Thursday, August 10, 2006

Asaari Tidak Mempunyai Syafaat

Antara ‘kehebatan’ Asaari yang sering dijaja olehnya atau para pengikutnya ialah "Abuya akan memberi syafaat kepada kita di hari akhirat." Berikut adalah petikan dalam VCD Kuliah Hubungan Dengan Mursyid:
…"Pada hari kiamat, abuya tunggu murid-muridnya yang setia untuk bagi syafaat.. Imam mahdi berdiri sebelah abuya & turut bagi syafaat. Sebelah Imam Mahdi adalah Rasulullah yang turut memberikan syafaat pada pengikut-pengikut abuya…"


Kenyataan di atas adalah PENDUSTAAN BESAR kerana bercanggah dengan nas yang sahih tentang konsep Syafaat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah. Bagi kami Asaari tidak boleh memberi syafaat kerana tidak ada satu nas dari al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyatakan bahawa Allah S.W.T memberikan kuasa syafaat kepada Asaari.

Berikut adalah dalil-dalil dari al-Quran yang menerangkan tentang Syafaat:

Firman Allah 'Azza wa Jalla:

وَأَنْذِرْ بِهِ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْ يُحْشَرُوا إِلَى رَبِّهِمْ لَيْسَ لَهُمْ مِنْ دُونِهِ وَلِيٌّ وَلا شَفِيعٌ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
(Al-An'am: 51)



قُلْ لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia-lah yang menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadanya (untuk menerima balasan)." (Az-Zumar: 44)


اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk, usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia-lah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya) (Al-Baqarah: 255)

وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَى
Dan berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan diredhai-Nya. (An-Najm: 26)


قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ لا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِنْ شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُمْ مِنْ ظَهِيرٍ (٢٢) وَلا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
Katakanlah (Wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk Yang kamu dakwakan sebagai Tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) Dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka". Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia-lah jua yang Maha Tinggi keadaannya, lagi Maha besar kekuasaan-Nya. (Sabba': 22-23)


Ulasan ayat:
Ayat pertama dan kedua menunjukkan bahawa syafaat seluruhnya adalah hak khusus bagi Allah. Ayat ketiga menunjukkan bahawa syafa'at tidak diberikan kepada seseorang tanpa izin dari Allah. Ayat keempat menunjukkan bahawa syafa'at diberikan oleh orang yang diredhai Allah dengan izin dari-Nya, dengan demikian syafa'at adalah hak mutlak Allah, tidak dapat diminta kecuali dari-Nya; dan menunjukkan pula kebatilan syirik yang dilakukan oleh kaum musyrikin dengan mendekatkan diri kepada malaikat, atau nabi dan orang-orang shaleh, untuk meminta syafa'at mereka. Ayat kelima mengandungi bantahan terhadap kaum musyrikin yang menyatakan mereka itu menyeru selain Allah, seperti malaikat dan makhluk-makhluk lainnya, kerana menganggap bahawa makhluk-makhluk itu mendatangkan manfaat atau menolak mudharat; dan menunjukkan bahawa syafa'at tidak berguna bagi mereka, kerana syirik yang mereka lakukan, tetapi hanya berguna bagi orang yang mengamalkan tauhid dan itu pun dengan izin Allah.


Seterusnya, dalam beberapa hadith dinyatakan:

Hadith 1:

‏حدثني ‏ ‏يونس بن عبد الأعلى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏عبد الله بن وهب ‏ ‏قال أخبرني ‏ ‏مالك بن أنس ‏ ‏عن ‏ ‏ابن شهاب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سلمة بن عبد الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة: ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لكل نبي دعوة ‏ ‏يدعوها فأريد أن أختبئ دعوتي شفاعة لأمتي يوم القيامة


Dari
Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa yang mudah dimakbulkan. Aku ingin menyimpan doaku tersebut, untuk memberi syafaat kepada umatku pada Hari Kiamat nanti.
Hadis Sahih Muslim: 293


