Monday, September 04, 2006

Setelah Lama Memerhati… (Lagi isu tentang YAQAZAH)

Kami memohon maaf kerana tidak aktif selama dua minggu untuk memasukkan entri baru untuk blog ini. Bagaimanapun, kami sangat bersyukur kerana kebenaran semakin jelas dan kebatilan sudah mula runtuh satu persatu. Hits web blog RUFAQA SESAT ini kian popular menjangkau seantero dunia siber walaupun satu blog pesaing sudah mula menzahirkan diri. Tetapi malang sekali, dakwah kami yang bersandarkan al-Quran dan hadith yang sahih ini, ditolak dengan penuh kesombongan oleh manusia yang hujahnya hanya bermodalkan sajak murahan. Secara tidak langsung, Rufaqa telah menafikan al-Quran dan Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan utama dalam kehidupan dan menilai kebenaran.

Kami memang sengaja ingin memerhatikan respon Rufaqa’ dalam web blog tersebut. Kami yakin ia hanya dibuat oleh seorang individu yang sangat tercabar hanya kerana ingin membela ‘abuya’nya. Bagi kami, semua artikel dan sajak tersebut sangat melencong dari tujuan mencari kebenaran. Yang ada hanya proses indoktrin dan memasakkan lagi keyakinan pengikut Asaari Muhammad.

Isu Yaqazah…

Kami ingin memberi respon sedikit tentang Yaqazah yang menjadi pegangan Asaari dan jemaahnya.

Imam Nawawi rhm.a. ketika menhuraikan hadith mengenai yaqazah menerusi kitabnya Sahih Muslim bi Sarh al-Nawawi (1972, j. 15, 24-26) mengatakan:

1. Orang yang boleh melihat Rasulullah secara jaga ialah orang yang bermimpi melihat baginda sebelumnya (semasa hidup). Mereka ialah para sahabat Nabi s.a.w. yang hidup sezaman dengan baginda. Ini bermaksud; sesiapa yang melihat baginda, tetapi tidak sempat berhijrah bersama-sama Rasulullah ke Madinah, maka Allah memberi taufik-Nya untuk dia berhijrah sama kemudiannya dan pada masa itulah dia akan dapat menemui Rasulullah s.a.w. secara jaga dan depan mata kepalanya.

2. Maksudnya juga ialah orang yang bermimpi melihat Rasulullah, dia boleh melihat benar-benar apa yang dimimpikannya itu secara jaga semasa hari akhirat nanti.

3. orang yang bermimpi Rasulullah itu dapat melihatnya di akhirat dengan cara yang khusus secara dekat dan juga memperolehi syafaatnya.

Daripada keterangan yang dibuat oleh Imam Nawawi ini sangatlah jelas kepada kita bahawa sesiapa pun di dunia ini tidak boleh melihat Rasulullah s.a.w. ‘hidup semula’ dan berada di hadapannya secara jaga dan bukannya bermimpi. Inilah keyakinan, iman dan akidah seluruh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah.

Bagaimanapun, Asaari pada tahun 1994, telah mengeluarkan satu risalah yang memuatkan hujah tujuh muka surat, berjudul; KENAPA ULAMA PUSAT ISLAM TOLAK YAQAZAH?

Bagi mengukuh dan mempertahankan pegangan dan pendirian, Asaari telah mengemukakan pendapat Ibn Hajar al-Haitami ketika disoal mengenai hukum melihat Rasulullah s.a.w. secara yaqazah bagi orang yang bermimpi menemuinya. Beliau menjawab, "satu golongan menolaknya dan satu golongan lagi mengatakan harus, dan itulah yang benar". Dalam kes ini, Asaari telah memperalatkan nama Ibn Hajar al-Haitami dengan memetik kenyataannya yang umum sahaja. Sedangkan penjelasan bagaimana ia menjadi harus, tidak disebutkan.

Menurut Ibn Hajar al-Haitami, yang dimaksudkan harus melihat Nabi secara yaqazah itu, hanyalah melihat gambarannya sahaja, bukan pada zatnya. Seterusnya Ibn Hajar al-Haitami mengemukakan pendapat Imam al-Ghazali dengan mengatakan bahawa maksud melihat di sini, bukan bermakna seseorang itu dapat melihat jasad dan badannya, tetapi yang dilihat itu hanyalah gambarannya sahaja. Kemudian, gambaran itu bagaikan alat yang membawa kepada makna yang ada pada dirinya. Ibn Hajar al-Haitami selanjutnya mengulas bahawa keharusan melihat Nabi secara jaga itu bukanlah melihat dengan keadaan nyata, tetapi ia merupakan himpunan di antara keadaan di alam nyata ini dengan keadaan alam barzakh. Ia juga merupakan perkara yang berkaitan dengan ‘perasaan hati’. Bagaimanapun, hakikat sebenarnya, tidak dapat dirasai oleh sesiapa pun kecuali mereka yang benar-benar mengalaminya sahaja.

