Thursday, July 20, 2006

Pengharaman Buku Terbitan Rufaqa

Berikut adalah petikan berita dari laman web JAKIM.
(http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=1847)


Sebanyak 16 laporan kajian buku-buku telah dikemukakan untuk pertimbangan dan perakuan Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam dalam mesyuaratnya bagi kali ke-71 pada 10 hingga 12 Julai 2006 bertempat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam, Selangor.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh S.S. Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan ini telah membuat keputusan bersetuju untuk memperakukan haram ke atas 7 buah buku kerana menyalahi Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam, iaitu:

(1) War, Terror & Peace In The Qur’an And In Islam:Insights For Military & Government Leaders – T.P. Schwartz-Barcott;

(2) Who Can Be Saved?Reassessing Salvation In Christ And World Religions – Terrance L. Tiessen;

(3) Islamic Fundamentalism Since 1945 – Beverly Milton-Edwards;

(4) Islamic Aesthetics An Introduction – Oliver Leaman;

(5) Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia – Ashaari Muhammad;

(6) Mengapa Sebahagian Bekas Pemimpin Arqam Menentang Hj. Ashaari – Dr. Mohd. Noor Mohd. Basir & Alfifi Alias; dan


(7) Onward Muslim SoldiersHow Jihad Still Threatens America and The West – Robert Spencer.

Manakala sebuah buku ditangguhkan keputusan untuk kajian lanjut.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh S.S. Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan, Dato’ Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid, tiga orang ahli akademik iaitu Y. Bhg. Prof. Zakaria Stapa, Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Hashim bin Mehat serta Y. Bhg. Dr. Hayei bin Abdul Sukor serta wakil daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Cawangan Khas E6 PDRM serta beberapa agensi lain. Dalam mesyuarat ini juga, Jawatankuasa Penapisan telah dimaklumkan mengenai pengedaran komik kanak-kanak Majalah Doraemon dalam siri Sihir Gelap. Mesyuarat bersetuju untuk memperakukan supaya komik ini diperaku haram kerana mengaitkan nama Allah dengan patung buddha. Sehubungan dengan itu, mana-mana penerbitan majalah seumpama ini turut menerima perakuan yang sama sekiranya memaparkan maklumat yang serupa.

Tarikh : 13 Julai 2006
Sumber : Pengarah Bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa
Editor : PRO JAKIM


____________________________________________________


Alangkah sedihnya Asaari. Sepanjang hidupnya tidak ada satu bukunya pun yang diiktiraf oleh para ulama. Para ulama menilainya dengan terperinci sebelum menjatuhkan hukum HARAM dibaca, diedar, dimiliki apatah lagi dijual.

Lebih menyakitkan mata Asaari dan pengikutnya, apabila semua buku-buku Asaari berada sebaris dengan BUKU-BUKU LUCAH yang DIHARAMKAN oleh Kementerian Dalam Negeri di booth pameran BUKU-BUKU HARAM pada setiap kali PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR.

1 Comments:

At 2:58 PM, Blogger ayus said...

saya pernah tunjukkan pada seseorang berkenaan dengan pengharaman buku oleh pihak JAKIM ni.

orang tersebut memang ingin menjauhi rufaqa. Dengan nada yang agak kesal, dia kata takkan 2 je buku yang diharamkan? buku2 lain macam mana?

apa yang boleh dijawab masa tu. sekarang baru saya tahu, setiap tahun jakim akan buat pantauan terhadap semua buku2 yang beredar di bumi Malaysia ni. maksudnya buku2 terdahulu telah pun diharamkan.

pesanan: sekiranya tidak menyusahkan group webmaster, bleh dapatkan dari JAKIM laporan untuk setiap buku yang telah diharamkan oleh mereka.

 

Post a Comment

<< Home