Thursday, April 12, 2007

FATWA MUFTI AHLI SUNNAH TENTANG KESESATAN AJARAN ASAARI DAN JEMAAHNYA

Berikut adalah fatwa Mufti yang telah dikeluarkan bagi menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang kesesatan ajaran Asaari Muhammad dan para pengikutnya. Selamat membaca dengan bersedia menerima dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

Mufti Negeri Selangor: >>
(Klik Di Sini)

Mufti Negeri Perak: >> (Klik Di Sini)
( http://mufti.perak.gov.my/isu1/rufaqa'.pdf )

9 Comments:

At 10:33 PM, Blogger ayus said...

Alhamdulillah...

Semoga dengan keluarnya fatwa sebegini, akan menjauhkan lagi orang ramai kepada kumpulan yang rosak aqidah ini. Walaupun fatwa sebegini tidak dapat menarik pengikut Rufaqa agar meninggalkan pegangan akidah mereka, sekurang-kurangnya ia menjadi satu landasan untuk orang ramai menjauhkan diri dari terpengaruh dengan pemahaman mereka.

Apa pun yang keluar dari pihak agama, pasti akan dibalas balik oleh Asaari & BOD kepada pengikut mereka, bahawasanya orang agama ni cemburu dengan mereka. Mereka ini hanya berani berkata begitu kepada pengikut sahaja, tetapi tidak berani berdepan dengan pihak yang bertanggungjawab. Kerana mereka sedar yang mereka ini sememangnya bersalah.

harap mufti2 lain juga dapat mengeluarkan fatwa mereka berkenaan akidah Rufaqa ini, dan seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan.

 
At 2:36 PM, Anonymous Anonymous said...

SAJAK ASAARI: Rentetan Bermulanya Daulah

Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina
Memberitahu pilihan raya tidak ada
Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju
Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa
Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata
dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya
Maka Daulah pun bermulaOrang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu

- Asaari Muhammad, 26 September 1999

 
At 1:49 AM, Anonymous Anonymous said...

Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia

kuang..kuang..kuang......
tun ghaffar dh meninggal.. abuya2 , lain kali nk menipu pun bacalah news dalam tv..

 
At 10:07 PM, Anonymous Anonymous said...

apa ke bodohnya sajak tu... hahaha. sekarang tun ghafar dah arwah. ashaari penin kepala. haha. pandai tak libatkan anwar sebab tahun 1999 tu anwar tgh popular. so ashaari tumpang popular lah... hahaha. apa kejenis pemimpin macam ni.nak jadi pemuda bani tamim yang menyelesaikan masalah ummat? masalah sendiri tak selesai. sudahlah...

 
At 11:03 AM, Anonymous Anonymous said...

roslidollah wrote:
Pembongkaran kepalsuan dalam buku "ASHAARI PEMIMPIN PALING AJAIB DI
ZAMANNYA".
Sumber-al-ahkam.net
Oleh: Yussamir yusof aljohori
1muharam 1428H/20 January, 2007
12 malam dalam kedinginan di lot banglo 526 n9

Alhamdulilah selesai juga proses menalaah buku Pemimpin paling ajaib
di zamannaya yang dikarang oleh Khadijah Aam oleh penulis.
Sebenarnya pada awalnya penulis tidak mahu juga untuk membaca dan
menelaah buku ini, tapi apabila melihat ianya satu kewajipan bagi
penulis untuk mencari kebenaran maka penulis membuat keputusan untuk
meminjam buku ini daripada salah seorang kawan penulis. Manhaj
penulis "tidak akan menerima cakap-cakap orang selagi tidak melihat
dan mengkaji sendiri perkara yang diceritakan tersebut" (tidak
bertaklid) ia juga bertepatan dengan Firman Allah:
"dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang
dilakukannya" [maksud surah al-isra' 36]

