Wednesday, July 26, 2006

Islam Hadhari: Asaari Syok Sendiri

Pada kali ini, kami ingin menyentuh berkaitan Islam Hadhari dan Rufaqa. Rufaqa mendakwa bahawa mereka kini berada di ‘jalan yang benar’ dan Kerajaan sudah tidak bertindak ke atas mereka kerana Rufaqa berjuang bersama-sama Kerajaan untuk memahamkan masyarakat tentang Islam Hadhari. Hujah mereka lagi, Kerajaan sudah menerima Rufaqa dan tidak lagi menganggap Rufaqa sebagai satu ‘masalah’ kerana mereka kini sudah ‘Islam Hadhari’.

Lebih mengaibkan lagi, laman web Rufaqa (
www.rufaqadaily.com dan www.rufaqa.com) secara giat mempromosikan bahawa web mereka menjadi sumber rujukan Islam Hadhari. Sebelum itu lagi, Asaari tanpa segan dan malunya telah menulis satu buku yang menerangkan konsep Islam Hadhari mengikut kefahamannya. Lalu, Asaari mendakwa kini perjuangan mereka bukan lagi untuk mendapatkan Daulah Islamiah, tetapi hendak mempromosikan Islam Hadhari pula. Ini sekadar taqiyah mereka sahaja.

Sehingga kini, Asaari dan para pengikutnya masih ‘syok’ dengan Islam Hadharinya dan menyangka pihak kerajaan ‘sayang’ pada mereka berikutan sokongan mereka itu. Paling pelik, Asaari telah menamakan kedai runcitnya dengan ‘Suq Islam Hadhari’ dan menerbitkan album maksiat Mawaddah yang menyanyikan lagu-lagu dan sajak Islam Hadhari. Lebih menjijikkan, cover CD itu kelihatan gambar superimpose Mawaddah dan YDP Agong, (Sultan Darul Sunnah).

Kami mendapati, Asaari ‘syok’ sendiri dalam sokongannya terhadap Islam Hadhari. Sebaliknya, Perdana Menteri dan para Menteri sepakat menolak Islam Hadhari versi Asaari. Kesesatan Akidah mereka menjadi dasar utama penolakan tersebut.

Lihat petikan berita berikut :

Berita Harian, 1 Julai 2005, Pandangan Islam Hadhari Ashaari Menyeleweng.

Kerajaan mengesan empat penyelewengan yang jelas dalam sebuah buku bertajuk Islam Hadhari berdasarkan pandangan bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata buku Islam Hadhari itu ditulis dan diolah secara baik sehingga penyelewengan daripada prinsip Islam Hadhari itu dilakukan secara halus.

Harian Metro, 1 Julai 2005, 4 Penyelewengan Buku Ashaari.

KERAJAAN mengesan sekurang-kurangnya empat penyelewengan terkandung dalam buku bertajuk `Islam Hadhari' setebal 175 muka surat yang ditulis berdasarkan pandangan bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad. Empat penyelewengan itu ialah mendakwa konsep taqwa 90 peratus berada dalam diri dan selebihnya di luar, sistem pendidikan negara sekular, Ashaari menganggap dirinya daripada keturunan Bani Tamin (wakil untuk menemui Imam Mahadi) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dianggap kejam dan zalim.

Metro Ahad, 3 Julai 2005, Apa Sudah Jadi Pusat Pulih Akidah.

USAHA memesrakan diri dengan kerajaan oleh bekas pemimpin tertinggi Al-Arqam, Ashaari Muhammad nampaknya bukan sesuatu yang mudah, malah dia sekali lagi dikaitkan dengan penyelewengan. Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, ketika sidang akhbar di lobi Parlimen berkata kerajaan mengesan sekurang-kurangnya empat penyelewengan terkandung dalam buku bertajuk 'Islam Hadhari' setebal 175 muka surat, terbitan Rufaqa' Corporation Sdn Bhd (Rufaqa'), yang ditulis Ashaari.

____________________________________________

Sebenarnya, terdapat banyak lagi kesalahan dan penyelwengan dalam buku tersebut. Bukan empat. Sesiapa yang membacanya, pasti akan melihat kecetekan ilmu seorang yang mendakwa dirinya ‘pembantu Imam Mahdi’.

Sehubungan itu, kami mengingatkan Asaari agar tidak lagi menjadi 'umang-umang' yang menumpang perjuangan Islam Hadhari. Kalian telah tersesat Akidah, maka kembalilah kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah. Selagi mana tidak bertaubat, semua ulama' dan umara' akan tetap menentang kalian.


