan dialog Asy'ari itu merupakan hujjah yang logik dan baik. Akan tetapi di dalam bahagian cadangan perkara yang harus dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab, agar Asy'ari bertaubat dengan sebenar-benar taubat, yang menyatakan:
"c. Isteri-isteri Asaari dan anak-anak lelaki Asaari perlu ditahan di bawah Akta yang relevan seperti ISA bagi menjamin keharmonian masyarakat Islam di Malaysia hidup beragama. Ini kerana merekalah yang mencatur agenda perjuangan Rufaqa dan turut menyumbang dalam kesesatan mereka."
adalah tidak 100% releven.

Saya bersetuju berkaitan dengan pengasingan keluarga Asy'ari dari masyarakat, tetapi saya tidak menyutujui cadangan mereka itu ditangkap di bawah akta ISA. Kerana ISA itu merupakan satu akta yang tidak adil, bahkan zalim. Sesiapa sahaja berhak ditahan tanpa bicara berdasarkan akta ini.

Sedangkan Islam itu sangat mementingkan keadilan, seperti kaedahnya menetapkan hukuman had zina keatas penzina. Susahnya untuk menjatuhkan had keatas penzina semata-mata nak menjaga kehidupan manusia. Andaikata ada seorang yang ternampak penzina berzina, dan dia adu kepada ulul-amr tentang perkara tersebut, hukuman had tetap tertahan selagi mana saksi perbuatan terkutuk adalah kurang daripada 4 org lelaki adil, atau yg sama taraf.

Dan sebagai contoh lain, bagaimana suatu ketika dahulu ketika zaman para sahabat, baju besi 'Ali r.a. telah dicuri oleh seorang yahudi. 'Ali telah mendakwa yahudi tersebut dengan menjadikan RasuluLlah s.a.w. sebagai hakim. Akan tetapi, tanpa bukti daripada 'Ali berkaitan baju besinya itu, RasuluLlah s.a.w. telah memenangkan yahudi tersebut.
(x ingat riwayat siapa dan darjat hadith ttg kisah ini)

Menahan tanpa bicara merupakan suatu perkara yang zalim. Dan ISA telah digunakan banyak kali oleh pihak-pihak yang tertentu untuk tujuan kepentingan peribadi. AKTA yang boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk menahan sesiapa sahaja tidak boleh wujud langsung. Walaupun terhadap orang yang telah banyak melakukan kejahatan dan kezaliman. Ini adalah kerana kita menentang ISA ketika ia digunakan pada orang-orang baik ustaz Badrul Amin dll. Tetapi bila kepada orang lain yang jahat/zalim/sesat, adakah kita boleh bersikap "double standard"? Seperti mana US dan Britain dalam sikapnya kepada Iran dalam hal nuklear dan peperangan terhadap "Terrorist"? Adakah kita ingin menjadi seperti 'Abdullah bin Ubay yang merupakan seorang munafiq? Jawapannya tentu tidak! Tidak sama sekali!!

Kesimpulannya, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan wajib dibicarakan terlebih dahulu sblm mereka dijatuhkan hukuman;
"Melepaskan 100 orang yang bersalah lebih baik dari menghukum 1 orang yang tidak bersalah".

WaLlahu a'lam.

p/s: Andaikata ada salah harap dapat ditegur segera---> rujuk Qur'an (103:3)

 
At 10:47 AM, Anonymous Anonymous said...

Asalamu alaikum

Saya tengok di cbox rufaqa-sesat dan rufaqa-benar, sebenarnya ramai chatters yang mampu memperjelaskan dan mempersoalkan kesesatan Asaari Dajal & Rufaqa. Tapi nampak sangat "serangan" yang dilakukan tak teratur.

Contohnya :

bukan_wali : point dia bagus, soalan2 yg diajukan memang mematikan hujjah. TETAPI belum sempat dapat feedback dari org Rufaqa, chatter lain pula masuk timbulkan isu baru. Jadi point bukan_wali tenggelam.

begitu juga dgn MFR, Hansac, Umaimah, lamborian. Hujjah mereka bernas berbanding hujjah soutulfitrah, sayyeed, hudi dan sad.