Hadith 2:
‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏هشيم ‏ ‏عن ‏ ‏سيار ‏ ‏عن ‏ ‏يزيد الفقير ‏ ‏عن ‏ ‏جابر بن عبد الله الأنصاري ‏ ‏قال:
‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أعطيت خمسا لم يعطهن أحد قبلي كان كل نبي يبعث إلى قومه خاصة وبعثت إلى كل أحمر وأسود وأحلت ‏ ‏لي الغنائم ولم تحل لأحد قبلي وجعلت ‏ ‏لي الأرض طيبة طهورا ومسجدا فأيما رجل أدركته الصلاة صلى حيث كان ونصرت بالرعب بين يدي مسيرة شهر وأعطيت الشفاعة

Hadis
Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.
Hadis Sahih Muslim: 810


Daripada semua dalil-dalil ini, tidak wujud satu buktipun manusia biasa seperti Asaari mampu memberi syafaat kepada manusia di hari Akhirat. Ini kerana nas dengan jelas menyatakan bahawa perlindungan dan syafaat hanya datang dari Allah S.W.T dan Allah S.W.T hanya mengizinkan sesiapa yang dikehendaki untuk memberikan syafaat. Ini diterangkan dengan nas-nas yang lain bahawa hanya Nabi Muhammad sahaja yang berhak memohon syafaat daripada Allah S.W.T untuk umat manusia. Malah, dalam hadith di atas dengan jelas membuktikan bahawa para Nabi lain tidak dapat menyelamatkan umatnya dan tidak mampu memberi syafaat sebagaimana Nabi Muhammad. PERSOALANNYA, ADAKAH ASAARI LEBIH HEBAT DAN TINGGI MARTABATNYA KERANA BOLEH MEMBERI SYAFAAT BERBANDING PARA NABI DAN RASUL SEBELUM NABI MUHAMMAD S.A.W.?


Syaikh Al-Islam (m. 728 H/1328M) mengatakan:
"Allah telah menyangkal segala hal yang menjadi tumpuan kaum musyrikin, selain Diri-nya sendiri, dengan menyatakan bahawa tak seorang pun selain Allah mempunyai kekuasaan, atau sebahagiannya, atau menjadi pembantu Allah. Berkenaan syafa'at, maka telah ditegaskan Allah bahawa syafa'at ini tidak berguna kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah untuk memperolehnya, sebagaimana firman-Nya:

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يَشْفَعُونَ إِلا لِمَنِ ارْتَضَى وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azab-Nya. (Al-Anbiya': 28)

Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi: "Siapakah orang paling beruntung dengan syafa'atmu?" Baginda menjawab: "Mereka ialah orang yang mengucapkan "Laa ilaha illa Allah" dengan ikhlas dari dalam hatinya." (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Al-Bukhari)


Syafa'at yang ditetapkan ini adalah syafa'at untuk Ahlul Ikhlas wa Tauhid (orang-orang yang mentauhidkan Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya), dengan izin Allah; bukan untuk mereka yang mensyirikkan-Nya. Dan hakikatnya, bahawa Allah-lah yang melimpahkan kurnia-Nya kepada Ahlul Ikhlas wa Tauhid dengan memberikan maghfirah kepada mereka melalui do'a orang yang diizinkan Allah untuk memperoleh syafa'at, untuk memuliakan orang ini dan menerimakan kepadanya Al-Maqam Al-Mahmud (kedudukan terpuji). Sehubungan itu, syafaat yang tidak diiktiraf oleh Al-Qur'an adalah syafaat yang ada unsur syirik di dalamnya. Kerana itulah Al-Qur'an telah menetapkan dalam beberapa ayat bahawa syafa'at mesti dengan izin dari Allah; dan Nabi s.a.w. sudah menjelaskan bahawa syafa'at hanyalah untuk Ahlul Tauhid wal Ikhlas.