2 Comments:

At 12:44 PM, Blogger ayus said...

grad it, grad_itt@yahoo.com wrote:
Ulamak Dalam Pandangan Islam.

Di Malaysia, proses mengalih tempat ulama dari tempat mulia ke kandang-kandang musuh berlaku begitu licin dan rapi sekali. Nyata ianya dirancang sejak lama dan penuh hati-hati. Sebagai contoh mari kita lihat tahap-tahap peralihan ituberlaku dengan jayanya di Malaysia.

a) Menjemput para alim ulama makan gaji.Waktu sebelum penjajah dulu,alim ulama tidak bekerja makan gaji. Mereka berdikari dalam soal mencari rezeki. Mereka bekerja menyebarkan ilmu di tengah masyarakat sekitar. Bilapenjajah memerintah,ulama-ulama ditawarkan bekerja dengan pemerintah. Yakni mereka ( penjajah) masuk kedalam kampung melalui wakil-wakilnya,naik ke rumah ulama-ulama itu,berbincang dengan tuan rumah,berbincang mengenai kerja yang ditawarkan itu. Hasil pujuk rayu,maka ramailah ulama menerimanya di samping ramai juga yang menolaknya.

b)Tuan guru saya Allahyarham Syeikh Mahmud Bukhari (asal Bukhara,Uzbekistan), dijemput sewaktu dia berada di Makkah
Dia menerimanya menjadi guru di Maahad Hisamudin,Klang. Cuma syukur kerana beliau tidak dapat ditipu oleh dunia. Rumah besar yang ditawarkan ditolaknya. Teruslah dia tinggal di rumah kecil tepi masjid. Hidupnya zuhud. Selain kerja rasmi, dia banyak buat kerja-kerja tidak rasmi iaitu mengajar masyarakat di masjid dan lain-lain lagi. Termasuk Sultan Selangor di masa itu Sultan Hisamuddin Alam Shah,sultan Selangor yang keenam, mengaji dengannya. Dibuatnya Sultan macam anak muridnya yang lain. Dia tegur apa yang patut ditegur. Ini diakui oleh semua ulama di zaman itu. Selamatlah ia dari mengampu dan menjilat.Dan dia lebih bertuah kerana saya memilih dia menjadi guru. Dia kalau masih hidup tentu berbangga kerana saya menjadi seorang ulamak sufi yang disegani hingga kini dari timur dan barat. Dari utara dan selatan. Malah kewalian saya melebihi kewalian Sheikh Abd Kadir Jailani. Kewalian Sheikh Abd Kadir jailani tidak sampai mampu menghalang Izrail mencabut nyawa manusia. Kewalian saya mampu menghalang Izrail mencabut nyawa. Malah kewalian saya juga mampu menghalang mungkar dan nakir menyoal manusia di alam barzakh. Jika tidak kerana saya, Sheikh Mahmud Bukhari tidak ke mana.Dia menumpang kemahsyuran saya.Sebab itu berselawat ke atas saya merupakan pahala yang amat besar. Jika berselawat ke atas Nabi, Allah memberi 100 ganjaran, maka berselawat ke atas saya Allah memberikan 1000 ganjaran sebab sayalah mujaddid akhir zaman yang memperbaiki agama yang rosak.

Tetapi umumnya, ulama yang menerima jemputan penjajah dapat ditipu oleh dunia yang melambai-lambai. Tipuan dunia tentu kita sudah maklum. Yakni bagai kita mengejar bayang-bayang atau fatamorgana. Kita ingin padanya kerana ia begitu menarik. Tetapi makin diburu makin ia lari. Hingga kita asyik memburu,tidak juga puas-puas. Keasyikan yang melalaikan kita dari memburu Akhirat. Akhirnya kita mati sebelum menyediakan apa-apa bekal untuk hidup di Akhirat. Dunia yang diburu hilang dari hidup kita. Hiduplah mereka dalam kemewahan. Hati kian jauh dari Tuhan kerana penuh dengan kehidupan yang diisi oleh rasa cintakan dunia yang mengasyikan. Kerja-kerja ALLAH yang tanpa gaji itu tidak berasa seronok lagi. Yang seronok,kerja makan gaji. Begitulah dunia telah menggelapkan mata hati kita tapi mempesonakan mata lahir.