Dalam hal ini, Ibn Hajar al-Asqalani, menegaskan sesiapa yang melihat Baginda s.a.w. di dalam mimpi, sekalipun dia benar-benar melihatnya, maka ia hanyalah berlaku dalam bentuk maknawi, bukan kenyataan dan tidak termasuk dalam kanun duniawi.

Selain daripada apa yang telah dibincangkan, yaqazah juga memberi erti sesiapa yang melihat Rasulullah s.a.w. di dalam mimpinya, maka mimpinya itu adalah benar. Dalam erti kata lain, benarlah dia melihat rupa baginda s.a.w., seolah-olah dia melihat rupanya dalam masa jaga. Ini kerana syaitan sekali-kali tidak boleh menyerupai atau menyamar rupa baginda. Kenyataan ini dibuat berdasarkan hadith yan diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud:

“Sesiapa melihatku dalam mimpinya, seolah-olah dia melihatku dalam masa jaga.”


Untuk mengukuhkan lagi kenyataan ini, dapatlah dipadankan dengan jawapan Ibn Abbas (Sahabat) terhadap persoalan yang dikemukakan oleh muridnya; Yazid al-Farisi mengenai mimpinya meliaht Rasulullah s.a.w.

Ketika persoalan itu diajukan, Ibn Abbas r.a. bertanya; “Apakah kamu dapat menyebutkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. yang dilihatmu dalam mimpi itu?” Yazid al-Farisi menjawab; “Ya, beliau adalah seorang lelaki di antara dua lelaki, iaitu bentuk fizikalnya sederhana, kulitnya di antara kehitaman dan putih, tetapi lebih kepada putih, hitam kedua-dua matanya, manis senyumannya, indah raut wajahnya dan janggutnya memenuhi bahagian lehernya." Lalu Ibn Abbas r.a. berkata;

“Sekiranya kamu melihat baginda dalam keadaan jaga, tentu kamu tidak mampu mensifatkan lebih dari itu.”
(al-Tirmizi, Peribadi dan Budi Pekerti Rasulullah s.a.w., Bab bermimpi Bertemu Rasulullah s.a.w., No. 393)

Jawapan yang diberikan oleh Ibn Abbas kepada anak muridnya ini dengan jelas menunjukkan keharusan melihat rupa Nabi s.a.w. dalam mimpi, sekalipun seseorang itu tidak pernah melihat baginda semasa jaga (semasa hidup). Bagi orang yang bermimpi melihat Nabi s.a.w., ia adalah anugerah dari Allah kerana dia telah benar-benar melihat rupa Nabi. Ertinya, apa yang diperlihatkan tentang rupa Nabi s.a.w. dalam mimpi seseorang, sekiranya dia dapat melihat dalam keadaan jaga (ketika Rasulullah hidup), (seperti Ibn Abbas melihatnya), maka tidak akan ada bezanya dengan rupa baginda yang asal. Ini kerana syaitan tidak mungkin sama sekali meniru atau menyamar rupa Rasulullah s.a.w.

Ini bermakna, pertemuan secara jaga hanya boleh berlaku bagi mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. sahaja. Mereka yang terkemudian seperti kita, hanya mampu melihat Rasulullah dalam mimpi sahaja. Kita hanya boleh bertemu pada hari akhirat sahaja.

Kami akan memanjangkan lagi isu ini dengan pelbagai fatwa dan keterangan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Persoalan kami secara jujur kepada Asaari seperti berikut:

a. Apakah Asaari bermimpi berjumpa Rasulullah terlebih dahulu, kemudian barulah dapat beryaqazah?

b. Ceritakan secara terperinci kepada kami semua bagaimana sifat dan paras rupa Rasulullah agar kami dapat menilainya berdasarkan hadith-hadith yang sahih?


c. Apakah Asaari boleh bertutur dalam bahasa Arab? Atau Rasulullah menggunakan bahasa Melayu?


