Thursday, December 07, 2006

KESESATAN BUKU "ABUYA ASAARI MUHAMMAD: PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA"

Buku terbaru tulisan Khatijah Amm, isteri ketiga Asaari, telah menggemparkan Malaysia. Buku ini menjadi bukti jelas bahawa Asaari masih terus mengamalkan Aurad Muhammadiah di samping mencipta pelbagai ajaran baru dan perkara bid'ah dalam akidah. Biarpun Asaari dan para pengikutnya menafikan, namun buku ini menjadi bukti yang sangat jelas KESESATAN MEREKA. Kami paparkan bukti kesesatan mereka! Ini jelas membuktikan bahawa Asaari telah BERDUSTA di media!
Berikut adalah kesalahan yang kami kesan dan petikannya:

1. Mendakwa Asaari Muhammad adalah mujaddid dan diyakini sebagai pembantu Imam Mahdi.

“Allah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid, pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini, kemuliannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia.”
Hlm. vi, baris 12-16.


2. Mendakwa Rasulullah s.a.w. berjumpa, berkomunikasi serta membawa berita bahawa Asaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim.

“…Rasulullah mendatanginya, bercakap-cakap padanya, memberi panduan dan berita-berita…”

3. Mendakwa bahawa hanya Asaari yang boleh membawa mereka mengingati Tuhan, sedangkan mereka sebenarnya menafikan para nabi dan rasul sebagai utusan dan kekasih Allah yang lebih utama.

“Dialah, (Asaari), Ya Allah, yang telah berjaya membuatkan kami mampu membesarkan-Mu begitu sekali, hingga sampai memperkecilkan sahaja semuanya yang selain-Mu...”
(hlm. x, para 4)


4. Mendakwa seolah-olah jika tidak kerana Asaari, pengikutnya tidak mempunyai Tuhan.

”Ya Allah, ia (asaari) benar—benar membuatkan kami tidak lagi keseorangan dalam hidup, kerana sudah mempunyai Tuhan.”
(hlm. X, para 2)


5. Membuat persamaan taraf antara Rasulullah s.a.w. dengan Asaari dalam aspek keilmuan dan mendakwa ilmunya adalah melalui ilham sebagaimana Rasulullah menerima wahyu.

”Kita umat Islam sangat beruntung kerana dikurniakan seorang Nabi dan Rasul akhir zaman yang tidak perlu membaca dan menulis untuk menguasai ilmu. Nabi junjungan yang Ummiy itu, nabi Muhammad s.a.w., diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melalui Jibril), tanpa perlu membaca dan menulis. Gemparlah dunia Arab, Rom dan Parsi kerana kejadian ini. Di mana seorang yang direndahkan tapi menjadi sepandai-pandai manusia. Kuasa Allah diciptakan kepada orang-Nya. Demikian Abuya Ashaari Muhammad ini.”
(hlm. 12, para 2.)

6. Asaari gemar membuat ramalan dengan mendakwa memperolehinya melalui mimpi yang benar, mempunyai kasyaf serta mendapat berita ghaib melalui talian roh seperti ilham dan yaqazah.

”...Sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad termasuk orang yang direzekikan Allah dengan berita-berita ghaib ini. Kita bertuah kerana boleh menumpang manfaatnya sama...”
(hlm. 15, para 4)


7. Asaari mendakwa dia adalah orang kanan atau pembantu Imam Mahdi.

”Imam Mahdi dalam program dan strategi mengislamkan dunia ini semula; menurut Abuya Ashaari Muhammad; dia (Imam Mahdi) sedang memulakan tapaknya menggunakan tangan orang kanannya, al-Fata al-Tamimi (Asaari). Abuya yakin orang kanan itu ialah dirinya.”
(Hlm. 21, para 2)

8. Mendakwa dan memperakui bahawa Syeikh Suhaimi adalah Imam Mahdi.

”di majlis itu seseorang bertanya kepada Sayyidi Sheikh Suhaimi, apakah benar tuan Imam Mahdi? Sayidi Sheikh Suhaimi bertafakur 15 minit dan kemudian angkat kepala lalu menjawab, ”Ya, saya Imam Mahdi.”
(Hlm. 28, para 2)


9. Mempercayai dan memperakui dakwaan Sheikh Muhammad as-Suhaimi bahawa dia akan dighaibkan Allah, serta Allah mengizinkannya untuk dilihat seperti meninggal dunia.

