Friday, August 18, 2006

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Evolusi Yaqazah Asaari dan ‘Rasulullah’

Pendedahan eksklusif ini dibuat setelah seminggu kami mengumpul maklumat dan mentahqiqkan (mengesahkan) kandungannya. Maklumat ini kami perolehi daripada seorang pemimpin Rufaqa’ yang masih bersama-sama Asaari, tetapi sudah ingin mahu bertaubat, dan akan keluar dari Rufaqa tidak lama lagi. Mr. X ini ingin bertaubat dan mencuci dosanya dan membuat pendedahan ini sebagai langkah islah (perbaikan) yang pertama. Kemudian, kami telah mentahqiqkan maklumat ini menerusi beberapa research yang dibuat. Sehubungan itu, ia adalah yang benar dan tepat.

Apabila membincangkan yaqazah, kami akan mendedahkan peringkat demi peringkat yang berlaku dalam Jemaah pimpinan Asaari ini. Perkembangan yaqazah Asaari dengan ‘Rasulullah’ sangat membuktikan bahawa dia telah, sedang dan berterusan berdusta atas nama Rasulullah s.a.w.

Kami akan membincangkan persoalan yaqazah menurut kacamata Islam dalam entri yang akan datang. Sehubungan itu, kami akan hanya mendedahkan maklumat ini secara fakta terlebih dahulu.

Apakah Asas Bagi Yaqazah?

Yaqazah wujud kerana hasil keyakinan Asaari dan pengikutnya terhadap ajaran Aurad Muhammadiah. Ini kerana dalam Aurad Muhammadiah terdapat fakta yang menyatakan tentang asal usul pengambilan Aurad itu yang diambil oleh Sheikh Suhaimi daripada Rasulullah secara jaga (secara yaqazah) dalam kaabah pada abad ke 20 iaitu setelah beribu tahun Rasulullah s.a.w. wafat dan menyempurnakan Islam. Sila lihat buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam yang menerangkan aspek ini.

Sehubungan itu, peperangan al-Arqam dan Pusat Islam (JAKIM) banyak menyentuh aspek ini. Asaari dan pengikutnya mendakwa bahawa yaqazah boleh berlaku dan telah berlaku di kalangan ulama sufi sepanjang sejarah Islam. Bagaimanapun, kata-katanya itu tidak pernah dibuktikan. Seterusnya, Asaari juga melabelkan bahawa semua ulama Malaysia yang menolak yaqazah adalah ‘ulama Wahabi’. Sehubungan itu, konfrontasi al-Arqam dan Pusat Islam (JAKIM) dilihat sebagai pertentangan antara ‘Ahli Sunnah’ dan Wahabi. Asaari mendakwa diri dan jemaahnya adalah proksi ‘Ahli Sunnah’ yang mengatakan yaqazah boleh berlaku, dan Pusat Islam (JAKIM) adalah proksi Wahabi yang menafikan yaqazah. Itulah tahap pemikiran Asaari. Dia tidak mampu berhujah dengan al-Quran dan Sunnah, tetapi sekadar meracun pemikiran pengikutnya dengan ‘isu wahabi’ yang konon-kononnya telah terkeluar dari Ahli Sunnah. Ini menunjukkan bahawa Asaari tidak pernah belajar Tauhid yang sebenar sehingga tidak mengenali apakah ciri-ciri Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar.

Semua hujah Asaari akan kami tangkis pada entri akan datang agar masyarakat Islam memahami sejauh mana pendustaan Asaari terhadap agama Allah ini dan terhadap Rasulullah s.a.w.

Mari kita telusuri kisah panjang evolusi yaqazah antara Asaari dan ‘Rasulullah’ yang diringkaskan:

ERA MUJAHID:

Teknologi yaqazah ini mula diperkenalkan oleh timbalan Asaari iaitu Abdul Halim Abbas. Dia berpendapat bahawa kalaulah Sheikh Suhaimi boleh berjumpa dengan Nabi secara jaga, maka kita juga boleh bertemu Nabi secara jaga. Sehubungan itu, pada peringkat awal, Halim Abbas telah beryaqazah terlebih dahulu dengan Sheikh Suhaimi. Pada peringkat ini, nama Rasulullah belum muncul lagi dalam drama tipu daya syaitan ini. Halim Abbas akan menulis soalan di atas kertas, dan kemudian menunggu jawapan dari Sheikh Suhaimi. Bagaimanapun, Sheikh Suhaimi memang tidak wujud secara jaga di hadapannya, tetapi membisikkan jawapan tersebut ke dalam hati Halim Abbas. Kemudian, Halim Abbas akan menulis jawapannya dan berkata inilah hasil yaqazah dengan Sheikh Suhaimi. Hakikatnya, Halim Abbaslah yang menulis soalan, dan dialah yang menulis sendiri jawapannya. Semua usaha Halim Abbas beryaqazah dengan Sheikh Suhaimi ini sangat direstui oleh Asaari sendiri. Era ini berlaku pada hujung 1980-an.

Kemudian, bermulalah era yaqazah dengan Rasulullah dengan menggunakan individu perantara. Ketika itu, al-Arqam sedang giat mencari individu ‘kasyaf’ yang boleh melihat Rasulullah atau mendatangkan baginda untuk beryaqazah dengan Asaari. Pelbagai usaha dibuat untuk membolehkan seseorang menjadi ‘kasyaf’ dan mampu beryaqazah. Antaranya ialah pemandu peribadi Asaari ketika itu yang bernama xxxxxx dan juga isteri-isteri Asaari sendiri iaitu Ummu Jah dan Ummi Nor. Kemudian, setelah mereka gagal dan tidak berjaya, maka Halim Abbas telah membawa seorang lagi bernama Mujahid dari Sabah untuk dipersembahkan kepada Asaari. Mujahid telah membuat dakwaan bahawa dirinya boleh bertemu Rasulullah secara jaga.

Pada era ini, yaqazah dengan Rasulullah berlaku di hadapan ramai orang. Satu majlis akan diadakan dan dihadiri oleh para simpati, pengikut al-Arqam, para Amir (pemimpin) dan ada juga yang disertai oleh Asaari. Majlis ini bertujuan untuk mencuci dosa dan memohon ampun kepada Tuhan (ALLAH). Mujahid akan memberitahu bahawa ‘Rasulullah’, beberapa orang Sahabat dan Sheikh Suhaimi telah datang ke majlis mereka. Hanya Mujahid seorang yang nampak ‘Rasulullah’ hadir dalam majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, Mujahid bertindak sebagai ‘scanner’. Dia menilai setiap individu yang hadir dan akan menyatakan apakah dosa yang dibuat oleh seseorang di hadapan khalayak ramai. Dia juga telah menentukan seseorang itu berkepala binatang kerana dosa-dosa yang dilakukan. Selain itu, Mujahid juga menentukan seseorang itu ahli syurga atau neraka. Akibat program yaqazah ini, setiap orang telah meraung dan menjerit seperti histeria. Fenomena ini sungguh menakutkan kerana Mujahid dilihat seorang yang ‘suci’ dan boleh membawa Rasulullah datang dan menilai dosa seseorang. Sehubungan itu, ramailah pengikut dan pemimpin al-Arqam ketika itu berbai’ah dengan menyerahkan semua harta yang dimiliki untuk menebus dosanya. Ada juga kes yang menyerahkan isterinya.

Ketika itu, ‘Rasulullah’ tidak pernah bercakap apa-apa walau sepatah dalam majlis tersebut. ‘Rasulullah’ sekadar pemerhati. Bagaimanapun, keberadaan ‘Rasulullah’ dalam majlis tersebut sangat memberi kesan ke dalam hati Asaari dan pengikutnya. Ini kerana Mujahid yang ‘kasyaf’ itu mendapat maklumat tentang sejarah dosa mereka daripada Rasulullah. Perlu ditegaskan di sini, ada ketikanya Mujahid pernah berkata, “Ismi Rasulullah…”. Ini bermakna, Rasulullah s.a.w. kononnya telah memasuki badan Mujahid. Dan apa yang dikatakan oleh Mujahid ketika itu, adalah datangnya dari Rasulullah s.a.w.

Persoalannya, mengapa Asaari menerima perkara ini boleh berlaku dalam jemaahnya? Mengapa dia turut terlibat sama? Asaari merestui yaqazah pada era Mujahid kerana majlis yaqazah yang dibuat oleh Mujahid telah memperkukuh kepimpinan Asaari dan Jemaah Aurad Muhammadiah. Ini kerana, isu-isu seperti dosa, hijab bantuan Allah, pengikut tidak taat, dan pemimpin zalim telah diekslpoitasi sebaik mungkin oleh Mujahid. Mujahid telah berjaya menimbulkan ketakutan pengikut al-Arqam kepada Asaari dan menjadi lebih taksub kepada dirinya. Justeru, yaqazah telah menjadi mekanisme atau cara paling ampuh untuk menanam sikap taksub pengikutnya.

Dengan demikian, Al-Arqam sendiri telah mengalami beberapa perubahan. Nama jemaah mereka telah ditukar kepada Jemaah Aurad Muhammadiah. Asaari sendiri sudah menukar gelarannya daripada Sheikhul Arqam kepada Amir Jemaah Aurad Muhammadiah. Apa yang pasti, Asaari telah melakukan ‘re-branding’ Aurad Muhammadiah. Dia telah mencetak rompak Aurad Muhammadiah di Singapura, lalu membuat penambahan yang banyak dalam amalannya dan ajarannya. Sebagai contoh, dalam bacaan sebelum sedekah al-Fatihah, Asaari dan pengikutnya menambah “…fata al-Tamimi (Asaari), lebai Ibrahim (pakciknya)…”. Secara tidak langsung, Asaari telah menjadikan Aurad Muhammadiah sebagai milik peribadinya. Inilah antara punca utama, mengapa Jemaah Aurad Muhammadiah Singapura menolak Asaari dan Rufaqa sehingga ke hari ini.