Dan firmanNya:
"Apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa berita
fatabayyanu,maka selidiklah",
oleh itu penulis dengan inisiatif sendiri cuba mengkaji apa yang
sebenarnya isi dalam buku tersebut sehinggakan JAKIM mengharamkan
buku tersebut.Penulis sentiasa berdoa agar semasa penulis membaca
dan mengkaji buku ini penulis tidak prejudis dan sentiasa adil dalam
membahaskan buku ini, kerana Penulis teringat Firman Allah "Dan
janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu
tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih
dekat lepada takwa…" (al-maidah:5) Oleh itu segala perbahasan dalam
artikel ini Penulis akan berusaha sedaya upaya bersikap adil dan
kepada Allah segalanya saya berserah,harap artikel ini ada
manfaatnya,InsyaAllah.
Antara kepalsuan Ashaari:
1. Didalam buku ini mengatakan bahawa Ayah Ashaari meninggal dunia
sebanyak 3 kali sepertimana yang ditulis "sewaktu budaknya, di
segambut, beliau (ayah Ashaari) masih bersekolah lagi, beliau
mengalami kejadian ajaib iaitu mati sebanyak 3 kali"(m/s 4). Hujah
ini ditulis oleh Khatijah Am adalah untuk menjadikan suatu sokongan
menunjukkan bahawa Ayah Ashaari adalah manusia ajaib dan kemudian
keajaiban itu diwarisi oleh anaknya dikemudian hari nanti. Namun
bagi mereka yang berpegang kepada Quran dan Sunnah berdasarkan
kefahaman para sahabat perkara ini tidak ini tidak boleh diterima
sama sekali. Hujah menolak keajaiban palsu ini ialah:
· Nabi Muhammad SAW nabi yang diutuskan oleh Allah sebagai ikutan
manusia sendiri tidak pernah mati sebanyak tiga kali seperti firman
Allah "tidak aku turunkan keatas kamu (umat manusia) rasulluALLAH
itu sebagai satu ikutan yang baik",dan jika secara logiknya jika
Allah mahu mengkuhkan lagi mukjizat nabi sudah pasti Allah akan
perbuat begitu tapi mengapa Allah tidak berbuat begitu??Adakah Allah
lupa??Firman Allah "Dan tidaklah Tuhanmu lupa"(maryam:64)
· Para sahabat adalah mereka yang dimuliakan oleh nabi dan ada
mereka yang telah dijamin oleh ALLAH masuk kedalam syurga seperti 4
khalifah seperti mana firman Allah:
"orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama(memeluk agama islam)
diantara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik,Allah redha kepada mereka dan mereka
redha KepadaNYA. Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir
di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya, Itulah kemenagan
yang besar" (At-taubah: 100).
Namun adakah sejarah mengatakan mereka ada mati lebih dari sekali??
TIDAK ADA SAMA SEKALI!!!
Dan adakah sama orang yang mengetahui dan orang tidak mengetahui???
Wahai para pembaca berfikirlah dalam lingkungan Quran dan Sunnah dan
janganlah terlalu obsess dengan cerita-cerita pelik sebegini,ini
adalah satu hujah bagi mereka yang berpegang pada perkara-perkara
pelik bagi mengukuhkan kebenaran palsu mereka. Sepertimana Firman
Allah:
"kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH
Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang
demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula
kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59]….
Berpegang la pada Quran dan Sunnah!!!Berdasarkan kefahaman para
sahabat..
2. Semua kenyataan dalam buku ini tidak berdasarkan kepada Fakta-
fakta dan bukti yang jelas,semuanya berdasarkan hikayat-hikayat atau
pun cakap-cakap orang. Lihat petikan ini "Menurut cerita Kiyai
Shahid"(m/s 37), "menurut Abuya"(m/s 36).. Adakah cakap-cakap ini
dapat diterima dan dijadikan bukti?? Saya serahkan kepada pembaca
untuk berfikir….
3. Menolak akal dan menerima Ilham sebagai satu hujah (Abuya
menganggap ilham adalah salah satu cara Allah memberi tunjuk ajar
kepada nya). Hujah Penulis menolak pendapat ini ialah "menurut
pendapat jumhur ulama ilham tidak boleh dijadikan hujah dalam agama,
ilham sebagai hujah hanyalah untuk para rasul dan nabi sahaja.
Kewafatan Nabi Muhammad adalah penamat ilham sebagai hujah. Oleh itu
kenyataan dalam buku ini tentang penggunaan ilham adalah satu
kenyataan yang batil, Lihat petikan ini:
"tafsiran-tafsiran yang mereka buat tentang agama tidak lagi oleh
ilham tapi akal semata-mata. Sedangkan mereka yang menulis kitab-
kitab kuning dengan tulisan Jawi kuno itulah adalah ulama-ulama
muktabar yang sudah lama meninggal dunia.Mereka mewarisi agama yang
masih murni yang bersumberkan wahyu atau ilham dan sedikit sahaja
dicampuri akal."
Ashaari menyamakan ilham sama dengan wahyu, YaALLAH batil sungguh
kata-kata beliau,kerana wahyu terputus selepas Allah berfirman "Pada
hari ini Aku telah sempurnakan bagi Agamamu. Aku telah sempurnakan
untukmu nikmat-Ku dan Aku telah redha untukmu agama Islam menjadi
agamamu" (al maidah:3).. Apa lagi dalil yang beliau boleh utarakan
bagi menyokong kenyataannya bahawa ilham itu sama dengan wahyu?
4. Di kesempatan ini Penulis mahu bertanya kepada Khadijah Amm
penulis buku ini (jika beliau membaca artikel ini) apa yang beliau
faham tentang WAHABI? Jika Penulis bertanya kepada kebanyakan yang
suka melebelkan orang lain sebagai `wahabi'; apa itu wahabi?.
Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa
yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang
lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah
juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita
beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud
Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka
ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Tidak
pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-
12: (maksudnya):
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak
perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-
larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat
(daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.