”kata Sayidi Sheikh, ”Insya Allah, saya akan dighaibkan Allah, tapi kalau hilang begitu sahja, sedangkan saya begitu terkenal, akan jadi masalah. Maka Allah izinkan saya untuk dilihat seperti meninggal dunia walhal saya dighaibkan Allah.”
(Hlm. 28, para 3)


10. Menyamatarafkan Syeikh Suhaimi dengan Nabi Isa a.s. dengan mendakwa beliau mempunyai segala ciri Imam Mahdi dan gaib seperti Nabi Isa a.s.

”Hinggalah bilamana penjajah begitu mengancam maka Sayidi Sheikh Suhaimi yang mempunyai segala ciri Imam Mahdi itu ghaib, seperti ghaibnya Nabi Isa a.s.”
(Hlm. 36, para 3)


11. Mendakwa mujaddid sebenarnya (Asaari Muhammad) adalah orang yang diilhamkan oleh Allah melalui roh Rasulullah.

”Setiap mujaddid sebenarnya adalah orang yang diilhamkan oleh Allah melalui roh Rasulullah s.a.w.”
(Hlm. 41, para 2)

12. Mendakwa Asaari adalah orang Tuhan, orang Rasul yang diberikan wahyu atau ilham.

”Demikian sebeanrnya kelahiran orang Tuhan, pemimpin kebenaran, mestilah dari sejarah yang bersifat kebenaran. Tanpa itu, mustahil Allah hendak hidupkan agama-Nya yang mulia, di tangan orang yang kotor! Orang Tuhan, orang Rasul yang akan diberikan wahyu atau ilham tentulah dipersiapkan untuk mampu melakukannya.”
(Hlm. 47, para 2)


13. Mendakwa bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kerajaan telah kalah.

”Allah Taala sudah takdirkan Abuya telah menang dalam pertarungan dengan tuan-tuan (Majlis Fatwa) dan dengan kerajaan Mahathir.”
(Hlm. 107, para 2)

14. Mendakwa 2 tokoh yang disipakan Tuhan adalah Putera Bani Tamim (Asaari Muhammad) dan Imam Mahdi (Sheikh Suhaimi). Manakala roh Rasulullah s.a.w. yang telah wafat merupakan penggerak utama.

”Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di akhir zaman, Rasulullah gunakan ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 Ikhwan di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang.
(Hlm. 107, para 4)


15. Mendakwa Rasulullah s.a.w. telah menganugerahkan Aurad Muhammadiah kepada Syeikh Suhaimi dan Asaari Muhammad.

Kepada mereka (pengikut Asaari), Rasulullah telah anugerahkan sebuah tarekat khusus iaitu Aurad Muhammadiah.”
(Hlm. 107, para 5)


16. Mendakwa Asaari dilantik oleh Tuhan sebagai pemimpin di zamannya.

”sebenarnya bila sudah ada seorang pemimpin yang Allah takdirkan boleh lakukan yang demikian, itulah tandanya pemimpin itu dilantik Tuhan untuk zamannya. Abuyalah (Asaari) orangnya.”
(Hlm. 135, para 4)


17. Mendakwa keselamatan dunia dan akhirat bagi seseorang itu adalah melalui dua bai’ah. Pertama, mengucap dua kalimah syahadah. Kedua, menerima serta taat kepada pemimpin yang dilantik oleh Tuhan (Asaari).

”Keselamatan dunia dan Akhirat bagi seseorang ialah bilamana dia melepasi dua bai’ah. Bai’ah pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah. Bai’ah kedua ialah menerima dan taatkan pemimpin yang dijanjikan yang ditunjuk Tuhan serta mampu merealisasikan dan mengukuhkan bai’ah pertama.”
(hlm. 135-136.)