Pegangan dan akidah Asaari tentang yaqazah sangat menyeleweng dari Islam, lebih-lebih lagi apabila tiga orang perantara (Mujahid, Ashaari Kecik dan Azura) telah mengaku bersalah kerana membuat pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Mengapa Asaari masih mahu terus berdusta atas nama Allah dan Rasul?

4 Comments:

At 1:27 PM, Blogger ayus said...

Jika berhujah dengan orang rufaqa ni, sentuh bab Imam Mahdi, PBT, yaqazah dsb, maka nama orang yang dijulang adalah Imam Sayuti. Samada mereka sudah membaca kitab Imam Sayuti itu atau belum, kita tak pasti. Apa yang ingin ditumpukan adalah, pemahaman mereka sendiri terhadap apa yang dikatakan oleh imam tersebut

Menyentuh soal yaqazah ini, kita perlu lihat apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Imam Sayuti. Maksud Imam Sayuti menyokong yaqazah ini bukan makna menyokong ajaran tariqat rufaqa tu, tapi menyokong kemungkinan seseorang boleh menemui Nabi saw dalam keadaan yaqadzah (jaga) bukan mimpi, tapi bukannya menerima aurad atau ajaran tambahan dalam agama. Rufaqa mendakwa Mursyidnya menemui Nabi dalam keadaan jaga dan menerima aurad (kumpulan wirid2) yg baru. Mereka mencipta majlis Yaqadzah, di mana syaikh suhaimi yg sudah mati akan menjelma secara real untuk membersihkan dosa2 pengikutnya. Yaqadzah yg dianuti oleh rufaqa ini adalah sesat.

Mengikut Imam Sayuti dan sebahagian ulamak usul, mereka membenarkan pertemuan dgn Nabi saw secara jaga tapi tidak boleh dihebohkan kepada orang lain dan tiada sebarang ajaran baru yg disampaikan melalui pertemuan itu. Ia sebagai karamat dan ketinggian derjat seseorang di sisi Allah. Ia disimpan untuk dirinya sendiri sahaja bukan untuk diheboh2kan.

(Syarah Usyul Asyrin pada membicarakan Usyul ke 3)


Selama ini mereka mencerca ulama hanya kerana ulama makan gaji, maka keputusan mereka, ulama tak boleh dipercayai. Tapi jika kita lihat ulama2 ASWJ kita, kita akan dapati ulama ASWJ cuba menyesuaikan aqidah serta pegangannya dgn kehendak al-quran yg maha suci, mengikut hadis sahih dan pandangan2 ulama lain. Tapi jika dilihat pada buku2 abuya al-rufaqa'ie, kita akan dapati abuya cuba berusaha sedaya upaya utk mentakwilkan serta memusingkan makna kitab suci al-quran, hadis2 (malah suka pada hadis palsu), kata2 ulama (cth, imam sayuti) supaya bersesuaian dgn kehendak serta pegangan mereka.

Apakah anda (rufaqa) mahu keluar dari jemaah (ASWJ)? apabila semua ulama2 dalam jemaah yang besar ini menolak tauhid yang anda semua amalkan, percaya secara qatie, taat dan patuh, dsbnya itu... adakah anda semua masih mahu menyisihkan diri dari jemaah? bukankah abuya sering mencanangkan wajibnya berjemaah (walaupun dia sendiri tak paham hadis, atau mahu menakut2kan pengikut supaya tak keluar dari jemaahnya)? jadi, tunggu apalagi. marilah join bersama kami dalam jemaah ASWJ.

Bertaubatlah. carilah ilmu mengikut neraca yang telah Allah tentukan. bukan dengan cara sendiri.

WA

 
At 4:17 PM, Blogger mfrstudio said...

sudah tiba masanya para daie bertindak cergas,berkumpul memberikan bantuan kpd org2 rufaqa yg mahu kuar jemaah dan mahu kembali kpd ahlus sunnah wal jamaah. mereka perlu dibela utk trus hidup.

pihak berkuasa agama bole mencadangkan kpd pihak kerajaan menyediakan peruntukan tuk mereka memulakan hidup baru,bantuan kewangan tuk perniagaan,mereka pasti manfaatkan,mereka ramai yg kuat berusaha
dan ikhlas beragama,mereka itu cuma tertipu,oleh itu kita perlu berganding bahu bersatu menolong saudara kita berada di jalan benar.