Cuma cara dan gaya soalan yang nak ditujukan kepada mereka tak teratur. Satu isu yang ditimbulkan, belum dijawab oleh Rufaqa, isu yang baru pula ditimbulkan. Isu lama terus dilupakan. Jadi orang baru yg membaca, tak nampak hujjah ilmiah yang membuktikan kesesatan Asaari Dajal & Rufaqa.

Elok webmaster co-ordinate, agar serangan lebih tersusun.

 
At 12:08 PM, Anonymous Anonymous said...

Kita nak cari kebenaran bukan sebab nak tengok benda-benda pelik atau benda kerohanian. Kita nak cari kebenaran berdasarkan Al Quran & Sunnah. Dari AL Quran & Sunnah itu ada ilmu fardhu ain.

Pastikan yang fardhu ain dah lulus dan dah amal, barulerr nak cakap pasal hal ladunni. MAsalah yg berlaku, sifat wajib bagi Allah & Nabi pun dah lari dari landasan, kita nak peningkan kepala dgn ilmu yg tak wajib dipelajari.

Sebab itu niat kena ikhlas. Jangan jadi macam org Rufaqa, semua main haqqul yakin. Percaya bulat tak berdalil

Percaya bulat tak berdalil, itu bukan haqqul yakin, tetapi taqlid buta.

Allah itu Tuhan Semesta Alam. Sememangnya Allah itu wujud.

Sedangkan kewujudan Allah itu pun WAJIB berdalil, apa lagi kalau nak percaya kpd seorang makhluk Allah yang bersifat dengn sifat kelemahan

Sebab itu TAK SALAH kalau nak pertikaikan : Mana dalil Asaari Al Kazzab Bani Tamim ? Mana dalil Asaari Al Kazzab waliyullah ? Mana dalil Asaari Al Kazzab pemimpin jemaah kebenaran ? Mana dalil Asaari Al Kazzab boleh direct dgn Allah, sedangkan Rasulullah SAW sendiri nak direct kena tunggu Israk Mikraj. Mana dalil kata2 Rasulullah SAW boleh pusing2 cam keling pariya mabuk todi, kejap dapat daulah lagi 3 bulan, kejap tak dpt daulah sebab ahli lom sedia ? Mana dalil ?

Tak salah mintak dalil. Yang salah ialah bila diminta dalil, kita bagi sajak budak darjah satu sebagai dalil, kemudian dakwa sajak tu tafsiran Al Quran & hadis

Kalau betul sajak tu tafsiran Quran & hadis, cuma amik satu sajak, tanya Asaari Al Kazzab sajak tu tafsiran ayat Quran dari surah apa ? Ayat ke berapa ? Lepas tu kita compare dgn tafsir ulama muktabar

Bukan payah sangat. Orang kalau ada akal, mereka boleh fikir. Orrang yg taksub buta, tak nak guna akal, dia menjadikan alasan HAQQUL YAKIN utk sembunyikan sifat malas nak cari dalil

Cam aku kata, kewujudan Allah Yg Maha Pencipta yg sememangnya wujud, pun WAJIB berdalil utk mengesahkan iktiqad, lebih2 lagi setiap dakwaan makhluk yg lemah macam Asaari Al Kazzab, kena wajib berdalil

 
At 12:14 PM, Blogger ayus said...

ni komen di cbox. WM minta supaya masukkan dlm bahagian komen, supaya dpt dikongsi bersama2.

ps: kalau awae donde dah hantar komen yg sama, tak payah approve komen yg ni ok!


########################
Komen cik_awae_dondae, pada 21 Sept 2006, 11.00 pagi, di cbox rufaqa-sesat.blogspot.com

kita nak cari kebenaran bukan sebab nak tgk benda2 pelik atau benda kerohanian. kita nak cari kebenaran berdasarkan Al Quran & Sunnah. Dari AL Quran & Sunnah itu ada ilmu fardhu ain, pastikan yang fardhu ain dah lulus dan dah amal, barulerr nak cakap pasal hal ladunni. Masalah yg berlaku, sifat wajib bagi Allah & Nabi pun dah lari dari landasan, kita nak peningkan kepala dgn ilmu yg tak wajib dipelajari. Sebab itu niat kena ikhlas. Jangan jadi macam org Rufaqa, semua main haqqul yakin. Percaya bulat tak berdalil.