c) Bila umpan pertama sudah mengena, penjajah pun bangunkan tangga kedua iaitu mem buka sekolah-sekolah agama mengikut sukatan penjajah. Sekolah yang secara terang dapat menjamin makan gaji dengan kerajaan. Yakni dapat kehidupan mewah yang indah itu. Kalau tak buka sekolah sendiri,proses membawa ulama ke kandang mereka agak lambat. Bukan senang nak ubah kuih yang sudah disiapkan orang. Eloknya buat kuih sendiri. Itulah falsafah bangunnya sekolah-sekolah agama ini. Masyarakat melihatkan contoh ulama makan gaji yang hidupnya sudah berubah indah itu. Maka ramailah yang menghantar anak ke sekolah agama kerajaan. “Dunia dapat, Akhirat dapat,” kata mereka. Walhal pemburu dunia jarang dapat jadi pemburu Akhirat. Manakala pemburu Akhirat akan diburu –buru oleh dunia. Masa di sekolah lagi pelajar-pelajar sudah berbincang-bincang tentang jawatan-jawatan yang bakal disandang nanti. Ada yang nak jadi mufti,kadhi,mubaligh,dan lain-lain lagi.Masing-masing mengharap jawatan besar untuk mendapat gaji. (Apa yang saya sebut iniadalah pengalaman yang saya lihat dan dengar sendiri.)

Dengan adanya sekolah,kerajaan tidak payah lagi menjemput ulama di rumah-rumah mereka untuk datang ke pejabat. Tetapi para ulama sendiri yang berduyun-duyundatang memohon kerja. Dapat kerja ertinya dapat duit,dapat nama,dapatkuasa,dapat pengaruh, yang semuanya sangat dicintai oleh nafsu. Waktu itu sama ada dapat tegak hukum ALLAH atau tidak,sudah tidak diperhitungkan lagi. Melainkan sekolah yang dibangunkan oleh Rufaqa. Sekolah Rufaqa adalah role model madrasah Rasulullah. Jadi sekolah Rufaqa menerima didikan terus dari Allah berperantaraan Jibrail. Saya menerima wahyu, wahyu tersebut dijadikan sukatan pembelajaran di sekolah Rufaqa. Inilah yang berlaku di madrasah Rasulullah. Rasulullah menerima wahyu. Wahyu tersebut disampaikan kepada para sahabat oleh Rasulullah. Dan tradisi ini hanya ada di sekolah Rufaqa. Tidak ada di sekoah-sekolah lain di dunia ini, hatta di mekah dan madinah pun.

d) Tertekannya ulama tidak rasmi dan pondok-pondok. Pada era ini, kekuatan ulama rasmi sudah terasa. Maka jadilah mereka ayam sabung pemerintah untuk menekan ulama yang masih mempertahankan hak-hak ALLAH dalam masyarakat mereka. Sekolah-sekolah pondok tempat keluarnya ulama turut jadi sasaran.Kita tentu sama-sama dapat saksikan bagaimana proses peralihan berlaku dipondok-pondok. Yang sebelumnya berserban atau berkopiah putih,telah bertukar kepada kopiah hitam dan akhirnya jatuh semuanya. Kepala yang mulia tidak bertutup lagi. Baju-baju Melayu beralih kepada baju kemeja. Kain pelikat beralih kepada seluar. Mula-mula kemeja di luar tapi akhirnya kemeja masuk ke dalam seluar. Jadilah ulama rupa pakaiannya macam rupa pakaiaan tuannya,penjajah. Perempuan yang mula-mula dirahsiakan kecantikannya, dibuka sedikit demi sedikit,akhirnya terdedah betul untuk santapan nafsu lelaki macam wanita-wanita penjajah.

Saya hanya menyebut perubahan-perubahan yang lahir-lahir ini sebagai contoh sahaja. Yang sebenarnya perubahan fikiran melalui propaganda dakyah musuh itulah yang menjadi punca bagi perubahan lahir itu. Di Turki,Kamal Atarturk menjahanamkan ke-Islaman di Turki dengan cara inilah. Bahkan ia menggunakan kekasaran, membunuh ulama dan menghukum siapa-siapa yang degil. Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan jajahan komunis seperti di negara-negara di Asia Tengah yang pernah dijajah oleh Moscow, dan juga di Tanah Besar China. Ulama tidak rasmi dan ulama-ulama pondok dianaktirikan hingga menjadi begitu buruk dan tidak berharga lagi. Orang ramai pandang mereka bagaikan pandang kucing kurap. Akibatnya pondok hidup segan mati tak mahu.

