Monday, July 24, 2006

Pendustaan Asaari Tentang Keturunannya

Setelah perkembangan Darul Arqam kian 'memuncak' (mengikut tanggapan mereka) pada awal 1990-an, Asaari sudah mula merancang agenda baru iaitu IMAGE PROJECTION bagi dirinya. Dirinya cuba dinaikkan taraf dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dari bergelar Ustaz sehinggalah bergelar Ayatullah iaitu beberapa bulan sebelum pengharaman jemaah tersebut pada Ogos 1994. Kini gelaran itu semakin meningkat, menjadi Ketua Wali di alam ghaib, dan Sohibuzzaman. Semua gelaran pangkat ini, tidak ada sesiapa pun yang memberikannya (menganugerahkannya), melainkan Asaari yang mengiystiharkan dan menggunakan gelaran itu digunakan untuk dirinya.

Sehubungan itu, pada artikel kali ini, kami ingin menyentuh tentang pendustaan Asaari tentang keturunannya. Umum mengetahui bahawa Asaari telah mensabitkan dirinya sebagai seorang yang berketurunan Bani Tamim dan berbangsa Arab. Kesan daripada pensabitan keturunan itu, namanya disambungkan dengan 'AT-TAMIMI' dan ia wajib diyakini secara qat`ie oleh para pengikutnya.

Gelaran al-Tamimi adalah gelaran yang unik dan bersifat spesifik. Ini kerana ia memberikan kesan signifikan dalam akidah dan perjuangan Jemaah Aurad Muhammadiah.

Apabila ada pihak berhujah dan meminta bukti adakah benar Asaari berketurunan Bani Tamim, maka dia akan mengeluarkan satu teori pelik. Dia mendakwa pendakwah Islam dari Tanah Arab telah sampai ke Tanah Jawa dan berlakulah perkahwinan campur di kalangan nenek moyangnya. Menerusi teori ini, dia mendakwa (malah berkeyakinan) dirinya adalah berbangsa Arab, tetapi Arab yang sudah tipis, dan tidak ada ciri-ciri fizikal yang menggambarkan dirinya orang Arab. Asaari juga tidak dapat membuktikan keturunannya dalam bentuk rekod sebagaimana kebiasaan orang Arab menyimpan rekod keturunan mereka.

Apakah tujuan Asaari mensabitkan nasabnya dengan Bani Tamim?


a. Untuk menjadi pembantu Imam Mahdi dan melibatkan diri secara langsung dalam JADUAL ALLAH. Jadual ini bermaksud kronologi peristiwa Akhir Zaman sebelum Kiamat berlaku. Sebagaimana yang dimaklumi, perjuangan Asaari dan jemaahnya berdasarkan JADUAL ALLAH.
b. Untuk menaik tarafkan keistimewaan dirinya agar dipandang hormat oleh kelompok tarekat yang sealiran dengannya.

Sesiapapun di Malaysia, sangat hairan dan pelik kerana Asaari setelah hidup selama lebih 40 tahun, tiba-tiba baru mengetahui bahawa dirinya adalah PEMUDA BANI TAMIM. Dan dia mengetahuinya bukan secara rekod salasilah, tetapi lebih kepada agakan dan percubaan pada peringkat awalnya. Tetapi, lebih pelik akhirnya kini ia menjadi keyakinan dan sebahagian akidah mereka.

Kami sangat ingin memberitahu kepada Asaari dan pengikutnya, bahawa tindakan Asaari itu sangat bertepatan dengan sebuah hadith riwayat Abu Zar al-Ghifari. Rasulullah s.a.w. bersabda;

ليس من رجل ادعى لغير أبيه – وهو يعلمه – إلا كفر بالله ، ومن ادعى قوما ليس له فيهم نسب فليتبوأ مقعده من النار

"...Sesiapa yang mendakwa mempunyai hubungan keturunan dengan sesuatu kaum, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kaum itu, maka bersiap sedialah tempat duduknya di dalam neraka."
- Hadith Riwayat Bukhari. No. Hadith 3508

Maka, bersiaplah untuk ke sana, kalau enggan mahu bertaubat…

Daripada hadith di atas (dan banyak hadith-hadith yang seumpamanya), jelaslah bahawa hubungan keturunan bukanlah sesuatu yang boleh diagak, dicuba, atau diyakini secara membuta tuli tanpa ada bukti yang sahih. Ini kerana berdusta atas nasab dan keturunan adalah satu pendustaan yang termasuk dalam DOSA-DOSA BESAR sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Zahabi dalam bukunya al-Kaba`ir.

Apa Kata Adik-beradik Asaari?


Maklumat ini diperolehi daripada temuramah ahli keluarga terdekatnya. (Berita Harian, 9 Julai 1994, Pemimpin al-Arqam Keturunan Melayu-Bawean) Dengan menemuramah adik bongsu Haji Asaari Muhammad, Syarifah terkejut dengan dakwaan abangnya bahawa dia berketurunan pemuda Bani Tamim. Menurutnya, mereka dilahir serta dibesarkan di Kampung Pilin, di bawah peliharaan bapa saudara mereka, Lebai Ibrahim Alias, selepas ayah mereka, Muhammad berkahwin lain. Adik beradik Asaari tidak pernah tahu dan diberitahu sejak kecil tentang kaitan keturunan mereka dengan Bani Tamim mahupun Arab.

Sekiranya benar Asaari berketurunan Arab dan berbangsa Bani Tamim, sudah pasti ia suatu yang ittifaq diakui dan disedari oleh semua ahli keluarga Asaari. Dan sudah pasti, Asaari mengetahui perkara ini dari ibu bapanya, bapa-bapa saudaranya atau datuknya. BUKAN DARI MANA-MANA INDIVIDU YANG LANGSUNG TIADA KAITAN IKATAN DARAH DENGAN DIRINYA.

Walaupun Asaari terus menipu pengikutnya dengan pelbagai teori untuk membuktikan bahawa dirinya adalah PEMUDA BANI TAMIM, tetapi semuanya hujah bertaraf 'sampah' yang langsung tidak boleh ditimbang oleh akal yang waras.

Adakah Asaari berasa tidak cukup dengan amaran Rasulullah s.a.w. yang mengharamkan kita berdusta atas nasab dan keturunan?

3 Comments:

At 3:26 PM, Blogger mfrstudio said...

entri ini sangat bagus fokusnya.. tetapi seolah-olah masih belum complete kajian mengenainya.

teruskan,kami akan terus menyokong.

MFR STUDIO.

 
At 6:37 PM, Anonymous Anonymous said...

agak menarik tajuk ni..tp masih kurang jelas penerangannya..blh tak dptkan salasilah u.asaari.(macam graf)...agar mudah faham...

 
At 2:21 PM, Anonymous Anonymous said...

yg aku nampak us asaari ni muka jawa takde pun muka arab langsung pun.

 

Post a Comment

<< Home