Percaya bulat tak berdalil ni, bukan haqqul yakin, tetapi taqlid buta. Allah itu Tuhan Semesta Alam. Sememangnya Allah itu wujud. sedangkan kewujudan Allah itu pun WAJIB berdalil, apa lagi kalau nak percaya kpd seorang makhluk Allah yang bersifat dengn sifat kelemahan. sebab itu TAK SALAH kalau nak pertikaikan :
1. Mana dalil Asaari Al Kazzab Bani Tamim?
2. Mana dalil Asaari Al Kazzab waliyullah?
3. Mana dalil Asaari Al Kazzab pemimpin jemaah kebenaran?
4. Mana dalil Asaari Al Kazzab boleh direct dgn Allah, sedangkan Rasulullah SAW sendiri nak direct kena tunggu Israk Mikraj.
5. Mana dalil kata2 Rasulullah SAW boleh pusing2 cam keling pariya mabuk todi, kejap dapat daulah lagi 3 bulan, kejap tak dpt daulah sebab ahli lom sedia?
6. Mana dalil?

Tak salah mintak dalil. Yang salah ialah bila diminta dalil, kita bagi sajak budak darjah satu sebagai dalil, kemudian dakwa sajak tu tafsiran Al Quran & hadis. kalau betul sajak tu tafsiran Quran & hadis, cuba amik satu sajak, tanya Asaari Al Kazzab sajak tu tafsiran ayat Quran dari surah apa? Ayat ke berapa? Lepas tu kita compare dgn tafsir ulama muktabar. bukan payah sangat. Orang kalau ada akal, mereka boleh fikir. Orang yg taksub buta, tak nak guna akal, dia menjadikan alasan HAQQUL YAKIN utk sembunyikan sifat malas nak cari dalil.

cam aku kata, kewujudan Allah Yg Maha Pencipta yg sememangnya wujud, pun WAJIB berdalil utk mengesahkan iktiqad, lebih2 lagi setiap dakwaan makhluk yg lemah macam Asaari Al Kazzab, kena wajib bdalil

nak tau taqlid buta ke tak org Rufaqa, cuba tengok saja kedai Rufaqa di Kemaman. Bermula dengan 3 lot kedai, ianya jadi 2 lot kedai, kemudian jadi 1 lot kedai, kemudian jadi setengah lot kedai. Akhir sekali tutup kedai, bungkus business. Rugi. TAPI yg pelik, Rufaqa kata pernriagaan mereka MAJU. Org kalau ada akal, boleh nilai maju atau mundur perniagaan mereka. Sekarang tapak lama kedai Rufaqa, diambil alih oleh perniagaan lain. OK aje mereka meniaga, tak rugi. Jadi tak payah nak boast up dengan ekonomi yg gulung tikar.

pernakah nabi saw menyuruh kita menyerahkan diri kita secara total kpd pemimpin yg dipilih Allah swt untuk dicorakkan dan taatkan pdnya sehinggakan melebihkan ibu ayah dan keluarga.
########################

 
At 12:40 PM, Anonymous Anonymous said...

Tidakku sangka!!! Nampaknya pengendali juga menyokong I.S.A. Well, Malaysia ada berpuluh-puluh lagi akta lain yang boleh mendakwa ashaari. Enakmen syariah disetiap negeri juga ada klausa berkenaan ajaran sesat. Jadi mengapa perlu guna ISA?

ISA hanya memburukkan lagi keadaan. Masyarakat akan tambah simpati dan ashaari dilihat TIDAK BERSALAH. Ashaari sudah di tahan 2 kali dalam ISA. Adakah kesnya selesai? Berapa ramai rakyat yang bersimpati (termasuk saya) bila Ashaari dan pemimpin Al-Arqam di tahan di bawah ISA? Ingat, proses pemulihan simpatisan lebih sukar dari menangkap seorang Ashaari. Makan masa untuk diterangkan.