Yang meriah pondok buah-buahan seperti pondok durian rambutan dan lain-lain lagi. Kemudian sebahagian besar ulama pondok pun terpengaruh sama. Walaupun mereka masih mengajar di pondok-pondok tetapi anak-anak mereka sendiri dihantar ke sekolah sekular yang menjamin keduniannya. Sikap mereka ini seolah-olah menampakkan mereka menyesal mengaji di pondok-pondok ( pesantren-pesantren) kerana tidak dapat apa-apa habuan keduniaan. Ini berbeza dengan Rufaqa. kepimpinan saya dan rakan-rakan yang setia, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi juga terpaksa tunduk kepada saya. Sehingga terpaksa membebaskan saya dari tahanan terhad. Seterusnya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menghinakan Tun Dr Mahathir, orang yang bertanggungjawab mengurung saya dalam tahanan terhad. Saya yakin, tidak lama lagi jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada saya oleh Abdullah Ahmad Badawi. Inilah janji Rasulullah sewaktu saya bertemu dengan Rasulullah. Bila saya sudah menjadi Perdana Menteri, bermulalah era pemerintahan Pemuda Bani Tamim. Sesiapa yang menentang Pemuda Bani Tamim akan di pancung dan disembelih. Sayalah Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan. Ada banyak hadis-hadis sahih yang mengisyaratkan bahawa saya adalah Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan.

e)Bila taring makin besar dan tajam, musuh Islam makin berani. Mengumpan pula agar umat Islam mengaji Islam di negeri kafir, universiti kafir,guru-gurunya pun kafir. Masya ALLAH, malangnya umat Islam! Ramai yang menerima tawaran ini. Pulang dengan PhD syariah atau PhD loghah atau PhD tasawuf dari Universiti Kent,Universiti Birmingham, Universiti Temple di Amerika atau dari Universiti St.Andrews di Scotland atau lain-lainnya. Ulama ini bukan lagi setakat gila dunia lalu memperdayakan agama. Tetapi mereka juga adalah ejen musuh dalam menghancurkan Islam di negara-negara dan negeri-negeri umat Islam. Di mana-mana hari ini, siapa ada sijil dari negeri-negeri kafir itu, dia yang dapat tempat istimewa dalam kerajaan. Atas nama Islam, dengan kuasa yang ada, disesatkanlah,ditekan, diugutlah saudara-saudara seIslam yang serius dengan agama. Walhal mereka sendiri yang menuduh sesat pada orang itu ada yang kaki perempuan,kaki muzik,dan segala-galanya. Syariat Islam mereka, jangan soallah. Isteri penoreh getah yang jahil pun pakai tudung,tetapi isteri tuan besar agama, kepala masih terdedah.

Sebab itu saya berani mengatakan lulusan Islam dari sekolah orang kafir ini sebagai penghalang kebangkitan Islam. Dituduh ajaran tasawuf sebagai sesat sedangkan dia sendiri anti syariat. Juga dituduh tasawuf itu karut sedangkan kekarutan yang di lakukannya lebih bahaya lagi. Inilah kerja musuh,kerja nafsu dan syaitan. Tirulah seperti saya. Saya tidak belajar di universiti orang kafir. Saya juga hanya lulusan Maahad Hishamudin. Tetapi ilmu saya luas. Saya mampu berhubung dengan Rasulullah. Saya menerima wahyu dari Jibrail. Sebab itu saya mampu membangunkan ekonomi, membangun sekolah, membangunkan jemaah, mempunyai banyak pengikut. Ilmu yang saya terima direct dari Allah. Tidak perlu rujuk kepada Quran dan Hadis. Sebab saya sendiri bertaraf mujtahid. lebih-lebih lagi minda yang saya terima adalah wahyu dari Allah.

ALLAH berfirman dalam surah An Nisa’:

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu?Tapi mereka masih berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengungkari thaghut itu. Dan syaitan memang hendak menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka,”Marilah(tunduk) kepada hokum yang telah Allah turunkan dan kepada ajaran Rasul,”nescaya kamu lihat orang-orang munafiq menghalang (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu. (An Nisa’:60-61)

f) Di tahap ini sudah sempurnalah hasrat musuh untuk hancurkan Islamdan ulamanya sekali. Bila lidah musuh sudah disambung oleh ulama, maka selesailah proses penghancuran yang dirancang sekian lama. Umat Islam tinggalnama sahaja. Cara hidup sepenuhnya bukan Islam lagi. Cara hidup Islam jadi dagang dan begitu asing di kalangan penganutnya sendiri.