Sehubungan itu, kami memohon bukti dari nas al-Quran dan Sunnah yang sahih bahawa Asaari boleh memberikan syafaat kepada umat di hari akhirat. Apa yang pasti, kami mendapati bahawa dalil-dalil yang ada menjelaskan bahawa Shafaat itu adalah milik Allah S.W.T dan akan didoakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk umatnya dan bukannya Asaari Muhammad.

Jelaslah bahawa Asaari adalah pendusta besar...

4 Comments:

At 2:24 PM, Blogger ayus said...

----------------------------
"Syafa'at menurut syara' ialah memohon dihapuskan dosa dan kesalahan seseorang"
(alHafidz, al-Fath)

Komen: Ust Asaari banyak berdusta atas nama Allah, mengapa perlu mohon maafkan dosa orang lain? Dosa sendiri patut minta ampun dan bertaubatlah.


----------------------------
"syafa'at bermaksud penyerahan permohonan rayuan dari seseorang dengan tujuan memberi manfa'at atau menyelamatkan dari bahaya"
(Syaikh Saleh alUthaymeen, Ma'a fawaid min kitab Syarh Aqeedah alWasitiyah)

Komen: Ust Asaari nak selamatkan orang lain? Kalau di ukur dengan akidah Nabi saw, betul ke dia nak selamatkan orang lain? atau menyeru kepada neraka Allah?


----------------------------
Semak Tahzib Syarah atTohawiyah

+ Dengan izin Allah
"Siapakah yg dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya?" (AlBaqara): 255

Komen: Adakah Allah akan izinkan orang yang banyak berdusta atas nama Allah dan Nabi-Nya untuk memberi syafaat kepada orang lain?


----------------------------
+ Orang yg diredhai-Nya boleh memberi syafa'at
"mereka tidak memberi syafa'at melainkan kepada orang yg diredhai-Nya" (Anbiyaa'): 28

"Pada hari itu tidak berguna syafa'at, kecuali orang yang Allah telah beri izin kepadanya dan Dia telah meredhai perkataannya" (TaHa): 109

Komen: Kata Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-'Aql bila beliau tafsirkan hadis nabi yang berkisar tentang ilmu diwarisi oleh imam yang adil, ialah "para penghafal hadits yang thiqah (kuat hafalannya), iaitu yang mengambil ajaran agama ini dari para ulama lalu mereka menyampaikannya kepada orang lain...."

Ini jauh berbeza dengan ust asaari. Sudah lah tidak mengikut hadis sahih, malah gemar dengan hadis palsu. Malah suka menjauhkan diri dan menyuruh pengikutnya menjauhi para ulama. Orang sebegini ke orang yang akan diredhai Allah lalu dapat memberi syafaat pada orang lain? Untuk diri sendiri pun belum tentu dapat, lagi-lagi untuk anak-anak dan isteri-isteri, jauh sekali la untuk para pengikut.

Ini lah manusia yang telah membuat pendustaan besar kepada agama Allah. Oleh itu, bertaubatlah wahai ust asaari dan rufaqa.


----------------------------
+ Orang-orang mukmin
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berdo'a: Ya Tuhan kami beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami.." (alHasyr) 10

Komen: Ok, kita rujuk satu hadis: "Hati-hatilah kalian dengan perkara-perkara yang baru. Kerana setiap perkara yang baru (dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat."

Berapa banyak perkara baru dalam ajaran ust asaari? Dengan mampu beri syafaat lah, penambahan syahadah lah, alam ghaiblah, berbicara dengan Rasulullah secara jagalah, hadis palsulah, membuat ramalan untuk Malaysia lah dan seribu satu macam perkara baru yang sangat bertentangan dengan syariat Allah. Ini ke orang-orang mukmin? Nak mengaku mukmin pun malu la kalau macam tu.

Jadi, di mana letaknya pangkat ust asaari sebagai orang mukmin? Jauh sekali untuk memberi syafaat pada orang lain.