Jika Abuya itu ajaib dan selalu diajar oleh Allah pelbagai Ilmu mana
mungkin dia sedangkal ini dalam melabelkan orang wahabi??? Lihat
petikan ini "Namun Abuya Ashaari tidak boleh terima semua itu.Apa
yang ada di dalam hatinya menolak semua ilmu,ajaran dan amalan
berbentuk wahabi itu"(m/s40).....
5. Tekankan KETURUNAN dalam asas menjadi seorang pemimpin.
Adakah ini kebenaran bahawa keturunan adalah asas seseorang itu
boleh menjadi pemimpin?? Tidak benar sesekali,kerana kepimpinan itu
berdasarkan kelayakan, tidak kiralah dari mana keturunan seseorang
pemimpin tersebut, Kalau keturunan seseorang itu dijadikan kayu
pengukur dalam menjadi pemimpin maka ini bukannlah dari ajaran Islam
kerana Islam tidak membedakan antara satu keturunan dengan keturunan
yang lain, kerana Allah hanya melihat Takwa seseorang bukan melihat
keturunan dan sebagainya seperti mana Allah berfirman" Katakanlah
(wahai Muhammad):
"Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan
kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi:
Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan
kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan
sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan
seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami
berserah diri (Islam)"(al-imran :84)..
Dan Nabi juga bersabda "bahawasanya Allah tidak akan memandang rupa
dan hartamu melainkan hati dan amalanmu'..
Lihat petikan ini "Pernah disebut oleh sayidi bahawa siapa-siapa
yang direzikan untuk beriman dan berjuang dalam jemaah kebenaran
adalah seorang yang berketurunan baik, sama ada dari Bani Hayim atau
Sahabat RasulluLLAH.
Ini adalah ungkapan oleh seseorang yang digelar sayidi oleh Ashaari
bukan ungkapan Nabi atau Sahabat Nabi.(sedangkan ucapan Sahabat pun
boleh ditolak inikan pula ucapan mereka yang tidak ada dalam liputan
hadis nabi).
6. Fakta yang tidak dijelaskan dari mana sumbernya, lihat petikan
ini:
"Dan ketahuilah juga wahai umat islam bahawa kemampuan Mustafa Kamal
Atartuk menghancurkan agama yang dibangunkan oleh Muhammad Al-fateh
adalah kerana beliau itu dilahirkan oleh bapa-bapa syaitan yang
teramat jahat. Yang kekuatan kejahatannya sanggup mencabar Allah dan
Rasul. Program untuk melahirkan Mustafa berlangsung selama 200 tahun
oleh Yahudi dengan mengahwinkan anak-anak zina sesamanyan untuk ke
sekian banyak generasi. Ertinya cukup jahat"(m/s47).
Saya tertanya-tanya dimana sumbernya perkara ini dan memang tidak
dinafikan bahawa Mustafa Kamal seorang pemimpin yang jahat namun
sebagai seorang yang sentiasa mendambakan bukti, maka minda sedar
Penulis tidak boleh menerima fakta ini yang tidak disertakan dengan
sumbernya yang jelas... Dan Penulis pun merasakan para pembaca pun
tidak dapat menerima sesuatu tanpa bukti....
7. FITNAH TERHADAP MUHAMMAD ABDUL WAHAB..
Lihat petikan ini
"Demikian juga halnya dengan orang yang membunuh agama Turki
Usmaniah,iaitu seorang wahabi(merujuk kepada MUHAMMAD ABDUL WAHAB)di
Makkah,sebenarnya seorang yang dilahirkan oleh syaitan.Yang
kejahatannya dibina dalam dirinya sampai sanggup jadi perosak agama
atas nama agama.Ertinya keturunannya juga jahat.(m/s 47)..
Namun penulis suka membawakan kenyataan 2 Ulama besar iaiatu Syeikh
Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Zuahaili tentang siapa
sebenarnya Muhammad Bin Abdul Wahab ini.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan
berkata:
Bagi al-Imam Muhammad bin `Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara
akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid
dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori
kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah
dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara
dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik.
(m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).
Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut:
"Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar,
bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang
agung (maksudnya) "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi
hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling
berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat,
jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan
jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin `Abd