Selain itu, dalam era Mujahid ini, Asaari telah membenarkan apa yang dikatakan oleh Mujahid. Ini bermaksud Asaari merestui dan mengesahkan lisan Mujahid. Sehubungan itu, ada Amir yang dihukum oleh Asaari setelah Mujahid mendedahkan ‘dosa’ Amir tersebut.

Bagaimanapun, kareer Mujahid tidaklah cerah sehingga ke hujung hari. Dia telah ditangkap kerana cubaan ‘muqaddimah liwat’ semasa sedang mengurut seorang ‘anak emas’ jemaah al-Arqam. Mujahid telah dibuang daripada jemaah dan berakhirlah majlis yaqazah secara beramai-ramai. Fakta ini tidak ramai yang mengetahuinya. Asaari telah melenyapkan kewujudan Mujahid dan mula mencari-cari siapa lagi yang boleh beryaqazah dengan Rasulullah.

ERA SHAARI KECIK.

Setelah Mujahid tiada, Halim Abbas telah menemui seorang lagi yang bernama ‘Shaari Kecik’ yang berupaya beryaqazah dengan Rasulullah dan dipersembahkan kepada Asaari Muhammad. Shaari Kecik telah dibawa ke Thailand dan duduk dengan Asaari dan mengikutnya dalam mana-mana ekspidisi.

Bermula era inilah, yaqazah dengan Rasulullah mula mempengaruhi perjuangan Asaari dan jemaahnya. Pada kali ini, majlis yaqazah dibuat dalam bentuk majlis kecil yang disertai oleh beberapa orang seperti isteri Asaari dan Amir-amir tertentu. Pada kali ini pula, Shaari Kecik menjadi perantara antara ‘Rasulullah’ dan Asaari Muhammad. Ini bermakna, berlaku komunikasi secara langsung antara Asaari Muhammad dan ‘Rasulullah’. Komunikasi berlaku dalam bentuk soal jawab yang kemudiannya dirakam dan ditulis.

Hasil penelitian kami, pada era inilah pendustaan atas nama Rasulullah giat bermula. Asaari akan bertanya soalan berbentuk ‘leading question’ kepada ‘Rasulullah’ yang berada dalam badan Shaari Kecik. Soalan ‘leading question’ dari Asaari ini akan dibenarkan atau diiyakan oleh ‘Rasulullah’. Sebagai contoh, “Wahai Rasulullah, Benarkah Ghafar Baba akan menjadi PM Malaysia?” Maka, ‘Rasulullah’ menjawab, “Ya. Benar. Ghafar Baba akan memerintah selama.....”

Ketika era inilah ‘Rasulullah’ memberi pelbagai mesej terutamanya yang berkaitan dengan Daulah, perkara ghaib dan berita masa akan datang. Hasil yaqazah pada era inilah Asaari mengisytiharkan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim, mengetahui perkara-perkara yang berkaitan Daulah dan sebagainya. Sehubungan itu, ketika era ini, Asaari dan jemaahnya sangat bergantung kepada ‘mesej dari Rasulullah’. Ia menjadi doktrin yang mengikat semua ahli al-Arqam. Semua perkara perlu dirujuk kepada ‘Rasulullah’ terlebih dahulu sehinggalah dalam perkara-perkara kecil seperti nikah cerai dan kewangan. Mesej dari Rasulullah begitu signifikan dalam jemaah mereka terutamanya yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa sebelum dan selepas Daulah berlaku.

Asaari Muhammad benar-benar percaya bahawa Rasulullah benar-benar hadir dan beryaqazah dengannya. Tetapi, dia merahsiakan dari para pengikutnya tentang siapa perantara yaqazah tersebut. Asaari memberitahu bahawa memang dirinya secara personal telah beryaqazah dengan Rasulullah. Sehubungan itu, para pengikut Asaari beranggapan bahawa Asaari beryaqazah secara direct dengan Rasulullah.

Apa yang mengejutkan, rakaman kaset yaqazah Asaari dan ‘Rasulullah’ telah jatuh ke tangan SB Thailand dan mereka menyerahkan ke SB Malaysia. Rakaman itu telah didedahkan oleh Pusat Islam pada Ogos 1994 menerusi media (TV3) dan sangat mengejutkan ramai pihak. Asaari sendiri sangat terkejut kerana tidak menyangka rahsianya boleh terdedah.

Berikutan itu, Asaari telah ditahan ISA dan perkhidmatan Shaari Kecik sebagai perantara yaqazah Asaari dan Rasulullah telah tamat. Selepas Asaari dibebaskan dari soal siasat ISA dan ditahan kediaman terhad di Rawang, Asaari telah memanggil semula Shaari Kecik kerana hendak berkomunikasi dengan Rasulullah. Bagaimanapun, Shaari Kecik enggan pulang ke Malaysia dan ingin terus menetap di Thailand kerana sudah berkahwin di sana. Shaari kecik juga tidak lagi mahu terlibat dalam pendustaan tersebut. Maka, Asaari telah pun menamatkan ‘kontrak perkhidmatan’ Shaari Kecik dan terpaksa mencari orang lain sebagai perantara dia dan Rasulullah.

ERA AZURA YUSOF

Era Azura bermula setelah ISA pertama iaitu ketika Asaari dalam tahanan kediaman terhad. Yaqazah Asaari dan ‘Rasulullah’ kini sudah berubah. Kehadiran ‘Rasulullah’ boleh diprogramkan untuk datang pada bila-bila masa sahaja tetapi dalam kenderaan Pajero Asaari. Asaari beryaqazah dalam kenderaan untuk mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Azura menjadi perantara antara ‘Rasulullah’ dan Asaari selama lebih kurang dua tahun iaitu sebelum ISA kedua dikenakan. Sehubungan itu, era ini adalah era pemulihan semangat dan pengukuhan semula. Antara kandungan yaqazah lebih menyentuh aspek seperti SB sudah menyokong perjuangan, 80% SB memahami minda Abuya, Orang Cina sudah menyokong jemaah, Ghafar Baba tetap naik menjadi PM, Mahathir akan jatuh terhina, tujuan ISA sebagai penyaring dan penguat jiwa dan pelabagai lagi.

Era Azura dilihat sebagai penerus era Shaari Kecik kerana kandungannya tetap sama. Ia tetap berkaitan dengan perkara ghaib, kronologi Daulah dan apa-apa yang berkaitan dengan Pemuda bani Tamim dan Imam Mahdi. Pada kali ini, Asaari masih tetap memberitahu pengikut dan pemimpinnya bahawa dirinya beryaqazah secara direct dengan Rasulullah. Semua mesej dari Rasulullah itu memang diperolehinya secara personal. Ini bermakna, Asaari masih hendak merahsiakan siapa perantara yaqazah tersebut. Ini kerana, jika perantara itu diketahui, sudah pasti Asaari akan dilabel penipu dan agenda perjuangannya akan berkubur begitu sahaja. Paling tidak, akan ada anak buah yang mempersoalkan siapa yang lebih tinggi tarafnya. Ini kerana, kalau Asaari seorang wali, mengapa tidak dia sendiri yang beryaqazah dengan Rasulullah? Mengapa masih memerlukan perantaraan?

Setelah ISA kedua dikenakan, jemaah ini senyap selama 8 bulan kerana ‘perantara yaqazah’ turut ditahan. Dalam ISA, Azura mendedahkan mengapa dia berani menipu Asaari dengan agenda yaqazah tersebut. Asaari sangat terkejut kerana Azura mengaku bahawa apa yang didakwa dicakapkan oleh Rasulullah itu adalah dusta. Azura sendiri yang mereka-rekanya. Pada ISA kedua ini, tembelang Asaari telah pecah dan pendustaannya atas nama Rasulullah telah diketahui oleh para pemimpin dan pengikut al-Arqam. Lalu terjadilah kemusnahan besar-besaran dan tenggelamnya kapal Aurad Muhammadiah.

Bagaimanapun, episod yaqazah belum berakhir.

ERA YAQAZAH SECARA PERSONAL

Memandangkan semua perantara bermasalah, akhirnya Asaari pun mendakwa dirinya boleh bertemu Rasulullah secara jaga dengan dirinya sendiri tanpa perlu perantaraan. Inilah keyakinan Asaari dan pengikutnya pada masa kini. Era ini bermula setelah penubuhan Rufaqa Corp. Asaari bukan sekadar boleh berkomunikasi direct dengan Rasulullah, tetapi juga boleh berbincang dengan Allah S.W.T dan Malaikat sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa artikel sebelum ini.

Ini menunjukkan makam Asaari sudah semakin meningkat. Pelbagai mesej dari ‘Rasulullah’ telah dicanang yang menyentuh pelbagai isu. ‘Rasulullah’ umpama hidup untuk membantu perjuangan Asaari dan memberikan minda-minda terbaru.

Kini, setelah beberapa tahun, banyak peristiwa yang kononnya dianggap JADUAL ALLAH, tidak pernah berlaku. Kronologi Daulah yang dikatakan datangnya dari Rasulullah tidak pernah berlaku. Paling menyedihkan, Tun Ghafar Baba telah mati sebelum sempat menjadi PM dan sebelum daulah berlaku.