----------------------------
+ Syafa'at terhad dan khusus
Cth: Bapa saudara Nabi saw, Abu Talib kerana jasanya mempertahankan Nabi dan mendukung dan melindunginya. (Sahih alBukhari: 5/no 222 dan 224).

Komen: Ini dah sah-sah khusus untuk Nabi Muhammad sorang je. Bahkan nabi-nabi lain pun tidak memiliki keistimewaan ini. Lagi-lagi la ust asaari. Bukan saje tak layak nak samakan pangkat dengan para nabi, malah dengan para ulama dan ustaz-ustaz di luar sana pun tak layak.


Kesimpulannya, bertaubatlah wahai abuya dan rufaqa. Selagi nafas dikandung badan, selagi kiamat belum berlaku, pintu taubat sentiasa terbuka. Ingat, Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Kalau sayangkan jemaah sekalipun, ubah lah cara menerima ilmu, ramai para ulama di luar sana tu.

 
At 3:00 PM, Anonymous Anonymous said...

WebMaster boleh ceritakan tak sape Mejor Abu Zar tu... nampak gaye dia pun sungguh2 dlm mengembangkan keagungan kpd Ashaari...

 
At 4:05 PM, Blogger ayus said...

dah tentu laaa dia tu bekas ahli arqam, pemimpinan atas jugak laa dulu walaupun tak atas sangat.

dia tu askar, baru pangkat major, dah berenti keje sebab nak tumpukan pada rufaqa ni. sebab tu nama dia Mejar (B), maksudnya Bersara. Masalah keluarga sendiri pun tak selesai lagi, sibuk dengan perjuangan yang dia sendiri tak faham apa itu perjuangan Islam

Yang amat menyedihkan, seseorang yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan Islam, sekarang banyak menulis buku 'Islam', Minda Abuya. Sebenarnya rufaqa sendiri kekurangan penulis setelah penulis2 handal dari arqam dahulu telah berpaling dari perjuangan abuya (yg tak tahu hala tuju tu!).

Abu Dzar kini dah jadi BOD kat rufaqa. kira pemimpin bawahan abuya la. ada 20 orang BOD kat rufaqa nun. Kalau nak diikutkan, kalau arqam ada lagi, abu zar tu xde laa tinggi pangkat camni, sebab rufaqa dah kekurangan orang dah

huh.. termengumpat pulak. harap umpatan ni bertujuan untuk menyedarkan orang betapa perlunya berhati2 dengan penulis (Abu Zar ni la) yang menulis tidak berlandaskan al-quran dan sunnah. Patut abuya kena letak penulis yang betul2 faham Islam, baru ada kualiti. ni tidak, doktor macam Alifi dan abu zar tu jugak yang dia kutip. memalukan

 
At 2:28 PM, Blogger ayus said...

"Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. Dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(An Nisa): 85

adakah syafaat yang buruk ingin abuya berikan pada pengikut2nya?

Mungkin hujah dari ayat Allah ini abuya ambil untuk dijadikan panduan, di mana abuya dapat memberi syafaat.

"Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah." Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) dibumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dan apa yang mereka mempersekutukan (itu).
(Yunus): 18

Maka, itu adalah satu kekeliruan. Ayat ini adalah ejekan terhadap orang-orang yang menyembah berhala, yang menyangka bahwa berhala-berhala itu dapat memberi syafaat Allah.

Jika bukan hujah ini, sila lah abuya atau mana2 BOD beri hujah ilmiah di mana letaknya dalil mengatakan abuya mampu memberi syafaat. Hujah yang kedua dan paling perlu adalah, buktikan dengan dalil bahawa "abuya kat tengah2, Nabi sebelah kanan abuya dan imam mahdi sebelah kiri abuya, ahli rufaqa akan beratur mendapatkan syafaat dari abuya, di temani oleh Nabi dan IM". Buktikan dengan ilmiah

 

Post a Comment

<< Home