Tepatlah sudah sabda Rasulullah SAW:

Kamu akan mengikut perjalanan orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta. Sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikutnya. Lalu ditanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Sabdanya: Yahudi dan nasrani. ( Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Berjayalah sudah musuh mendaki kemuncak itu. Tapi insya-ALLAH bila sudah sampaikemuncak, dia akan jatuh. Dan zaman kejatuhan mereka sedang bermula. Itulah Sunnatullah.

Kesimpulannya, sekolah dan universiti agama kerajaan di dunia hari inisebahagian besar sebenarnya mengusahakan keluarnya ulama yang rosak. Memang umat Islam tidak sedarkan hal ini. Bahkan bila saya sebut begini, mungkin ada yang tidak percaya atau tidak boleh terima. Maklumlah orang sudah sedap dengan rokok, susah nak terima kalau dikatakan ia bahaya untuk badan. Orang yang sudah rosak,susah untuk nampak kerosakan. Oleh itu terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya.

Saya cuma mengingatkan lagi sekali, memang pelanduk selalu lupakan jerat.Bahkan dia tidak sangka jerat ada niat tidak baik padanya. Tetapi si jeratsedetik pun tidak terlupa dan tersilap dalam niatnya nak tangkap pelanduk. Begitulah! Tetapi jerat tidak bersalah.Memang tanggungjawabnya. Yang salah ialah pelanduk. Mengapa pelanduk tidak serius dalam mengawal keselamatan dirinya? Sedangkan dia ada otak,jerat tidak ada otak.

Umat Islam ada Al-Quran dan Hadis,musuh tidak ada. Tetapi Quran dan Hadis tanpa ilmu wahyu direct dari Allah tidak akan difahami. Maka sebab itu saya membuka sekolah sendiri kerana saya menerima wahyu direct dari Allah yang mentafsirkan Quran dan Hadis yang terdahulu. Maka tidak perlulah kita semua merujuk kepada Quran dan Hadis. Memadai ilmu yang saya terima secara wahyu. Ilmu itu saya terjemah dan sampaikan dalam bentuk sajak-sajak dan puisi..Petunjukyang begitu jelas.Itupun musuh yang menang. Bukan salahmusuh tetapi salah umat Islam sendiri.Diri yang tidak mempergunakan seluruh amanah ALLAH untukmembangunkan kejayaan dan kemenangan hakiki. ALLAH berfirmandalam surah At Taubah:

Wahai orang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan pada kamu, ”Berangkatlah(untuk berperang) pada jalan ALLAH,” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan Akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan dengan Akhirat) adalah kecil. (AtTaubah: 38)

Rasulullah SAW bersabda: Akan tiba masanya kamu ( umat Islam ) akan dikeronyok oleh musuh bagaikanmenghadapi makanan di dalam dulang.”Para sahabat bertanya: “Apakah bilangan kita ketika itu sedikit?” Rasulullah menjawab, “Bahkan kamu ketika itu ramai tetapi bagaikan buih di laut. ALLAH akan cabutkan perasaan gerund musuh kepada kamu. Sebaliknya dimasukkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Apa itu ‘wahan ’

Tanya sahabat? Jawab baginda: iaitu gila dunia dan takut mati.
( Riwayat Abu Daud)

Begitu jelas diceritakan bahawa punca kelemahan umat Islam ialah penyakit cinta dunia dan takut mati ( dalam menegakkan kebenaran). Tetapi umat Islam tidak juga mahu mengubati penyakit itu. Musuh yang sungguh-sungguh mengusahakan agar penyakit ini terjadi atau menimpa umat Islam. Sebab musuh yakin rahsia untuk merosakkan umat Islam ialah jadikan mereka gila dunia dan takut mati. Musuh kaji Al Quran dan Hadis. Al Quran pun menerangkan bahawa yang boleh menipu umat Islam ialah dunia. Sudah lebih 50 kali bangsa Yahudi dan nasrani menterjemah Al Quran.

Mereka kaji dengan mendalam rahsia umat Islam. Alimnya mereka tentang Islam sampai mampu menjadi pensyarah Islam di peringkat ilmu PhD. Mereka buka pengajian Islam. Panggil umat Islam untuk berguru dengan mereka. Maka ramailah lahir ulama Islam di tangan Yahudi dan nasrani. Umat Islam seluruh dunia menyambut baik perkara ini. Bangga mengaji Islam dengan orang kafir. Walhal Al Quran sudah ingatkan:

Tidak sekali-kali orang Yahudi dan nasrani meredhai kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.
( Al Baqarah: 120)

Maha Benarnya ALLAH, maka terjadilah hal di mana lulusan PhD tasawuf dari Universiti St. Andrews di Scotland jadi penentang kuat pada kebangkitan Islam di Malaysia dan di mana-mana saja. Demikian juga lulusan pengajian Islam dari Universiti Kent di England, jadi orang yang gigih menentang gerakan Islam.