Tiba-tiba, bagi menyelesaikan kekusutan ini, Asaari berhujah bahawa itu adalah sekadar RAMALAN peribadi Asaari. Kalau ramalan berkemungkinan jadi dan mungkin tak jadi. Bagi kami, INI ADALAH PENDUSTAAN BESAR. INI KERANA SELAMA INI, ASAARI BERHUJAH BAHAWA SEMUA PERISTIWA BERKAITAN DAULAH, ADALAH PERKARA YANG DATANG DARI ‘RASULULLAH’ MELALUI YAQAZAH. PERSOALANNYA, ADAKAH RASULULLAH BERDUSTA KERANA SEMUANYA TIDAK PERNAH BERLAKU? KALAU IA BUKAN HASIL YAQAZAH, MENGAPA IA SATU HAL YANG SANGAT DIPERJUANGKAN? MENGAPA WAJIB DIIMANI DAN DIYAKINI? MENGAPA DIBUANG DAN DIHUKUM ORANG-ORANG YANG MEMPERTIKAIKAN YAQAZAH DAN BERITA-BERITA GHAIB ITU?

BENARLAH, ASAARI PENDUSTA... ASAARI AL-KAZZAB. Kami sangat merayu agar Asaari kembali bertaubat kepada Allah S.W.T. Buatlah buku pengisyitharan taubat dan edarkanlah ke seluruh dunia.

Kami akan mengulas topik ini, dan mengebom akidah mereka dan setiap tiang hujah mereka yang rapuh. Marilah bersama kami membanteras kesesatan Akidah Asaari dan mengelakkan orang ramai daripada terjebak ke kancah kesesatan. Mari kita doakan agar Allah S.W.T memberi kekuatan kepada beberapa individu termasuk pemimpin Rufaqa yang hendak kembali semula ke pangkal jalan. Ke jalan yang benar. Mari doakan mereka agar kuat dan terus meninggalkan Asaari.

Pada artikel akan datang, kami akan mengulas secara ilmiah tentang pendapat ulama Ahli Sunnah wal Jamaah tentang yaqazah. Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikan.






6 Comments:

At 8:09 PM, Blogger ayus said...

Apabila artikel bertajuk "PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Evolusi Yaqazah Asaari dan ‘Rasulullah’" dikeluarkan, maka bertambah ramai pengunjung yang menghantar komen diruangan cbox. Ada yang menerima, ada yang menambah, bahkan ada yang menolak.

Cuma ada beberapa komen yang pada saya ianya nampak seperti inginkan kepastian adakah webmaster buat kajian sungguh-sungguh atau hanya ingin membuat tuduhan. Sekiranya webmaster bersungguh-sungguh membuat kajian, mengapa tidak disebutkan secara lengkap apa yang mereka dah research.

Di sini saya cuba pastekan balik apa yang diutarakan oleh seorang pengunjung.

xxxxxxxxxxxxxxx: siapa nama pemandu ashaari xxxxxx? pelakon?anak menteri?anak sultan?

xxxxxxxxxxxxxxx: ‘Rasulullah’ menjawab, "Ya. Benar. Ghafar Baba akan memerintah selama....." kenapa takat tu...je.. ade ape2 ke...nak sorok maklumat ke?

Untuk pengetahuan saudara/i, dalam sesuatu artikel ilmiah yang berbentuk pembongkaran ajaran sesat seperti artikel ini, tidak perlulah kita menghadiahkan keseluruhan content kepada pembaca kalau ia berbentuk ghibah. Cukup sekadar pembaca faham content yang ingin disampaikan oleh penulis. Ini berbeza sekiranya penulis ingin memberikan laporan dan untuk kajian seterusnya kepada pihak yang dipertanggungjawabkan. Sebab itu keperluan. Apabila kajian telah selesai, pembaca hanya perlu mengambil apa isi yang ingin disampaikan, tidak perlu untuk mengetahui segala-galanya kerana ia lebih kepada perkara sia-sia dan boleh mendatangkan perpecahan. Ini termasuk dalam bab berhati-hati terhadap kemungkaran dan ajaran sesat.

"Ghibah adalah menyebutkan aib orang lain tanpa ada keperluan untuk berbuat demikian."
(Raghib Isfahani)

Dari Abi Hurairah ra, Sabda Rasulullah SAW: "antara kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya."
(Matan arba'ien # 12)

Dan kita faham, webmaster merasakan tidak perlu untuk mendetailkan lagi kerana ia lebih kepada sia-sia. Malah ia boleh mengaibkan 'pemandu asaari' itu juga. Mana tahu kini dia telah bertaubat. Kita kena faham, apa yang disampaikan oleh WM, lebih kepada tujuan tarbiyah(pendidikan) dan mengikut tujuan yang dibenarkan oleh syarak. Cuba rujuk Kitab Imam Nawawi dalam alAzkar bab ghibah ni.

Jadi, jika ia bukan keperluan, tidak perlu kita ambil berat. Kerana fakta sebenar telah dibentangkan. Jika ingin menolak artikel ini, tolaklah dengan ilmiah, itu yang sebaiknya.

Begitu juga dengan kenyataan hal Ghafar baba. Terlalu banyak sajak2 dan artikel2 dari asaari berkenaan pemerintahan Tun Ghafar. Ada artikel kata 4 tahun, ada sajak kata 4 bulan, bila tak jadi, keluar pulak satria peringgit, dan seribu satu macam. Yang terakhir dia kata, paling sekejap 1 jam (dan diandaikan betapa ramai yg dtg ziarah tanda penghormatan kepada arwah itu, sama seperti orang hormat dia sebagai PM. Huh! lemah sangat cara dia menghuraikan sesuatu). Penghormatan itu dianggap jadi PM.

Apa yang saya nampak, jika WM tulis lengkap, akan ada jugak yang pertikaikannya. Saya rasa pendekatan mendiamkan diri lebih baik dari menjawab persoalan ini. Kerana ia memungkinkan perbincangan ini jadi tidak tentu arah dan tidak matang. Lebih baik WM menyediakan artikel yang seterusnya. Jika tulis lengkap sekali pun, kalau perkara tidak benar, tetap tidak benar, jika tidak lengkap, tetapi ia berdasarkan kajian, ia sesuatu yang lebih ilmiah dan banyak manfaatnya.

Mari kita selami pulak rancangan di kaca TV. Adakah kita akan mempercayai rancangan 'Misteri' yang ditonton setiap Rabu, 9.30 Malam di TV3? Kerana rancangan itu akan menyebut siapa nama orang terlibat, apa nama hantu tu, bila tarikhnya, pada tahun bila, nama tempat dsb. Tetapi malangnya, di awal cerita penonton telah diingatkan, cerita ini adalah rekaan semata-mata. Itu menunjukkan, jika lengkap sekalipun disebut, kalau ianya rekaan, ia tetap rekaan. Begitu jugalah dengan buku alifi tu. Semua orang percayakah kandungan buku tersebut? Mungkin ahli rufaqa sahaja yang percaya. Yang lain memandang hina penulis dan buku itu tanpa memperdulikan isinya samada betul atau tidak.

ps: maaf WM, merepek panjang pulak :)
maaf juga jika ada yang terasa. Saling tegur menegur sahaja.

 
At 10:05 AM, Blogger ayus said...

23 Aug 2006, Pagi

pemerhati: sila layari http://uk.groups.yahoo.com/group/KuliahSZ/. Dari sini shoutulfitrah tu rupanya.

ayus: tq pemerhati. Dlm group kuliahSZ tu, bhgn desc, dinyatakan ada 7 sifat mujaddid. Nk tny, mana sumber menetapkan 7 sifat berkenaan? apa kitabnya? atau ia karangan abuya?

ayus: Saya perhatikan, ciri2 tersebut langsung tiada kena mengena dgn mujadid, sebab diketahui turun-temurun, mujadid ialah org berjuang memurnikan agama. 7 sifat tu cuma sifat org sufi yg biasa jumpa

ayus: Kalau hendak lantik abuya sbg SZ a.k.a mujadid, kenapa tidak org lain? sebab ramai org sufi ada 7 sikap tersebut. malah lebih dari itu. setakat 7 sifat itu belum mencukupi.

ayus: Pengertian mujadid pun tdk tepat. Ibn Hajar & ramai ulama lain habaq mai, mujadid tu org yg bjuang memurnikan agama. Knp yg ni abuya tak masukkan dlm senarai? takut nk berjuang murnikan agama?

ayus: Atau xbminat dgn ulama ilmuan Islam? if xsuka ulama Malaysia, xpe, ramai ulama kat tmpt lain. Nape xnak ikut? ulama zaman ni memualkan? kalau xsuka ulama zaman skrg, knp xnak ikut ulama zmn dulu?

ayus: Ramai ulama2 kat sana tu. Ok la, ikut imam Syafie pun dah cukup. tapi adakah abuya ikut apa yg imam syafie ajar? banyak yg abuya lari dr imam syafie sendiri. knp bab aqidah, tak nak ikut imam syafie?

ayus: Perhatian utk org sufi (selain rufaqa), sila nyatakan, adakah 7 sifat tsebut disusun menepati ciri2 abuya? kalau sama, nyatakan di mana kesamaannya. Jika tidak, nyatakan mengapa. Kita bincang.

ayus: 1. Iaitu orang yang paling arif atau kenal Tuhan di zamannya. Sangat merasa bertuhan dan memiliki sifat kehambaan yang mendalam. Yang sangat memahami dengan mendalam tentang hati manusia.