para daie yg muda2 diharap memantapkan ilmu dan ekonomi masing2 agar kekuatan kita akan bertambah,nak menolong perlu byk dana,ini jihad kita,bkan saja tuk org rufaqa,malah tuk org2 yg murtad dan
bekas ajaran sesat lain juga.

oleh itu,para daie,gerakan islam,pihak berkuasa agama,semuanya perlu bersatu! gembleng tenaga kita jd satu! ini jihad! ini perjuangan!

tubuh sebuah syarikat penggerak jihad,dgn memberikan peluang pekerjaan buat mereka yg tertipu oleh sekalian manusia yg belot agama,syarikat ini boleh dimanfaatkan bkan saja tuk bekas ahli rufaqa,
malah,bdak2 muda yg tersalah pilih jalan dalam black metal,golongan pelepak,dan sbg nya. dgn hasil keuntungan syarikat bole dimanfaatkan tuk bina sekolah tahfiz percuma.

sekolah tahfiz atau sekolah yg mengajar akan ilmu islam yang lain dgn disiplin ilmu ahlus sunnah wal jamaah secara percuma hanya dapat direalisasi apabila kita ada dana kewangan kukuh!
sudah tiba masanya jemaah atau gerakan yg berjuang atas ajaran tulen islam bersatu dalam soal dana dan gerak kerja bersama,sudah tiba masanya semua jemaah bersatu bergabung tenaga membina kekuatan.

gerak kerja bersama bererti kita kongsi man power,kita bahagikan tugas,kita gembleng secara tersusun, insyaAllah kesannya lebih baik dalam usaha dakwah ini.

bahagi tugas penting kerana umat islam bukan saja diserang oleh fenomena ajaran sesat,ttp ajaran murtad dan ideologi songsang,kita tak bole buat semua oleh itu mesti bahagi tugas..

oleh itu,sudah tiba masanya tuk semua gerakan islam duduk semeja merancang strategi dakwah yg lebih berkesan dan tersusun.ramai umat islam menanti nantikan pejuang yg dapat memimpin mereka.

kitalah pejuang itu.kitalah yg dapat pimpin mereka.menuju akidah tepat. mengapa kita sering terlolong,sdg kan tiada usaha tuk bersatu bertambah kekuatan agar si pembelot agama kan tumbng kalah terhina
asaari bongkak dalam tidak sedar dgn kejayaan yang menipu daya, ini sebagai isyarat dari Allah agar kita merenung diri sendiri mengapa manusia asaari ini masih berleluasa.

jgn salahkan asaari, dia itu sudah keliru dan akan trus keliru.syaitan dan nafsu telah menguasai dirinya.kita terus seru kebenaran. semuanya salah kita. andai kita bersatu dan kuat,asaari dah lama akan tersedar dan bongkaknya akan jatuh hina
kerana..kitalah umat yg terpilih sbg khalifah,kita seru kebenaran,kita cegah kemungkaran dan beriman dgn iman yg diajar oleh rasulullah,beriman kpd Allah yg Maha Esa!

mari kawan,mari sahabat, kita mesti ada kewangan kukuh,ada sekolah percuma,ada pasukan kesihatan percuma,ada ber mcm2 lagi. mari semua jemaah.mari semua gerakan. marilah bersatu!!!!!

 
At 4:31 PM, Blogger mfrstudio said...

entri ini telah pun membongkar kelentongan asaari...

asaari tidak akan dapat menjelaskan rupa rasulullah kerana asaari memang tidak bertemu dengan rasulullah!

saya minta ahli rufaqa yang menjenguk blog ini menyampaikan pertanyaan webmaster kepada asaari dengan kadar yang segera.

lihatlah perubahan wajah asaari.

zaman kejatuhan asaari telah tiba. asaari akan jatuh terhina terlungkup dengan pendustaan yang dibuat selama ini.

asaari telah bimbang.

asaari telah cuak terkulat kulat menelan dosa-dosanya kerana memperalatkan nama rasulullah dan Allah.

namun sedarlah,Allah itu maha pengampun.marilah bertaubat wahai ahli rufaqa.asaari juga jika dia yakin dengan iman,maka dia akan bertaubat,jika dia telah gelap hati,maka dia akan tenggelam dengan dusta dan dosa,itu adalah seburuk-buruk pengakhiran hidup dan riwayatnya.

 
At 8:22 PM, Anonymous Anonymous said...

Dulu Rufaqa kini Global Ikhwan pula.. tapi pegangannya tetap sama

 

Post a Comment

<< Home