Sedangkan pelajar kejuruteraan sebuah universiti di Indonesia jadi ketua kebangkitan Islam di sana. Dan lulusan PhD satelit angkasa dan pemegang PhD jurusan aeronotik dari Aerospatiale, Universiti de Toulouse di Peranchis, jadi aktivis Islam yang turut memeriahkan kebangkitan Islam di Eropah.

Ertinya, hasil belajar Islam dengan orang kafir,orang Islam telah menjadi penentang Islam. Sedangkan pelajar aliran sekular, yang mendapat didikan Islam dari pendakwah-pendakwah Islam, akhirnya jadi penggerak Islam. Keadaan ini berlaku tentunya kerana ilmu Islam yang diberikan oleh kedua-dua pihak bezanya bagaikan langit dengan bumi. Ilmu Islam yang diberi oleh orang kafir itu ibarat makanan yang sudah dibubuh dengan racun.

Firman ALLAH SWT:

Dan kalau ALLAH mengkehendaki, nescaya Dia jadikan kamu satu umat (saja). Tapi ALLAH menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.( An Nahl: 93)

Sekian. Wassalam.

Al Imam Sheikh Haji Ashaari Muhammad At Tamimi Sallallahu A'laihi Wassalam
Ilmu Memimpin Kita
Pengalaman Mengajar Kita
Masa Mendewasakan Kita.
Tanpa Saya Ilmu, Pengalaman dan Masa Sudah Tidak berguna

 
At 12:52 PM, Blogger ayus said...

Maaf, komen sebelum ni saya cuma masukkan karangan pemimpin rufaqa yang di post di e-mail oleh pengikutnya. Sekarang saya cuba post apa yg dikomen oleh seorang pelajar pondok yg biasa membidas geng rufaqa ini.

--------------------------------------
grad it wrote:
Dan dia lebih bertuah kerana saya memilih dia menjadi guru. Dia kalau masih hidup tentu berbangga kerana saya menjadi seorang ulamak sufi yang disegani hingga kini dari timur dan barat. Dari utara dan selatan. Malah kewalian saya melebihi kewalian Sheikh Abd Kadir Jailani. Kewalian Sheikh Abd Kadir jailani tidak sampai mampu menghalang Izrail mencabut nyawa manusia. Kewalian saya mampu menghalang Izrail mencabut nyawa. Malah kewalian saya juga mampu menghalang mungkar dan nakir menyoal manusia di alam barzakh. Jika tidak kerana saya, Sheikh Mahmud Bukhari tidak ke mana. Dia menumpang kemahsyuran saya. Sebab itu berselawat ke atas saya merupakan pahala yang amat besar. Jika berselawat ke atas Nabi, Allah memberi 100 ganjaran, maka berselawat ke atas saya Allah memberikan 1000 ganjaran sebab sayalah mujaddid akhir zaman yang memperbaiki agama yang rosak.


JAWAPAN CIK AWAE DONDAE :

Apa yang kau mengarut ni Asaari Al Kazzab ? Kau ingat kat sini group ajaran sesat ke ? Ko nak keluar dari tahanan terhad ISA pun kena tunggu Dr Mahathir resign, lepas tu gi merayu kat Pak Lah dan sanggup jadi barua Pak Lah, lepas tu mengaku leh kontrol malaikat Hahahahaha. Taulah puak2 Rufaqa tu semua bongok2, jahil2, taksub buta. Tak mengaji ilmu tauhid. Sedap mulut aje kau mengaku wali, mengaku leh kontrol malaikat, mengaku lebih mulia dari Nabi SAW. Kalu aku jumpa bersemuka, memang aku ratah muka kau.

--------------------------------------

maaf webmaster.. saya rasa sebaiknya saya fwdkan pada webmaster email tersebut. mungkin webmaster juga ada terbaca, cuma andaikata webmaster belum menemui ramai ahli rufaqa yang taksub dalam dunia cyber ni, dan artikel2 mereka, saya cuba membantu

 

Post a Comment

<< Home