18. Mendakwa Allah memberikan Abuya ’power’ yang boleh memanggil duit, ilmu serta segala keperluannya.

”Allah rezekikan ’power’ pada Abuya yang dengan ’power’ itu Abuya panggil duit, maka duit datang. Abuya panggil ilmu, ilmu datang. Apalagilah keperluan Abuya, semua Allah rezekikan dengan sebab-sebab adanya power yang Allah bekalkan itu. Umat Islam semuanya patut sangat mempelajari kekuatan ajaib yang Allah janjikan untuk mereka ini.”
(Hlm. 138, para 4)


19. Mendakwa Rasulullah dan Imam Mahdi selalu menziarahi Asaari ketika dia sakit.

”Sebenarnya Rasulullah dan Imam Mahdi selalu menziarahi Abuya waktu sakitnya dan member harapan-harapan sihat dan kemenangan.”
(Hlm. 142, para 2)


20. Mendakwa Rasulullah dan Imam Mahdi datang kepada Asaari secara roh untuk mengajar dan memberi ilmu.

”Kalau Rasulullah dibelakangi oleh Jibril yang selalu datang kepadanya membawa kiriman-kiriman Allah, maka Abuya pula selalu didatangi Rasulullah untuk mengajar bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan. Datang juga kepada beliau Muhammad ibni Abdullah, Imam Mahdi, secara roh untuk memberi ilmu-ilmu apalagi bagi mempersiapkan jemaah.”
(Hlmn. 147, para 3)


21. Mendakwa Rasulullah dan Imam Mahdi berbual secara jaga dengan Asaari.

“(Asaari) berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi. Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material.”
(Hlm. 148, no. 3)


22. Mendakwa Rasulullah dan Imam Mahdi sering memberikan pertolongan kepada Abuya, jika tidak perjuangannya sudah lama berkubur.


“Sungguh! Di belakang Abuya ada dua orang Muhammad bin Abdullah. Pertama, Rasulullah s.a.w. Kedua, Imam Mahdi. Kedua-duanya ghaib tapi tetap hidup di alam ghaib. Bahkan Imam Mahdi akan zahir ke dunia semula seperti turunnya Nabi Isa a.s.”
(Hlm. 152, para 2)


23. Mendakwa Asaari bertemu dengan Nabi Ibrahim di tempat baginda dibakar oleh kaumnya.

”Sepuluh kali Abuya buat ’landing’ dan ’take off’ di Ankara, Turki. Setiap kali ke sana, Abuya mengambil masa tiga minggu. Ertinya tiga puluh minggu semuanya Abuya tinggal di Turki. Setiap hari adalah lawatan dan bertemu masyarakat. Dari utara ke selatan Turki, Abuya datangi, dari Barat ke Timur Abuya masuki. Seluruh sejarahnya Abuya bongkar, semua peringkat masyarakat Abuya ziarahi dan akhirnya Abuya ‘bertemu’ dengan nabi Ibrahim di tempat dia dibakar oleh kaumnya.”
(Hlm. 157, para 3)


24. Mereka yang terkeluar dari jemaah Abuya akan kehilangan hubungan dengan Tuhan, hilang imannya serta menjadi penentang agama atas nama agama.

“bahkan didapati orang-orang yang terkeluar dari jemaah dan terputus dengan Abuya, dilihat jadi cukup menakutkan. Mereka kehilangan tali penghubung dengan Tuhan, lalu jadilah mereka penetang-penentang kebenaran, hilang iman dan Islam serta bersekongkol dengan golongan anti agama. Sampai jadi penentang agama atas nama agama.”
(Hlm. 171, para 2)

25. Mendakwa Asaari boleh menangguhkan kematian seseorang.

”Sebenarnya Allah menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam apa masalah pun, sekalipun untuk meminta dipanjangkan umur untuk sesiapa yang kita harap agar janganlah dia mati dahulu. Kalaulah ada orang berdoa agar Izrail jangan cabut dahulu nyawa polan bin si polan dan sekiranya Allah perkenankan, maka samalah seperti Allah izinkan seseorang yang sedang sakit itu memanggil doktor tolong sembuhkannya. Padahal kuasa menyembuhkan bukan di tangan doktor. Allah lah yang mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan penyembuhan, menghidupkan atau mematikan. Tapi, Allah itu meluaskan agama-Nya dengan mengizinkan hamba-hamba-Nya untuk berurusan dengan ’pegawai-pegawai tadbir-Nya’ dalam kerajaan Allah seperti malaikat-malaikat, nabi-nabi, roh-roh ghaib termasuklah makhluk-makhluk lahir. Namun itu semua adalah untuk urusan agama dan kerana Allah.”
(Hlm. 198, para 1)

26. Mendakwa Imam Mahdi akan datang selepas berlaku Daulah Islamiyah di Malaysia dalam tempoh 3-4 tahun lagi (2009/ 2010).

”Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas terjadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar 3 hingga 4 tahun lagi.”
(Hlmn. 213, no. 5)


27. Asaari mendakwa boleh memberi ’power’ dengannya seseorang itu oleh mendapatkan pertolongan Allah.

”Abuya buat kursus Ilmu Ikhwan kepada pengikutnya. Abuya bagi power kepada setiap orang yang datang padanya. Dengan power itu seseorang boleh mendapatkan pertolongan Allah dalam apa pun hajatnya. Kata Abuya, power ini hendaklah digunakan untuk melakukan kebangkitan Islam kali kedua. Menggunakannya, Insya Allah, kita boleh dapat daulah Islamiyah buat Malaysia.

...Power Abuya ialah kekuatan bantuan Allah kepada seseorang yang melakukan kerja-kerja perjaungan Islam dengan syarat seseorang itu berdoa dengan bertawasul kepada Abuya.”
(Hlmn. 240 -241)


28. Pujian melampau terhadap Asaari yang mengumpamakan Asaari berupaya menjadi malaikat.

Dia paling ajaib yang Kau ciptakan. Tiada yang lebih menghairankan selain dia (Asaari). Makhluk yang mempunyai keupayaan menjadi malaikat sedangkan dia adalah manusia. Dia pasti menang. Orang Tuhan amat diperlukan oleh manusia dan dunia. Manusia wajib mencarinya dan berbaiah dengannya.

_______________________
BENARLAH ASAARI BERDUSTA DI ATAS NAMA AGAMA... ASAARI DAJJAL TETAP BERDUSTA UNTUK MENUTUP PENDUSTAAN YANG PERNAH DIBUATNYA

5 Comments:

At 1:55 AM, Anonymous Anonymous said...

Cadangan Kepada Pihak Berkuasa Terhadap Asaari:-

1)Tahan dia ikut akta ISA.(lagi).

2)Buat satu perbicaraan terbuka keatasnya.Jemput kesemua penyokongnya dan orang ramai.

3) Tembak asaari dikepalanya.
Kalau dia Ajaib mesti tak lut...
Kalau mati dia manusia biasa.
HABIS CERITA.

 
At 4:05 PM, Anonymous Anonymous said...

Semoga pehak Majlis agama Islam dan Jakim serta badan-badan yang berkaitan yang bertanggung jawab terhadap Agama Islam akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani penyelewengan Rufaqa ini demi kemurnian aqidah umat Islam sejagat.

 
At 10:28 PM, Anonymous Anonymous said...

Tahun 88 dulu kata Imam Mahdi nak keluar, tapi tak keluar.

Lepas tu katanya dateline ialah pada 1425 H (awal kurun) bersamaan 2004. Tapi tak keluar juga.

Lepas tu suruh tunggu sampai 2009/2010. Barangkali kalau Asaari mati sebelum tarikh tu, pengikutnya akan tunggu kubur beliau terbongkar, untuk beliau hidup balik, untuk penuhi janjinya, (..ha..ha..ha..)

Sebab tu lah Islam melarang mentaqdis manusia. Nak taksub hanya pada Allah dan Rasul, bukan kepada org yang mengaku jumpa Rasul. Buat malu org Kg Pilin aje.


Moga Allah menyelamatkan daku dan ummat ini dari kebodohan sedemikian dan apa jua khurafat dan bid'ah.

Wassalam
Din Taliban

 
At 12:01 PM, Anonymous Anonymous said...

tak paham aku ngn ashaari, kalau la dia anggap diri dia betul lagi membetulkan, apsal tak saman ngn kita? weei... pleaze la, autie cina tua yang mati anaknya dikatakn dibelasah polis pon berani saman kerajaan malaysia, polis malaysia..

nilaah baru berani pertahankn hak, ni ashari buat bodo tahap cipan,

 
At 2:02 AM, Blogger want to know said...

asslamualaikum abuya.

ana pernah pergi bedah buku anta yang diadakan dihotel seri malaysia di pulau pinang.

bolehkah anta menjelaskan tentang daulah islamiyah yang anta maksudkan di dalam buku anta. ana cuma ingin mengetahui apakah yang anta maksudkan.

ana mohon maaf jika anta merasakan soalan ana ini keterlaluan.

 

Post a Comment

<< Home