ayus: Komen: Apkh maksud tuhan di sini? Allah ke? kita guna pkataan Allah la. Nk ulang soalan cik_awae_donde, betulke abuya kenal Allah? sifat2 Allah? Mcm mn abuya dikatakan org yg plg kenal Allah?

ayus: 2.Dia mendapat ilham dari Tuhan. Komen: Ilham xbleh dijadikan sumber syariat. Tp versi abuya, zikir2 aurad diambil dr ilham. baiah pd abuya dr ilham. yaqazah pun ilham, 1001 dlm rufaqa asyik dgn ilham

ayus: 3.Sgt fhm bagaimana mendidik manusia hingga hasil didikannya sangat berkesan pada jiwa manusia. Komen: bagaimana abuya didik org skylab sampai bleh jadi perogol? byk kali cik_awae tny, hangpa xjwb

ayus: 4.Sgt memahami peristiwa yg tjadi di zamannya. komen: Lps tjadi tsunami baru abuya komen, Tun Madey serah jawatan kat paklah,not ghafar & 1001 lagi. Apa yg abuya SANGAT memahami peristiwa di zaman ini.

ayus: 5.Kadangkala mdpt berita ghaib dr Tuhan, sebagaimana yg diceritakan oleh Nabi kepadanya. Komen: Ini dh masuk bab yaqazah. Nabi kt tun akn naik, x naik jugak. apa daaa. Cik_awae tny, apa sifat nabi?

ayus: 6.Dia sentiasa mdpt petunjuk dari ALLAH Taala. Komen: Mmg Allah sentiasa beri petunjuk pada hamba-Nya. tapi kenapa hamba-Nya xnak ikut? Al-quran ada, hadis sahih pun byk. ikut la yg tu.

ayus: 7. Dia merupakan org yg plg btaqwa di zamannya, sbg anugerah Tuhan kepadanya. Komen: Org btaqwa takkan sekali2 menyalahi al-quran dan sunnah. takkan jaja aib org sana-sini dan 1001 mcm hal lagi


ps: saya simpan di komen ni. Senang nak di rujuk oleh rufaqa, andai rufaqa sudi bincang persoalan dan komen2 tu. Kalau dibiarkan pada cbox, nanti akan hilang dgn komen2 sahabat yg lain

 
At 11:31 AM, Anonymous Anonymous said...

ni kat bawah aku pastekan debat antara mamat_taiko & daniel655313 kat grup yahoio X-Arqam

mamat_taiko wrote

Aiiii, marah nampak Cik Joyah kita ni. Kelakar. Nanti kena jual dengan Tuan
Sadiq Segaraga baru tahu.

Kami ada pendirian. Kami nak ikut manusia yang mencontohi Rasulullah SAW,
para sahabat & orang yang hidup 300 tahun dari zaman Rasulullah SAW. Kami
tak nak ikut manusia yang hidup BERTENTANGAN dengan kehidupan Rasulullah,
sahabat & salafussoleh. Inilah pesanan Rasulullah SAW.

Bagaimana kami nak ikut seorang yang mengaku pejuang sedangkan hidupnya
LEBIH MEWAH dari pengikut ? Bagaimana kami nak ikut seorang yang mengaku
pejuang sedangkan keluarganya terlibat dengan dosa besar ? Bagaimana kami
nak ikut seorang yang mengaku pejuang sedangkan orang kanannya terlibat
dengan dosa besar ?

Jika ikut pesanan Rasulullah SAW, pejuang kebenaran bukan sahaja pejuang itu
sendiri, malah keluarga & pengikutnya (yang berjuang bersama-samanya) SEMUA
hidup lebih susah dari masyarakat umum. Akhlaknya & pengikut menyerupai
akhlak rasulullah SAW, tak macam akhlak joyah daniel, ummu mubarakah dll.
Ubaidah Ibn Jarrah, yang ada padanya
hanya sebilah pedang dan mangkuk untuk makan-minum, berbanding dengan Aziz
Janggut. Abdullah Bin Umar yang ada padanya hanya sehelai jubah yang
DIKONGSI dengan ayahnya Khalifah Umar berbanding dengan Nizam, Fahrurazi &
Nasrul At Tamimi (gelaran ni pun kira cetak rompak juga he he he....jangan
marah).

Jika kita ikut pesanan Rasulullah SAW kita mesti bantu orang yg melakukan
makrufat, tapi Rufaqa bila ada jemaah macam Taleban atau Al Qaeeda buat
makrufat, dia tuduh Wahabi. Bila Darul Tauhid boleh buat lebih dari Rufaqa,
dia kata tak ada mentaliti. Bila PAS dapat negeri, dia kata PAS perjuangkan
demokrasi Yahudi. dan sebagainya ......ini sifat hasad dengki, betul tak Dr
Fauzi USM ? Bila ada X-Arqam buat aktiviti yg berjaya, dia kata mana bukti
(sedangkan dia macam katak bawah tempurung) ?
(dia jeles tu sebenarnya ....kelakar-kelakar). Tapi bila dia kata Asaari
jutawan, orang minta bukti, sampai laaaa ni tak dapat
beri......kelakar-kelakar. Anak buah pun tak mampu beri gaji, EPF & SOCSO
pun tak terbayar, jutawan apa ??? Kelakar-kelakar. Tu tak masuk HADIS Asaari
naik ke arasy jumpa Allah untuk jadi Imam Mahdi diriwayatkan oleh Ummu Jah.
Bukan kelakar saja, karut pun ada.

Jika kita ikut pesan Rasulullah SAW, jangan kita bantu manusia yang buat
mungkar. Atas dasar itu kami semua tak mahu bersyubahat dengan Rufaqa
menyebarkan hadis palsu, memfitnah Rasulullah SAW dan sebagainya.

Sebab tu, kalau dicerminkan syariat, tak satu pun yang Rufaqa buat selari
dengan Al Quran & hadis. Macam mana kami nak berbaiah dengan manusia yang
tidak selari dengan AL Quran & hadis yeop/joyah ? Jadi kalau nak sangat
orang baiah, cermin diri, bertaubat & buat perubahan. Yang ni perangai
pengikut apun melanun, perangai anak-bini mengalahkan perangai Yahudi lepas
tu bila tak dak orang nak baiah, merajukkkkkkk. MAcam pondan, macam mak
nyah. Tahulah kat dalam tu ramai kaum Lut.

Amacam ? Salahkah pendirian kami ? Semuanya ada sandaran.

Orang desperade & tak ada pendirian saja yang ikut pejuang Islam yang hidup
mewah sedangkan Rasulullah, sahabat serta salafussoleh yang berjuang semua
hidup susah. Sebab tu orang yang desperade, dia cakap melalut. Suruh orang
lain DIRECT TO THE POINT, tapi diri sendiri melalut & hujjah semua tak
relevan & emosional. TAK DAK ILMU. Jangan marah, nanti kena jual. Kelakar
betul aku nengok Si Joyah ni.

Walau apa pun hujjah, Joyah & Rufaqa akan kata ""Masuk neraka Masuk
Neraka Pun Tak Apa"". Sedangkan jika disuluh dari segi syariat, jelas apa
yang berlaku bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi disebabkan taksub buta
serta terlalu mendewakan makhluk, Allah tutp pintu hati mereka.

Ehhhh, mana Dr Fauzi USM ni ? Balik-balik Cik Joyah yang emosional ni saja
yang jawab. Dr Fauzi yang ada PhD Sains Politik takkan tak ada hujjah atau
reference yg boleh backing atau jawab hujjah kami ? Takkan nak suruh Joyah
Rufaqa ni melalut & memalukan Rufaqa ?



----- Original Message -----
From: "rothmans88@yahoo.com othman" daniel655313@yahoo.com
To: X-Arqam@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, April 10, 2002 10:15 AM
Subject: [X-Arqam] PENDIRIAN MASING2 DAH TEGUH BUANG MASA AJE