ISA tidak menyelesaikan masalah. Kalau kita qias dari hukum Islam, perlaksanaan hukuman mengambilkira penyertaan khalayak, untuk khalayak maklum, faham dan sedar akan satu-satu jenayah. ISA, bertentangan dengan Islam samada dari aspek perlaksanaannya, mahupun konsepnya sendiri. ISA sangat zalim. Klausa dalam ISA membolehkan tindakan diambil berdasarkan apa jua sebab. Klausa dalam fasal akhir ISA, 'Hal-hal lain' - membolehkan sebarang tuduhan diwar-warkan, kemudian mangsa boleh di tangkap atas TUDUHAN yang diwar-warkan. Ini berlaku kepada mangsa tahanan yang dituduh atas alasan KMM.

Dan sejarah membuktikan ISA tidak berjalan MENGIKUT AKHLAK dan SYARIAT. Direkodkan tahanan-tahanan ISA telah dibogelkan, disimbah dengan air kencing, dicabut kuku, dipaksa onani, diludah ke mulut, dibakar janggut, dipijak kepala, dinafikan hak untuk tidur dan berehat, dinafikan hak untuk solat fardhu dan jumaat, dinafikan hak mendapatkan khidmat perubatan yang baik, keluarga tahanan diganggu SB, dipukul dan disepak.

Direkodkan juga prasarana dalam kem tidak bersih. Ramai yang mengidap tyfoid setelah dikenakan tahanan. Bekalan Air yang tidak bersih. Suatu ketika terdapat bangkai di dalam tangki air.

Saya sungguh tak faham dan keliru, adakah ISA masih relevan dan 'islamik'? Apatah lagi dalam menangani kes Ashaari? Pulihkah akidah Ashaari dengan sesi soal siasat? Pulihkah akidah Ashaari jika yang 'mengajarnya' adalah SB-SB yang jahil lagi tidak berperikemanusiaan?

Penyelesaiannya, bila Ashaari dibicarakan di Mahkamah terbuka, rakyat akan membuka mata. Dialog-dialog didalam perbicaraan pastinya membongkar satu per satu pekung Ashaari. Barulah rakyat faham dan sedar pembohongan-pembohongan yang dilakukan oleh Ashaari, seperti mana yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim. Bagi rakyat yang meneliti dialog perbicaraan Anwar, kita dapati semakin lama makin terserlah pekung.

Kedua, mahkamah boleh memerintahkan agar Ashaari dikenakan tahanan, sesi pemulihan, buang daerah dll. Jika melalui ISA, segalanya hanya melalui SEORANG Menteri Dalam Negeri dibawah kuasa Eksekutif. Sedangkan Mahkamah mempunyai panel juri, 'agak bebas' dari campurtangan politik, dan ia badan legislatif yang terletak dibawah YDP Agong- Ketua agama Islam, yang mana ianya sangat berhak ke atas kes Ashaari.

ISA tak selesai masalah. Ingat, ISA adalah senjata orang yang salah lagi maha pengecut. Dengan ISA, semakin memperlihatkan *kebenaran* yang dibawa Ashaari. Dengan perbicaraan terbuka pastinya Ashaari tidak dapat bertaqiyyah lagi. Selepas perbicaraan, penganut-penganut yang tinggal hanyalah Isteri dan anak-anaknya.

Dan, untuk rakyat Malaysia...Tanpa ISA kita masih boleh hidup dengan sejahtera! Hey kawan, berpuluh akta lain lagi boleh digunakan untuk membuktikan Ashaari bersalah!!! Mengapa perlu ISA? ISA? tidak relevan...katakan TIDAK kepada ISA. Malaysia belum lagi merdeka. Bebaskan Malaysia dari ISA! Jangan sekali kita cenderung (tarkanu) kepada orang yang berbuat zalim (mafhum Quran)...

 
At 3:19 PM, Blogger Jemaah Aurad Muhammadiah said...

Salam.

KAmi sangat hargai semua komen yang dilontar kepada laman ini. Kami sekadar mencadangkan peruntukan ISA dibuat sebagai salah satu kaedah kawalan. Ini tidak bermakna kami mengiktiraf dan menyokong ISA.