al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk
mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan
berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad
bin `Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian
(islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang
bersih.." (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi
Qarn al-Thani `Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian
beliau dalam risalah tersebut.
Penulis tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai
memuji Muhammad bin `Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau
tidak?!!!.
8. Penulis merasa janggal apabila Penulis buku (khadijah Amm) ini
mengaitkan bahasa Inggeris dengan jiwa agama. Lihat Petikan dari
buku tersebut "Muhammad (ayah Shaari) tidak berhutang, sakit tidak
pernah ke Hospital. Walaupun boleh bercakap Inggeris tapi dia tidak
berbahasa Inggeris. Kalau kawan-kawannya datang ke rumah, mereka
cakap inggeris tapi Abuya berbahasa Melayu. Kerana jiwa Agamanya
terlalu mendalam, terbentuklah peribadi pelik begitu" (m/s 48).
Apa masalahnya Bahasa Inggeris dengan kedalaman jiwa beragama?
Bagaimana pula masyarakat eropah ketika itu yang berbahasa Inggeris?
Adakah jiwa beragama mereka cetek?? Apakah yang ingin dibawa oleh
Penulis buku ini wahai Khadijah Amm?? Bagaimana Salman Alfarisi yang
berbangsa Parsi? Adakah Agamanya cetek?? Tidak sama sekali!! Malahan
Beliau adalah SAHABAT NABI !!!!
9. Peranan sebagai seorang yang beragama Islam adalah 'Amar Makruf
Nahi Munkar' lagi-lagi terhadap seorang yang digelar Ulama. Namun
apabila Penulis membaca buku ini sebaliknya berlaku,cuba lihat
petikan dari buku tersebut:
"Kalau ada pesta di kampung Pilin seperti Ronggeng dan
sebagainya,lebai Ibrahim(penjaga dan pengasuh Shaari) akan hilang
selama seminggu, Dia akan pergi ke lubuk cina,rumah
adiknya.Alasannya tidak mahu subahat,takut bala Allah
menimpanya"(m/s 49).
Kalau kita baca petikan ini,sebagai seorang yang dianggap peribadi
contoh salafusolleh yang hidup dizaman itu (seperti yang didakwa
oleh Ashaari di m/s 49) agak ganjil melarikan diri bila ada perkara
maksiat berlaku,jika beliau seorang yang alim mustahil beliau tidak
pernah membaca hadis Nabi iaitu:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya
dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu ubahlahnya dengan lisan,
sekiranya dia tidak mampu maka ubahlahnya dengan hati, yang
sedemikian itulah selemah-lemah iman"(HR imam Muslim).
Dalam hadis ini Nabi tidak menyuruh pun lari dari tempat yang
diduduki tapi nabi Menyuruh kita berusaha untuk mencegahnya,walau
dengan pelbagai cara sekalipun dan jalan terakhir ialah dengan
membenci akan perbuatan tersebut dengan hati. BUKAN LARI!!!
10. Bertemu dengan Ulama dan belajar dengan mereka dalam mimpi??? Ia
satu persoalan yang sangat besar,kalau begitu mudah sebegitu
tidaklah Imam Bukhari bersusah payah mencari Hadis dari para-para
imam hadis di pelbagai negara dengan menaiki unta, kuda dan
sebagainya. Selama 16 tahun Imam Bukhari melakukan sebegitu dalam
mengumpulkan hadis yang sahih. Tidakkah Allah mengasihani hambanya
yang begitu komited dalam mengumpul hadis dengan memudahkannya
dengan memberi mimpi supaya bukhari dapat bertemu dengan imam-imam
hadis dengan mudah???? Fikir-fikirkanlah para pembaca terutama
Shaaari yang mendakwa beliau belajar berdasarkan mimpi. Lihat
petikan ini:
"Diantaranya dapat melihat Syeikh Mahmud Bukhari datang dan merepair
(membentuk-bentuk)badannya supaya menjadi lebih baik.Setiap
kesempatan dapat tidur yang memperolehi di celah-celah sakit
teruknya itu,rohnya melalui mimpi,mengalami perjalanan indah dari
masjid ke masjid yang besar-besar dan cantik-cantik,bertemu ulama-
ulamadan mengaji dengan mereka"(m/s 88)..
Aduhai Ashaari!! Tidakkah berasa bersalah dalam mereka cerita
sebegini?????
11. Menolak wirid-wirid dari doa ma'thurat. Penulis tidak faham
kenapa Ashaari menolak doa-doa mathurat sedangkan ia berumberkan
Hadis-hadis nabi. Jika beliau menolak mathurat ia seperti menolak
hadis-hadis nabi. Penulis dengan suka-citanya menyeru Ashaari
membeli mathurat dan kaji doa-doa yang terdapat dalam
mathurat,antara hadis yang dikutip Riwayat Abu daud, Hakim, Darimi,
albaihaqi, At-tirmidzi dan lain-lain.