> KORANG TETAP TAK AKAN TERIMA UST. ASHAARI SEBAGAI
> PUTRA BANI TAMIM. KORANG AKAN KATA "Masuk neraka Masuk
> Neraka Pun Tak Apa" Jadi buat apa buang masa.
>
> Siapa pemimpin jemaah korang.Kat MALAYSIA tau. Jangan
> macam Wak tu dia pendatang haram tak apalah cari kat
> Indon.
>
> --- Mamat Taiko dbutcher8@hotmail.com wrote:
> > Cuba tengok perangai si daniel ni, macam orang tak
> > ada akal, satu ayat, satu
> > emel. Ni tanda fikiran kusut. Mana tak kusut, kerja
> > dia buat hubungan
> > sejenis saja lepas tu mengaku tok wali. Tak pun dah
> > naik isim sebab amal
> > wirid yang dicetak rompak. Kelakar aku jadinya.
> >
> > Dia suruh kita Direct to the point" tapi dia sendiri
> > melalut. Hujjah semua
> > tak ilmiah. Hujjah semua emosional sampai melalut ke
> > astora Jabat, melalut
> > ke dolah badawi, melalut ke mahadir, melalut ke
> > ulamak. Kelakar aku
> > dibuatnya.
> >
> > Mengidam sangat kat kerusi PM lah tu. Angan-angan
> > Mat Jenin. Dok kutuk
> > mahadir, dok kutuk dolah badawi, dok kutuk orang
> > UMNO, yang kelakarnya cari
> > juga Senator UMNO nak kawinkan ngan Sheqal, cari
> > juga Gafar Baba & Mat Taib
> > yang UMNO nak dapatkan permit At Tahali yang ajar
> > agama tak sempurna.
> >
> > Cinta dunia juga tok wali ni. Ingatkan Zuhud.
> > Ingatkan ulamak , rupanya ular
> > dalam
> > semak & fullaaamaaaaaakkk. Kelakar. Ingatkan Wali,
> > rupanya kuali. . Jangan
> > marah yeop, nanti kena jual oleh Tuan Sadiq Sigaraga
> >
> > Antara sifat munafiq Rufaqa, selain dari buat hadis
> > palsu & memfitnah
> > Rasulullah ialah tak boleh orang lain lebih dari
> > dia. X-Arqam buat lebih
> > dari dia, dia kata X-Arqam murtad. Taleban & Al
> > Qaedaa buat lebih sikit dari
> > dia , dia kata AL Qaedaa & Taleban Wahabi. Bila kata
> > Darul Tauhid ada lebih
> > aktiviti, dikatanya macam-macam.
> >
> > Biasalah, kalau Allah, Rasul & salafussoleh pun dia
> > fitnah, orang umum yang
> > hidup sekarang ni lagilah dia tak hormat.
> > Kelakar-kelakar. Orang kalau tak
> > dapat taufiq & hidayah memang cam tu. Hati dah gelap
> > sebab memfitnah ciptaan
> > Allah yang paling Agung iaitu Rasulullah. Macam
> > orang kafir Quraisy, dah
> > terang nyata Rasulullah SAW itu rasul mereka tolak
> > juga. Bab Rufaqa pulak,
> > dah terang mereka buat hadis palsu, fitnah Nabi tu
> > pun berangan nak jadi
> > Imam Mahdi (mungkin setahun dua lagi jadi Nabi atau
> > Rasul pulak).
> >
> > Dr Fauzi ooooooo Dr Fauzi USM, mai tolong sedara
> > sefahaman dengan hang ni.
> > Dia tak dak ilmu nak masuk berhujjah, buat malu
> > orang Rufaqa saja ni. Takkan
> > lepas tambah bini baru, langsung nak pikir bini baru
> > saja taknak pikir
> > sedara sefahaman dengan hang ? Mai tolong dia ni,
> > cian aku nengok eehhhh.
> >
> > Allah mengatakan, Rasulullah contoh ikutan yang
> > sebenar. Rasulullah SAW pula
> > bersabda, sahabat-sahabatnya laksana bintang di
> > langit, siapa yang mengikuti
> > mereka pasti takkan sesat. Lepas tu Rasulullah SAW
> > berkata manusia yang
> > sebaik-baik kurun ialah manusia yang hidup sekitar 3
> > kurun dari
> > kehidupannya. Tak ada pulak sebut manusia yang buat
> > hadis palsu, yang fitnah
> > Rasul, sahabat & salafussoleh boleh dijadikan
> > teladan. Kami ikut Quran &
> > sunnah bukan taksub buta. Kelakar-kelakar. Bila
> > kita taknak ikut dia kita
> > pulak dimusuhi . Kelakar, lkelakar. Manusia
> > desperade nak dapat pengaruh.
> > Camana nak jadi PM, kalau desperade sangat nak dapat
> > pengaruh. Kelakar,
> > kelakar.
> >
> > Inilah mentaliti Rufaqa. Mentaliti dibawah paras
> > bumi.
> > Kelakar-kelakar-kelakar.
> >
> > Kumpulan Lawak Nombor Satu. Nomero Uno.
> >
> >
> > ----- Original Message -----
> > From: "rothmans88@yahoo.com othman"
> > daniel655313@yahoo.com
> > To: X-Arqam@yahoogroups.com
> > Sent: Tuesday, April 09, 2002 8:55 AM
> > Subject: [X-Arqam] NANTI BILA KORANG PAKAI MACAM
> > DOLAH BEDAWI SURUH !!
> >
> >
> > > Nantai bila Dolah Bedawi suruh korang pakai neck
> > tie
> > > dan kot korang pakai hadis Astora Jabat Pulak.
> > Guna
> > > Hadis dan QUran ikut nafus. Boleh jadi panel
> > Ulamak
> > > yang Mahadir nak tubuhkan.

 
At 11:58 AM, Anonymous Anonymous said...

Sedutan tulisan che_zain dalam grup X-Arqam

..................

Aku kembali lagi dalam versi salam pantai timur
bahagian ke dua, rufaqa dalam gerhana

Dulu aku cerita pasai boss rufaqa kat pantai timur
yang mengarut. Laaaa ni, aku nak citer pasai restoran
MANISNYA MADU kat Kota Baru.

Pada mamat, minah & maknyah kat Rufaqa, hangpa perasan
tak pasai apa Ghani tukang masak nasik ayaq kat
restoran tu TAK PERNAH makan atau menjamah nasik ayaq
yang dia masak ? Padahal, sekali nampak ceceh ayaq
lioq tengok ada ayam, sotong kering, daging, udang
kering dll dalam nasik ayaq……awat si Ghani tak pernah
sentuh dan jamah masakan yang terkenal di kalangan
mamat, minah & maknyah rufaqa ?

Ceritanya begini…….waktu aku pi hantaq barang Al
Mansur ke Pantai Timur, sempatlah aku pi shopping kat
Rantau Panjang. Kebetulan, aku masuklah pekan Golok.
OOOOIIIII aku masuk pekan Golok nak beli kasut Bally
Siam lahhhh bukan nak cari betina Siam atau Pondan
Siam. Kalau Nizam, Nasrullah, Fakhrul, Usama atau
Ikram anak lelaki Asaari mungkin harus depa cari.
Bukan aku tak kenai perangai depa. Kalau nak cari
pondan tu bini-bini depa yang galak sebab laki tak
larat nak bagi “makan”.

Waktu pusing-pusing pekan Golok terjumpalah aku dengan
Ghani Chef Manisnya Madu. Aku tegurlah dia, awat hang
buat apa kat Golok ni, cari betina kaaa atau cari
pondan untuk Tok Amir ? Dia kata, cari barang rempah
ratus untuk masak Nasik Ayaq Spesel Manisnya Madu. Dia
kata kat Golok ni harga lagi MURAH dari kat Rantau
Panjang. Jadi boleh beli banyak sikit dan boleh agih
untuk dihantar ke Rawang sebab kat sana pun Nasik Ayaq
Manisnya Madu dah glamour. Aku pun ikutlaaa Si Ghani
ni cari barang sambil mengintai, barang apa yang dia
masuk dalam Nasik Ayaq.

Yang mengejutkan……..JENG…JENG…..JENGGGGGGGGGG…..Ghani
ni singgahlah kat kedai sorang Mat Siam yang jual
borong, sayur kering, ikan kering, udang kering,
sotong kering, ikan salai, sotong salai dannnnnnnn
BABI SALAI.

Kebetulan ada sorang sedang beli babi salai kat kedai
tu. Tokey kedai pun timbanglaah babi salai salai
dengan alat timbangnya. Kemudian Ghani lepas himpun
segala ikan, sotong dan udang salai, beri pada tokey
kedai. Tokey kedai timbanglah segala barangan Ghani
tadi dengan alat timbang yang SAMA untuk menimbang
BABI SALAI.

ASTAGHFIRULLAHHHHHHHHHH…….patutlah Nasik Ayaq hang
spesel dari nasik ayaq orang lain sebab ada perasa
BABI SALAI.

Aku pun sound lah Si Ghani Chef Rufaqa tu…..awat hang
beli kat kedai yang jual babi, barang yang halal
campuq gaul dengan barang yang haram kan dah jadi
NAJIS……Si Ghani jawab…….SEBAB TU ANA TAK PERNAH MAKAN
NASIK AYAQ MANISNYA MADU WALAUPUN NASIK TU ANA YANG
MASAK. TOK AMIR TELAN SEMACAM.

Ghani cerita lagi, Rufaqa nak harga murah agar dapat
untung lebih tinggi, terpaksalah beli kat kedai yang
ada campur sekali dengan babi.

Pada mamat, minah & maknyah Rufaqa, awatlah hang
meniaga cara tak jujur ? Makin gelaplah hati manusia
yang makan najis yang hangpa semua hidangkan. Nak
untung punya pasai hang sanggup hidangkan najis
mughallazah pda pelanggan. Memang patut Allah
datangkan bala kat hangpa semua.

Pada Asaari, awatlahh hang tak tegur….hang kata hang
ni wali yang mukasyafah, awat hang tak nampakkah njis
mughallazah dalam hidangan Rufaqa ?

Patutpun sampai laaaaa ni hang tak sedaq diri, sebab
hati dah terhijab makan najis mughallazah.

Taubatlaaaa hangpa semua, aku seru lagi …..taubatlaaaa
hangpa semua….. aku seru lagi kali ke 3…..taubatlaaaaa
hangpa semua wahai mamat, minah dan maknyah Rufaqa.

 
At 12:28 PM, Anonymous Anonymous said...

Tulisan Norina Zulkifli ( kebenaranmu@yahoo.co.uk ) dalam X-Arqam grup

Re: [X-Arqam] Awatlah Hang Ni Doktor Aji Mat No



A’kum,



NASIHAT UNTUK EN. ZIN



Saya dah lama mengikuti hujah-hujah dalam laman ini. Saya cuba sedaya mungkin berlaku adil dan rasional dalam menelitinya. Tak kiralah dari pihak mana, samada dari Al Mansur, Rufaqa, En Zin, Ehsan dan lain-lain. Hingga sekarang, saya yang masih rapat dengan Asari atas sebab-sebab tertentu, rasa tercuit pulak nak mencelah. Bukan apa, nak nasihat En. Zin je.