ISA banyak memberi hikmah kepda kes al-Arqam dan Rufaqa. Antaranya:

a. Pertama kali Asaari berjumpa dan berbincang secara ilmiah dengan para ulama. Para ulama telah membuka halaman kitab-kitab turath dan muktabar dan ketika itulah Asaari belajar mengenali kesilapannya.

b. Terputusnya hubungan mursyid dan anak muridnya. Ini kerana Asaari sebagai mursyid sangat memerlukan orang di sekeliling untuk menyebarkan MINDA @ ajarannya. Apabila terputus, ikatan Aurad Muhammadiah akan longgar dan keyakinan anak murid kdp Asaari akan longgar. Hanya peruntukan ISA sahaja yang ada kuarantin sebegini.

c. Ajaran sesat seperti rufaqa hanya ada pada hati, akal dan minda mereka. Mereka sudah tidak menulisnya dalam dokumen seperti zaman al-Arqam dahulu. Maka pembuktian di Mahkamah Syariah akan bertambah sukar. Maka, kita memerlukan akta yang 'segera' seperti ISA untuk bertindak mengawal mereka.

d. ISA menyebabkan banyak rahsia Asaari terbongkar terutamanya perkara yang dia rahsiakan daripada pemimpin lapisan 1 dan 2 seperti hakikat yaqazah yg sebenar, aliran kewangan dan pengurusan aset.

e. ISA telah menjatuhkan kesombongan Asaari dan jemaahnya.

f. ISA berjaya memecahkan ketaatan dan taksub pengikut Jemaah Aurad Muhammadiah sehingga menyebabkan 80% sudah tidak lagi mengikut mereka.

Kesimpulannya, ISA memang bermasalah apabila dinilai dari sudut fiqh. Tetapi, sejarah telah membuktikan ISA memberi kesan berbeza kepada pemimpin Arqam.

KAMI TELAH MENEMURAMAH SEMUA BEKAS TAHANAN ISA DI KALANGAN PEMIMPIN ARQAM. MEREKA MENGAKUI BAHAWA SEPANJANG MEREKA DITAHAN, MEREKA TIDAK PERNAH MENERIMA PENDERAAN FIZIKAL, TIDAK PERNAH DIZALIMI SEBAGAIMANA DIGAMBARKAN OLEH PENGKOMEN-PENGKOMEN DALAM TOPIK INI.

KES AL-ARQAM DILAYAN DENGAN CARA BERBEZA. MASALAH MEREKA ADALAH AKIDAH DAN PEMIKIRAN. KERANA ITULAH MEREKA HANYA DIAJAK BERBINCANG SECARA MARATHON DAN BERDEBAT SEPANJANG DALAM TAHANAN ISA.

AKHIR SEKALI, JANGAN SAMAKAN KES AL-ARQAM DENGAN KES TAHANAN POLITIK LAIN.

 
At 11:46 PM, Anonymous Anonymous said...

http://banitamim.hyperboards.com/index.php?action=view_topic&topic_id=21

try WM masuk ke sini dan baca betapa taksub butanya org Rufaqa. Shoutulfitrah bagi link tu bila diminta dalil Quran & Hadis. Tapi tak ada juga dalil di situ

 
At 3:12 AM, Anonymous Anonymous said...

Ana tak paham pulak dah ni,ni mana satu aurad muhammadiah nih?Ashari kata dia aurad muhamadiah,ni satu geng aurad muhammadiah lain pulak.berapa banyak geng daa labu,bikin pusing daaa.explain skik leh?ada apa-apa send e-mail yer..pearl_glo@hotmail.com

 
At 2:49 PM, Anonymous Anonymous said...

tulah, kalau masuk isa, nnti org ingat kerajaan saje wat2 cerita, sbb dengki rufaqa tu kaye benor...

nnti leh tagih simpati org..nmpk cm ashaari tu lak yg kesian dan ditindas..

bukan sumorg ade internet..makcik2 kat kg tu, bukan tau turn on pc pon..

 

Post a Comment

<< Home