Lihat petikan ini: "Gurunya berfahaman wahabi. Sering mensyirikkan
orang dan perbahasannya tinggi-tinggi. Mengamalkan wirid mathurat
dan selalu marahkan Saidina Muawiyah (dalam maksud menafikan
mathurat tersebut)" (m/s95)
12. Berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW dengan mengatakan Nabi
mewariskan satu tarekat khusus iaitu Tarekat Muhammadiah.Tidak ada
satu Hadis Sahih yang mengatakan Nabi mewarisi tarekat muhammadiah
keatas umatnya, jika ada tentu sudah para sahabat
mengamalkannya.Tidakkah mereka membaca hadis ini:
"Barangsiapa berdusta keatas diriku, maka hendaklah dia menduduki
tempatnya di dalam neraka" (Hadis sahih diucapkan oleh Az-Zubair
bila ditanya mengapa tidak pernah meriwayatkan hadis).
Namun yang nabi pesan hanyalah berpegang pada Quran dan Sunnah.Allah
juga ada berfirman "Dan kami turunkan kitab(quran)kepadamu untuk
menerangkan TIAP-TIAP sesuatu dan menjadi hidayah dan rahmat serta
khabar gembira bagi orang-orang islam"..
Perkataan "Tiap-tiap" yang ALLAH sebut itu telah mencakupi segala-
segalanya tidak perlu lagi tarekat yang tidak pernah disebut dalam
Quran mahupun Hadis. Kenyataan mengenai nabi mewarisi tarekat adalah
BATIL!!!!
13. "Kami benar kerana kami tetap wujud walaupun dah kena tangkap
dan sebagainya.".. Ini hujah yang mereka gunakan bagi menyokong
kumpulan mereka.Tidakkah mereka sedar bahawa Yahudi, kaum Khawarij,
Muktazilah yang dahulunya dikenakan pelbagai tekanan dan sebagainya
terhadap mereka tapi sehingga kini mereka ada didunia ini!!!! Adakah
sebab kekekalan mereka hingga sekarang boleh kita mengatakan mereka
benar dan dilindungi Allah? Fikir-fikirkanlah...
14. Wajarkah seorang yang kononnya diajarkan oleh Nabi dan Imam
Mahadi(yakazah) menggunakan hadis palsu??Lihatlah petikan
ini "Perbezaan pendapat dengan Abuya kita yang anggaplah rahmat
Allah kerana RasulluALLAH SAW bersabda : "Perbezaan pendapat antara
umatku adalah rahmat" (m/s 109)..Hadis ini adalah palsu kerana tidak
ada asalnya menurut Syeikh Nasiruddin albani muhadissin abad
ini.Inikah yang dikatakan manusia ajaib???
15. Nabi SAW melawat Ashaari dan mengajarnya?? Lihat petikan ini:
"sebenarnya RasullALLAH dan Imam Mahadi selalu menziarahi Abuya
waktu sakitnya dan memberi harapan-harapan sihat serta
kemenangan"(m/s 142).
DAkwaan beryakazah dengan Nabi adalah perkara yang amat dusta,
Penulis memetik kata-kata Dr Asri Mufti Perlis "kalaulah dalam agama
ini ada kaedah dimana boleh berjumpa dengan nabi terus secara
jaga,tak perlulah nabi tinggalkan hadis-hadis kepada kita,ada
masalah terus rujuk pada nabi, malah apabila Abu bakar ada
perselisihan sama ada nak diperangi orang murtad atau tidak,dia
tidak beryakazah dengan nabi SAW. Dalam isu saidina Ali , muawiyah
dan Saiditina Aisyah, tidak ada siapa beryakazah dengan Nabi SAW
sehingga para sahabat sendiri keliru nak sokong siapa. Banyak isu
yang berkaitan dengan Sahabat sangat penting, tapi tiada siapa yang
dapat beryakazah. Adakah Ashari lebih baik daripada mereka sebab dia
jadi sahabat, lebih besar pangkat dari Saidina Umar dan Abu Bakar?
(majalah I Feb 2007 m/s 20)
16. BERTAWASUL DENGAN JANGGUT ASHAARI dan namanya.. Baca petikan
ini:
"Air doa dengan mencampurkan apa-apa yang baik dari seorang mursyid
yang dimintakan doanya itu juga dianggap ada berkat disis Allah dan
Rasul. Bukan doanya sahaja, janggutnya pun boleh diterima Allah
sebagai Sumber doa dan berkat"(ms 198)
"power Abuya ialah kekuatan bantuan Allah kepada sesiapa yang
melakukan kerja-kerja perjuangan Islam dengan syarat seseorang itu
berdoa dengan bertawasul kepada Abuya" (m/s 241).
Adakah tawasul sebegini diterima Oleh Islam?? Penulis bawakan
jawapannya daripada Ulama Syeikh Prof. Dr Yusuf
Alqaradhawi "jelaslah bahawa wasilah(tawasul) seperti ini tidak ada
dalam islam. Bahkan setiap muslim diperintahkan untuk selalu
mengadakan hububungan terus dengan Allah dalam keadaan apa pun. Dan
dia harus pula berkeyakinan bahawa doanya akan didengari Allah tanpa
ikut campurnya orang lain, betapapun tinggi darjat orang itu.(m/s
83)
Seterusnya Beliau berkata "Beraneka macam khurafat mengelilingi
masalah wali dan kewalian. Sehingga orang menyangka bahawa keadaan
dunia berada di tangan para wali. Merekalah yang mengendalikan dunia
dengan sesuka hati"(m/s 84) [*lihat buku karangan Yusuf Qaradhawi