Saya kira mungkin selepas ini identiti saya akan terdedah, tapi tak apale lah, demi kebaikan dan menyelamatkan saya rasa tu tak penting. Lagipun tugas saya hampir selesai. Nasihat saya untuk En Zin, jangan bazirkan masa nak betulkan pandangan Asari dan groupnya. Habis tenaga. Hari untuk mereka dah semakin suntuk. Cuma kalau nak halang orang yang masih belum bersama Asari, silakan.



Mula-mula mari kita lihat sapa Asari ni. Kata penyokongnya, dia Pemuda Bani Tamim, Mujaddid, Bakal PM. Asari nampak setuju dengan gelaran ni. Dia pun ikut promosi diri jugak. Kalau tak nak, dia dah tolak awal-awal lagi. Jangan tanya apa dalil semua itu. Tak kan dapat dijawab, sebab tak ada dalil. Tanya hadis tentang Bani Tamim pun terkial-kial, apalagi tanya hadis yang confirmkan Asari sebagai Bani Tamim. Lagilah tak ada. Tapi semua orang rapatnya tahu kisah Pemuda Bani Tamim ni berasaskan yakazah. Tak ada hadis. Tapi awas, kalau kita kata Asari bukan Bani Tamim, mereka akan kata, apa tak caya ke? Nak tolak hadis ke?



Hadis pemuda Bani Tamim memang ada, tapi kedudukan hadis itu tidaklah kuat sangat (tak mutawwattir). Tak semestinya dipegang. Asari pun kata, kalau Imam Mahdi pun soal zanni dan khilafiah (hadis Hasan) apalagi lagi hadis Pemuda Bani Tamim yang dia dan orang Arqam era sebelum 1993 pun tak pernah sebut pun tentang Bani Tamim. Kan atas dasar ini Asari membela diri bila dituduh sesat, dia kata Mahdi bukan soal akidah? Kalau soal ImamMahdi pun bukan akidah, apa lagi Bani Tamim.



Itu ‘keluar’. Tapi bila ‘kedalam’ Asari lain macam. Sebab dia nampak faktor Imam Mahdi (syeik Suhaimi) dan Bani Tamim (dia sendiri) boleh menguatkan diri dan kepimpinannya. Maka itulah yang dijaja dalam majlis tarbiah era 1994 hingga kini. Ini diberi nama keyakinan tambahan. Jangan tak yakin, nanti tercampak. Jadi secara taklansung Asari berpegang pada prinsip boleh dibuang orang dari jemaahnya atas soal-soal khilafiah. Tak palah, tu jemaah dia. Keluar jemaah dia bukan bererti keluar dari Islam. Tapi bila orang keluar, sebok pula dia berhujah wajib berjemaah. Yalah kalau pun berjemaah tu wajib, erti berjemaah tu bukan semestinya seperti yang dia faham. Ni tidak, berjemaah tu wajib, dan jemaah yang wajib tu jemaah aku. Seolah-olah gitu. Mana aci, ilmu tentang jemaah ni luas.



Hadis mana yang kata dia pemuda Bani Tamim? Berani pulak konfirmkan dialah Fata at Tamimi? Apalagi, yakazah le… Hadis tentang Pemuda Bani Tamim memang ada (walau apapun taraf hadisnya) tapi hadis yang mengatakan dia pemuda bani tamim tak ada. Yang konfirmkan dia Bani Tamim ialah yakazah yang dibuat oleh ‘Asari kecik’ (yang kini masih sembunyi di Thailand). Kemudian tempat Asari kecik yang tak mahu terlibat lepas era 1995, diambil alih oleh Azura. Azura pun konfirmkan lagi dengan berita-berita ghaib yang lebih advance. Kali ni lagi bagus, terus dari ‘Rasulullah’ (nauzubillah), katanya.



Siapa yang mulakan yakazah dalam Arqam? Yang mula bereksprimen ialah Hj Halim. Dia try dengan banyak orang. Lastnya yang ‘menjadi’ ialah dengan Mujahid Moro. Hj Halim tahu, kalau dia buat salah, Asari akan geser dia seperti mana dia pernah tercampak ke Sabah. Tapi dia bijak, isi yakazah Mujahid semuanya menguatkan kepimpinan Asari. Asaari ni apalagi, walaupun mulanya tak berapa sedap hati juga dengan Hj Halim tapi bila isi yakazah tu bagus maka dia pun merestuinya. Jangan kata dia tak tahu menahu tentang yakazah ni, jangan bohong. Yakazah bukan soal remeh dalam jemaah dulu, kepimpinan, strategi dan dasar semua rujukke situ. Berapa ramai amir terpelanting kerana kerana yakazah, Asari jangan cuci tangan.



Apa bukti dia restu? Dia hadir sama dengan amir2 untuk sama diyakazahkan di Kg Sempadan. Di situ cik Gu Azmi dan berapa amir lagi tumbang dan meraung2 bila dikonfirm sebagai orang yang tidak yakin dengan perjuangan. Semua orang tahu cerita ni. Asaari sendiri beri tindak-balas dalam majlis yakazah ni. Jadi Asari tahu, restu dan galakan majlis ni berjalan. Semua ahliArqam melaluinya.Mustahil Asari tak tahu menahu, orang nak kawin pun rujuk pada dia, nikan pula hal macam ni.



Habis sekarang, kenapa dia salahkan hj Halim? Kenapa tak bercakap dari dulu lagi. Atau lebih tepat dimasa majlis yakazah Mujahid yang dia turut terlibat sama? Asaari takut? Takut hilang pengaruh, atau yakazah tu beri dia pengaruh? Ralatnya banyak orang yang ikut sama dengannya sampai sekarang tak tahu hal ni. Kenapalah agaknya Asari ni nak nafi yakazah tajaan hajihalim ni? Rasanya sebab dia tahu kalau dia pertahankan soal ni sampai sekarang, dia akan merudum sama. Ni konfirm soalakidah. Nibukan soal manhaj, tapi prinsip.



Bila era mujahid malap (peribadi rosak), ia ditolak. Asaari tahu kalau mujahid terus diterima, ada pemimpin yang akan cabut kerana mereka saksi mata tentang perlakuan sumbang Mujahid. Mujahid tak guna lagi, datang era Asari kecik, yakazah ni eksklusif betul. Hanya orang tertentu hadir. Tapi boleh dirakam. Ada suara Asaari tanya kepada ‘Rasulullah’ tentang politik Malaysia dan sebagainya. Tolaklah kaset yang diperdengarkan dalam TV 3 dan RTM (mungkin nanti orang yang taksub Asari kata itu rakaman) tapi macam mana halnya kaset yang saya, amir2 dan pengikut-pengikut lain turut diperdengarkan? Jelas itu suara Asaari dan Asari sendiri yang turut mendengar bersama-sama. Dia, Mahir, isteri2nya ada dalammajlis yakazah Asaari kecik. kemudian hari ni dia kata dia tak tahu, tak restu… Apa ni? Untuk pengetahu Ihsan dan pengikut2 baru Asaari waktu nilah timbulnya Asaari jadi Pemuda Bani Tamim, PM dan sebagai. Waktu tu tak timbul hujah yang kata dalam jemaah tareqat hanya pemimpin no 1 saja mampu beryakazah.



Habis era Asari kecik, dia pencen. Takut balik M’sia. Azura ambil-alih. Selain kuatkan keyakinan tambahan, politik Malaysia, dunia dan sebagainya, kali ini yakazah banyak soal-soal peribadi. Isteri orang tu derhaka, suami orang ni dayus, kahwin-cerai, SB, soal duit,cek, jualan lansung Saklee pun termasuk dalam yakazah bersama ‘Rasulullah’. Yakazah ni tak dirakam. Tapi ditulis. Sebab masa tu kawalan SB masih ketat. Tapi isi yakazah dah agak emosi, sebab Azura pompuan. Azura terpengaruh sama dengan pandangan Nasir suaminya. Tapi Asari bagaimana? Dia pun tumpang sekaki. Selain mengiyakan, dia juga turut sama dalam majlis yakazah azura dalam pajero. Jangan kata ni fitnah, tanya Asaari. Tak kan dia nak bohong. Kalaulah masa tu dia kata, semua tu karut. Kan selamat. Tapi kenapa dia tak kata gitu? Sebab yakazah tu pun masih menguntungkan dia. Kepimpinannya. Keluarganya.



Bila Azhar Al Mansur datang, Asari terus akuinya. Waktu tu dia harapkan sokongan. Sebab ramai pemimpin yang mula tinggalkannya. Tapi Azhar bijak, sama-sama bijak. Kenapa Asaari terima, restu Azahar yang yakazah gunakan talipon kayu sugi tu? Sebab dia nampak mulanya azhar ni boleh menguntungkan dia. Dia tak sedar, azhar pun nampak, asari boleh menguntungkan dia. Dah dapat mohor: Al mansur yang membantu, azahar pun cabut dengan bisnesnya yang semakin menjadi dan pengikut asaari yang telah berjaya diyakinnkannya.