dan Syeikh Muhamad Ghazali dalam `mengenal bida'ah dan syirik dalam
agama' terbitan Jasmin]
Allah berfirman "Apakah orang-orang kafir itu mengira bahawa mereka
boleh menjadikan hamba-hambaku itu sebagai penolong selain Aku,
sesungguhnya aku telah mempersiapkan Jahanam untuk orang-orang yang
kafir sebagai tempat tinggal mereka"(al-kahfi :102)
17. Ashaari obses dalam memperkatakan tentang penggunaan jin dalam
perjuangannnya, Misalannya Ashaari mengatakan bahawa kita boleh
menggunakan khidmat jin dalam membantu perjuangan islam. Namun jika
kita boleh berfikir secara rasional dan releven,tidakkah ini semua
perkara yang karut dan songsang dalam agama Islam? Jika Penggunaan
jin itu dibolehkan dan sangat berguna pada perjuangan mengapa NAbi
SAW semasa berlakunya peperangan-peperangan di awal kebangkitan
Islam Baginda tidak menggunakan khidmat Jin? Tidak ada satu riwayat
yang sahih tentang penggunaan Jin dalam perjuangan baginda. Memang
tidak dinafikan tentang kewujudan Jin tapi dalam hal ini ia tidak
dapat diterima sama sekali, kerana perjuanga dalam islam adalah
bersandarkan kekuatan diri dan disokong oleh Kekuatan Yang MAHA ESA.
Itu sahaja…
18. Awas!! kepada semua umat Islam di Malaysia kerana sesiapa yang
tidak memakai tutup kepala adalah FASIK!! MasyaAllah sampai begitu
sekali Ajaran yang dibawa oleh Ashaari. Lihatlah di muka surat
224: "sebab dalam Islam,lelaki yang tidak menutup kepala dianggap
fasik"…
Dari mana ashari dapat hukum sebegini? Di mana dalilnya yang Ashaari
ambil? Tidak ada satu dalil pun yang terdapat dalam Quran dan Sunnah
mengatakan bahawa FASIK keatas mereka yang tidak menutup
kepala.Batil sungguh dakwaan ini…. Inikah yang dikatakan Ajaib?
Langsung tidak ajaib!!!
Alhamdulilah selesai juga pembongkaran kepalsuan dalam buku "ASHAARI
PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA". Terus terang Penulis katakana
disini,tidak ada niat langsung untuk berbuat onar atau ingin
menjatuhkan sesiapa melalui tulisan ini, tapi Penulis hanya
menjalankan tugas sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk
menjalan `AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR'. Kerana Allah berfirman:
"sebaik-baik umat dikalangan manusia ialah mereka yang melakukan
perbuatan makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar dan mereka
beriman dengan Allah..".
Dan alasan utama Penulis membongkar segala-galanya ini kerana
Penulis sentiasa berpegang dengan Firman Allah ini:
"dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah
kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya" (surah al-
baqarah;42)
Dan ayat ini:
" Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada
dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah
mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(al-
imran:29)
Di kesempatan ini Penulis memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan
dalam penulisan ini,namun disebalik itu Penulis sentiasa memohon
ampun dan taubat daripada Allah kerana keredhaanNya adalah keutamaan
bagi Penulis.Dan Penulis berharap jika tulisan ini ada manfaatnya
maka pahala yang Penulis dambakan jika kesalahan yang tercoret dalam
artikel ini keampunan yang Penulis harapkan. Dan Penulis berharap
dapatlah artikel ini disebar-sebarkan jika ada manfaatnya,dan
kerahmatan Allah yang kita pohonkan.Saya berharap dengan adanya
usaha saya menulis artikel ini dapatlah sedikit sebanyak ia
menyumbang kefahaman umat islam tentang ajaran islam yang
sebenarnya. Pesan Penulis, marilah kita berpegang pada Quran dan
Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat, tabii dan tabieen.
Akhir sekali wasalammualaikum warahmatuLLAH wabarakatuh……..
"Hamba yang mendambakan tuhannya"
Yussamir yusof aljohori
1muharam 1428H/20 January, 2007
12 malam dalam kedinginan di lot banglo 526 n9
" (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan
mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia
(dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian
juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-
tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di
antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan
supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa
kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-
hambaNya.(al-imran:30