En. Zin tentu tahu apa yang terjadi selepas tu kan? Azhar pun ditolak. Bukan kerana yakazahnya, tetapi kerana yakazah itu tak menguntungkan Asari dan keluarganya. Azhar ada cita-cita sendiri, dia pun tak mengharap apa-apa. Cuma jadilah, pengitirafan sekejap Asari jadi batu lonjatan bisnes dan pengaruhnya. Ni Asari tak boleh diterima, sebab tu sampai sekarang Al Mansur dimusuhi Rufaqa walaupun cara perjuangan mereka nampak sama. Lawaknya, dulu Rufaqa pakai serban tapi la ni pakai songkok macam Al mansur gak. Yang wanita pun sama juga, kebarung, tudung wardina dan ginju merah jadi identiti. Tak caya? Lihat terbaru, kumpulan nasyid terbaru Rufaqqa, Mawaddah.



Selepas tu sekarang ni siapa beryakazah? Tentu, Asaari ambil alih. Semua lansung darinya. Cik Gu Azmi heboh di Perlis kata Asari dengar hatif (suara ghaib) yang bukan ramalan lagi bahawa Saddam akan kalah dan Ghafar akan naik jadi PM. Khairil Nuar talipon Hasan Mohktar kata daulah bulan March, confirm. Ni mesej dari mana? Dari Asari lah. Dia direct sekarang tak payah perantaraan lagi. Sebab tu dia izinkan Ihsan dan lain-lain pengikutnya mengeluarkan hujah dalam laman ni, dalam jemaah tareqat hanya pemimpin no 1 sahaja yang boleh beryakazah. Wah, habis manis sepah dibuang ye? Bila Mujahid, Asari kecik, Azura, Azhar dah tak produktif, awak buang dari senarai. Jangan cakap soal perjuangan, soal persahabatanpun asari ketinggalan.



Yakazah adalah penyebab utama Allah izinkan penghancuran jemaah Arqam yang mulanya ok. Sekurang-kurangnya Ihsan dan konco-konconya terima kenyataan Arqam dah lebur. Yakazah adalah sebabnya. Dari yakazah inilah timbulnya ramalan politik, Pemuda Bani Tamim, SB tu SB ni, cerai, kahwin dan macam-macam karut dalam Arqam. Arqam sekarang dah tak ada. Asaari pun kata era Arqam dah habis, ni era Rufaqa, perjuangkan Tuhan. Tapi dia sendiri tak sedar, Arqam hancur bukan sebab lain tapi sebab-sebab yang timbul dari yakazah. Yakazah dan ramalan tulah yang terus dia pegang sampai kini. Inilah isi Arqam yang busuk dan berulat. Isi yang baik-baik awak luah, yang busuk awak tanam dan suburkan. Bila ada bekas anak buah Asari yang hidupkan nasyid dan dakwah serta tarbiah yang baik, awak pula yang tuduh mereka nak hidupkan Arqam. Asari, awak boleh tipu satu orang satu masa, bukan semua orang, semua masa.



Alih-alih Ihsan pulak kata Asari tak anggap daulah tu penting, yang penting Tuhan. Perjuangkan Tuhan. Ni betul, Tuhan matlamat, daulah alat. Tapi cubalah cermin diri sendiri, sapa yang arah buat referendum lawan Mahathir nak jadi PM dulu? Sapa yang kata syarat Pemuda Bani tamim tu dia dapat daulah, tu tapak Imam Mahdi. Sapa yang keluar duit minta Syed Husin buat buku bawa maksud yang sama? Nasyid pulanglah Abuya dan macam-macam lagi strategi nak jadi PM? Asari jugak. Kalau setakat nak pejuangkan Tuhan, belum lagi orang nampak alasan menasabah nak haramkan Arqam. Tapi benda-benda karut macam tulah yang bagi alasan untuk orang belasah. Alangkah baiknya, Ihsan kata macam ni dulu lagi. Nasihat Abuya nye, jangan beria-ria sangat nak jadi PM, tumpu dakwah, tumpu pejuangkan Tuhan.



Ha, betul ke la ni Rufaqa pejuangkan Tuhan tak mahu daulah lagi? En Zin tentu gelak. Mana boleh, pejuangkan Tuhan cuma slogan. Yang penting nak tarik orang, pada pembuat slogan tu. Sapa lagi Asarilah. Bukti, agenda daulah ada lagi? Ce tengok e-mail Asoib, Daniel Jerman dan orang yang senasib dengannya. Tengok apa yang Hawari Indonesia tulis menjelang piliharaya 1999, lihat apa kata Cik Gu Azmi, apa kata Kahiril, apa ada dalam hati orang Rufaqa bila Iraq di bom. Semuanya mimpi daulah. Asari jadi PM. Dok kata, tepat ramalan Asari Perang Teluk berpanjangan. Ni nak bagi, ramalan tu bukan datang dari Asari. Itu datang dari Hj halim, buat sajak :perutusan untuk Gorbacev. Asaari ciplak, kata dia punya ramalan. Sedangkan waktu tu Hj. Halim dah start yakazah, Asari belum lagi. Yang ni Asari pulak ngaku yakazah Hj Halim Ok. Jangan tak tahu, bab isu dan sejarah, Asari tinggal jauh di belakang hj. Halim.



Tuhan jadi slogan. Awak ambil peluang, menyindir orang atas nama Tuhan. Ni akidah. Sekali bohong, terpaksa dua kali, tiga, seterusnya bohong. Hj Md. Nor jangan nak main baik. Jangan kata mengata. Bila Tok Guru awak kata, itu didik. Itu dakwah. Itu mesej. Tapi kalau orang balas balik, itu umpat.itu ejek. Itu fitnah. Hj. Mat Noh ada dalam majlis bila Asaari kata orang-orang tertentu kena siplis? Saksi hidup ada lagi yang konfirm Asari kata tentang ni. Masa tu saya pujuk hati, ni Tok Guru cakap tentu ada hikmah. Tapi sekarang lain, hati saya berontak, tok gurupun kena patuh syariat. Kalau dia kata, kena bawa bukti. Ni soal dalam kain orang. Ni bukan mengata? Nampak cakap macam Donald Rumsfeled dengan undang-undang Geneva, Asari serang macam-macam, kata macam-macam, kemudian keluar sajak Bahaya lidah, pemimpin pemaaf dan macam lagi. Cakap serupa bikin le.



Sejak dulu canang kasih sayang. Tapi pernah Asari maafkan orang yang tak ikutnya lagi. Budak-budak nasyid raihan, rabani dituduh lacurkan nasyid. Bila depa keluar dalam majalah hiburan, lagilah galak rufaqa kata mereka. Tapi bila Qatrunada keluar dalam majalah Mangga, wah itu dakwah, strategi. Apa ni? Sekarang Mawaddah dah keluar. Macam mana aurat wanita. Bukan suaranya, tapi goyang-goyang badan macam tu macam mana? Kalau dulu kata Hari Muslimah untuk Muslimah je, wanita tak boleh solo kena suara ramai-ramai, sekarang cam na? Strategi lagi.



Tak apalah, kalau tak mengata orang. Tapi bila orang buat; melacur, bila dia buat ‘strategi’. Semuanya atas nama Tuhan dan kasih sayang. Bila bercakap, perasan Tuhan di sebelah dia. Sedangkan Tuhan ialah Tuhan kita semua. Ni tidak atas nama qudrat Tuhan, nak ambil iradat Tuhan. Tuhan boleh buat semua, oleh itu aku boleh jadi PM, aku boleh jadi Pemuda Bani tamim, aku boleh dapat daulah. Ya, lah Tuhan semua boleh, tapi apakah Tuhan mahu begitu? Tuhan boleh buat apa yang Tuhan hendak buat. Tapi belum tentu Dia nak buat apa yang kamu hendak Dia buat. Jadi jangan pandai-pandai buat Jadual Allah dengan ramalan-ramalan kamu.



Kasih sayang? Lucu. En Zin boleh datangkan banyak cerita tentang kasih-sayang orang Rufaqa. Kisah memisahkan isteri orang, anak orang, ugut, kata, ejek dan macam-macam lagi. Orang yang tak tahu bolehlah awak tipu. Berapa ramai anak yang diputuskan dari ibu-bapanya angkara ajaran Asari? Atas berlainan perjuangan pun bagi mereka boleh tak hormat emak bapak. Sedangkan dalam Islam, berlainan agamapun tak memutuskan hubungan anak-ibu-bapa. Nak saksi? Nak bukti? Tanya En. Zin. Jangan nanti, ada pulak kata, Asari tak tahu, yang buat pengikutnya. Nilah hujah Asari, saya tak tahu. Mana saya tahu. Kalau nak jadi pemimpin kenalah tahu. Bukan sahaja tu, kena bertanggung-jawab. Dalam hal yakazah pun dia macam ni juga.



Asari manusia biasa. Dia bukan super. Dia juga boleh tersilap kalau tak diingatkan. Tapi orang taksub, bila kita ingatkan dia kata orang mengatanya. Dia juga diuji dengan cakap-cakapnya. Dia kata pemaaf, allah uji dia dengan pemaaf. Boleh ke dia pemaaf dan benar-benar pemaaf dengan orang yang menyakitinya? Dia sindir orang rumah besar,kereta besar, dia juga diuji dengan itu. Dia juga menjadi rumah besar, kereta besar sebagai bukti kebenaran dirinya. Dia tuduh orang melacurkan nasyid, dia kena uji tentang hal yang sama. Dia tuduh PM tak adil, zalim dan sebagainya, dia berhadapan dengan kes-kes penzaliman diri, keluarga dan orang rapatnya terhadap pengikut-pengikut dan bekas pengikutnya.