 
At 9:48 PM, Anonymous Anonymous said...

Kadabg-kadang saya pelik kenapa lah org rufaqa tak boleh berfikir dgn waras. Asaari muka selamba aje bila ramalannya tak menjadi. Org rufaqa pula langsung tak persoalkan. Macam aur dgn tebing, yg satu memerlukan yg satu lagi.

Moga ummat ini dilindungi dari pembuat bid'ah dalam aqidah dan Agama.

Wassalam
Din Taliban

 
At 12:11 PM, Blogger ayus said...

Membaca semula sajak Abuya yang lepas-lepas, seolah-olah kita sedang membaca senda gurau, tipu helah sang penglipurlara 1001 malam. Semuanya karut dan angan-angan kosong, diimiginasikan oleh akal fikiran orang yang hidup penuh dgn rasa 'terawang-awang', atau lebih mudahnya, orang yang perasan tak tentu hala.

Apapun dakwaan Abuya dalam sajaknya, semuanya meleset. Abuya hanya membuat andaian berdasarkan fenomena semasa dengan harapan perkara tersebut akan berlaku. kerana, secara logiknya, jika diperhatikan dan dinilai dengan akal yang pendek dan suka menduga-duga, memang perkara tersebut patut berlaku, tapi ianya meleset sama sekali.

Buktinya, seperti kata Anonymous kat atas, abuya ambil kesempatan dengan kes DSAI. Seolah-olah DSAI sudah jatuhkan Dr.M, dan akhirnya Dr M akan jatuh terhina. Tapi perkara tu tak berlaku. Dlm sajak, abuya tak libatkan DSAI, takut nanti DSAI plak yang glamer. Dia naikkan nama Tun Ghafar. Namun semua tu tak menjadi. Sebab apa? sebab abuya punya pemikiran tentang dunia politik amat cetek.