Asari tidak tetap, banyak keadaan dia dolak-dalik. Asari tidak meraikan pemimpin lain, komennya terhadap PM, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang sering negatif. Dia ada dua wajah dan berbagai-bagai wajah. Depan pengikut kanan lain. Depan keluarga lain. Depan Polis lain. Depan simpati lain. Tapi semuanya ada alasan, strategi. Tak apalah kalau soal kecil tapi soal yakazah (libatkan nama Rasululullah), soal hukum (derhaka ibu-bapa, cerai, riba, silaturrahim) bukan soal yang boleh distrategikan. Dah salah, mengaku sahajalah. Kemudian teruskan perjuangan yang betul. Nanti orang hormat.

Asarikena terima hakikat,bangunan besar, rumah besar, kereta besar yang dia ada sekarang (betulke?) tak ada nilai sikitpun bila keyakinan perjuangan berdasarkan yakazah palsu ni masih dipegang. Akidah tak boleh dipermainkan. Hadis palsu, nama rasulullah tak boleh dicemarkan di sebalik yang besar-besar itu. Itu pun kalau betul kekayaan dan kebesarannya memang dia miliki. Tapi kalau rufaqa hutang tak bayar, tindas anak buah, bil air dan letrik biar gitu je, jangan sebut kaya le. Orang tahu. Rufaqa berangan. Jangankan nak tanding Mahathir, Azhar Al mansurpun tak terlawan.



Saya dah kata bilabaca sajak dan tulisan Asari nampak macam bagus. Tapi kalau kita tahu realiti, dia pun tak buat macam dia sajakkan. Minta orang tegur, bila tegur dia melenting. Minta sabar bila dikata, orang kata, dia kata balik.Malah lebih teruk. Kata orang zalim, dipun zalim hukum orang tak usul periksa. Kata ulama hasad dengki, dia pun sama. Jangan mengata. Semua orang salah. Paling salah, bila orang tak nampak dia salah, dan nampak orang lain je yang salah. Hj.Md Nor, kalau awak duduk dekat Jah Am macam saya sekarang, awak akan nampak apa yang saya kata ni. Kalau awak rapat dengan Fahkrulrazi, Nizam, nasrul dan kroninya awak akan akui apa yang saya kata ni.



Saya tak senang, tengok orang lain terjun dalam lubang yang sama berkali-kali. En Zin, saya bukannya larang Cik Zin nak kata sesuatu tentang Rufaqa, Asari dan sebagainya, tapi mereka akan kata ‘tengok cik Zin tu mana akhlak dia, mana kasih-sayang dia, dia tu cinta tuhan ke? Mana jemaah dia, mana pemimpin dia? Yang menang nanti Asari juga, sebab dia licik. Lembut depan A, kasar depan B. Kasih-sayang depan C, hentam depan D. Orang nampak dia sembahyang banyak, orang tak nampak dia dolak dalik dalam pendirian. Sedangkan orang banyak solat,patutnya kuat pendirian. Kita kata mainan politik dia dah usik soal akidah, nanti pengikut dia kata, tengok sajak Abuya tentang Tuhan, orang macam tu mencemar akidah? Bila kita kata dia reka2 sesuatu tentang hadis, orang kata dia pakai serban, En Zin pakai apa?



Semua perjuangan Asari yang berkaitan kerohanian hakikatnya ajaran nakkuasa, nak jadi pemimpin. Bila lihat lebih dalam lagi, asas dan dasar ilmunya semua zanni. Imam Mahdi soal zanni, sapa-sapa pun boleh jadi Imam Mahdi. Pemuda Bani tamim lagi zanni. Siapapun boleh jadi Pemuda bani Tamim. Tu sebabnya, sifatnya Arab nipis. Kaya dikalangan orang kaya, miskin dalam kekayaan, bijak dikalangan orang bijak, tak tinggi, tak rendah. Semuanya zanni. Bila ada yang agak tepat dan khusus sikit, contohnya nama Pemuda Bani Tamim tu Shuib bin Saleh, depa tafsir lagi. Tafsir tu jadi zanni semula. Soal Daulah, lagi, lagi, lagi. zanni, boleh tukar-tukar tahun, tukar tarikh. Sapa yang kata semua ni? Asari. Tapi hairannya semua soal zanni ni dikumpul-kumpul lalu dinamakan keyakinan tambahan. Imam Mahdi confirm Syeikh Suhaimi (ni dah makin jarang disebut), Pemuda bani tamim konfirm Asaari. Daulah confirm bulan 3, bulan… (tak ingat, banyak sangat siaran ulangan tapi lain-lain versi). Pelik yang zanni jadi confirm jadi hukum. Sapa yang tak percaya Syeikh Suhaimi kena buang. Sapa tak caya Asari bani tamim terpelanting. Sapa tak caya daulah, boikot. Apa ni? Soal zanni, tapi jadi keyakinan? Patutnya, tak apalah, kan tu soal zanni, sedangkan jemaah tu wajib. Mana boleh soal zanni dijadikan alasan gugurkan yang wajib?



Sebab tu hal keyakinan ni menimbulkan macam-macam perlakuan karut. Dari cemar akidah,jadi cemar syariat dan cemar akhlak. Derhaka mak bapak, hutang tak bayar, ugut, cerai, makan duit dan macam-macam lagi. Bila hulu dah kotor, hilir, muara apalagi. Kalau pasal rasul boleh dikata macam-macam, apalagi depan Jakim, polis, kawan, saudara, emak bapak dan macamlagi. Sekarang ni, galak sangat cakap pasal Tuhan. Jangan silap lagi, ada persoalan dengan Tuhan tak clear kalau dengan makhluk tak clear. Jangan cakap soal Tuhan kalau rasulnya dipermainkan, syariatnya dipermudahkan, akhlaknya dihancur leburkan. Asari sarahlah sikit pasal ni pada budak-budak lulusan jordan tapi derhaka emak bapaknya, korporat hutang rufaqak, pakar motivasi siksa bini, mustapa driver yang lagak samseng jalanan dan pelajar-pelajar yang tak belajar tapi hafal nasyid dua tiga kerat tu.



Maaflah, saya tak dapat cakap lembut-lembut lagi. Takut orang tak faham. Saya harap En Zin boleh terima nasihat saya. Kepada Asari, tanyalah hatikecil anda dan bawalah muhasabah hal-hal yang disebutkan ini. Anda ada kebaikan, tapi akuilah juga kesalahan. Anda ada kelebihan, tapi ada juga kekurangan. Orang-orang keliling anda tak akan berani cakap yang benar, sebab mereka dapat manfaat dari buat begitu. Mereka ada kepentingan. Merekatakut. Anda yang didik mereka supaya begitu. Janganlah lawan kesalahan dengan satu kesalahan yang lebih besar. Kebatilan dalam ideologi tidak boleh diatasi oleh pencemaran akidah. Ketahuilah, penipuan atas nama nabi lebih buruk daripada penipuan kerana nafsu.



Sekian.

 
At 2:26 PM, Anonymous Anonymous said...

saya cuma ingin tanya tentang kursus yang sedang dijalankan.Semua ahli akan mengikuti kursus rawatan diri untuk membuang bisa/mazmumah diri dengan karamah Abuya dan aurad muhammadiah.Ijazah Aurand Muhamammdiah direnew dan bbrp ijazah lain juga akan direnew. Ahli kemudian akan dikuarantin untuk complete rawatan hingga habis bisa dan boleh rawat diri sendiri sampai buang penyakit spt sihir , kanser dll dengan mengumpul tenaga dari karamah Abuya dan dari aurad muhammadiah di Lufh Mahfuz.Mana - mana ahli yang pasangannya belum menjalani rawtan dan kuarantin ini tidak boleh bersama dan malah akan merasa bisa bila berdekatan dan harus berada bebrp jarak dr masing - masing dan mungkin akan terpisah dgn pasangan jika pasangan tidak berjaya atau terkeluar dari ahli.Semua yang dah complete kuarantin dan tidak ada bisa kemudian akan mengadap Abuya untuk di scan semula samada diterima atau tidak , tetapi sebelum itu akan discan oleh orang langit dulu yang akan tahu amalan ahli samaada berapa % dia dah habis wirid , sama ada dia tahajud ke tidak dan smada bisa masih ada ke tidak. Proses membaiah semula pada PBT akan bermula. Semasa tempoh kuarantin, ahli akan total dengan tawasul pd Abuya dan Tuhan dan concentrate dengan wirid dan amal ibadah terutama menhidupkan malam . Malah ada yang berjaya jumpa Saidi , Rasullullah saw melalui mimpi dan yaqazah. Indahnya.Kursus ni salah ke juga dari sudut syariah? Takkanlah mereka akan menipu kami kata jumpa saidi dan Rasul saw .Jin/Sayitan tak boleh menyamar jadi Rasul saw hatta dalam mimpi pun , jadi siapa yang mereka jumpa. Untuk ahli ini adalah satu - satu peluang untuk diterima abuya dan tidak akan lagi ditawar kalau ia ditutup .Rawatan ini tidak ia bagus untuk kita untuk membuang mazmumah dan meninggalkan cinta dunia kita. Dunia sudah sampai ke pehujung , siapa yang akan memimpin , dunia perlukan pemimpin ,siapa yang akan bawa kita nanti.Saya melihat banyak pekara yang dikata salah dlm jemaah ini, kursus ini pun salahkah. saya ingin mimpikan rasullullah, kerana saya juga rindukan baginda saw cuma saya juga takut jika semua ini juga ada nas yang kata salah.Moga ada yang boleh nasihat

 

Post a Comment

<< Home