Nak jadi pemerhati politik, mestilah akal kena panjang. Permainan politik juga nak kena masak. Kalau akal lemah, hidup terawang-awang, jangan harap nak menduga itu ini. Menduga takpe lagi, tapi sampai mendakwa. Itu dah salah.

Jika menduga-duga dan membuat andaian berdasarkan keadaan semasa, ok la, Tak salah. Boleh jadi ia menjadi, boleh jadi, ia tidak menjadi. Tapi sampai menulis sajak hingga andaian lemah tu menjadi keyakinan kepada pengikut yang sememangnya taksub dan menjadi pegangan mereka, itu yang salah.

Yang lebih jelek lagi adalah bila abuya menulis seolah-olah dia nampak masa depan. Bukankah manusia itu tidak mengetahui perkara ghaib. Bukankah ini telah menyalahi AQ dan sunnah rasul-Nya yang kononnya diperjuangkan oleh abuya?

Jika diperhatikan, banyak sangat kandungan dalam sajak-sajak abuya yang jauh menyimpang dari berlaku. Kalau nak senaraikan memang banyak, cukuplah kita lihat sajak di atas. Berapa banyak yang langsung tak menepati.

Abuya kata,

November 1999, parlimen dibubarkan - TAK BERLAKU. Parlimen ada sampai sekarang.

Dr M yang akan bubarkan - TAK BERLAKU. Tun Dr M letak jawatan tanpa usik parlimen pun.

Sultan lantik Tun Ghafar jadi PM pulak - TAK BERLAKU. Kawan tu dah arwah dah.

Pilihanraya tidak ada lagi - TAK BERLAKU. Sampai la ni (2007) orang dok kempen pilihanraya.

Dr. M akan jatuh terhina - TAK BERLAKU. Tun Dr M dah turun pun, masih ramai lagi orang yang sayang dia, respek dia. Tak popular bukan beerti tidak disayangi.

Orang kampung juga hina Dr. M - TAK BERLAKU. Masih ramai orang kampung yang dok kenang jasa Dr. M.

Pelbagai rakyat yang nak bawak Dr. M ke mahkamah - TAK BERLAKU. Takde sape nak bawak Dr. M ke mahkamah. Takde keje la tu.

Tun Ghaffar jadi PM dalam 3 bulan hingga 6 bulan - TAK BERLAKU. Kawan tu dah lama arwah. Tengah sibuk menghitung amalan.

Tun Ghaffar berpakat dengan agong dan sultan untuk angkat saya (Abuya) jadi PM - TAK BERLAKU. Inilah yang dikatakan 'perasan lebih'.

Abuya jadi PM, daulah pun bermula - TAK BERLAKU. Sampai la ni abuya dok macam tu jer. Jemaah dok kontang-kanting, terkapai-kapai mencari pemaut.

Orang politik semuanya jadi malu - TAK BERLAKU. Awatnya orang politik nak malu. Sampai la ni orang politik macam tu jer. Malah dah banyak bertukar orang. Apa nak malunya?

Ulama PAS lebih malu lagi - TAK BERLAKU. Kenapa ulama PAS nak kena malu? Sepatutnya abuya yang malu, sebab nak jadi pak nujum, langsung tak menjadi.

Perjuangan PAS tidak membawakan hasil - TUDUHAN MELULU. Sampai sekarang ada jugak orang PAS dok dalam parlimen. Tak menang 2/3 kerusi tak beerti takde hasil. Hasil dari PAS lebih besar kalau nak bandingkan dengan Rufaqa'.

Perjuangan PAS adalah palsu - TUDUHAN MELULU. Siapa yang berhak nak menentukan samada palsu atau tak perjuangan sesuatu kelompok? Abuya? Layak ke? Ulama yang berpandukan AQ dan Sunnah aje yang layak. Orang yang suka berangan, nak mengadili budak Tadika bergaduh pun tak layak.

Sebenarnya kita tak berminat nak explore sajak2 'kosong' ni. Sungguh buang masa. Andaikata kalaulah ada orang tanya, "kenapa semua tu tak berlaku wahai Abuya?". Agak-agak korang, apa jawapan yang korang akan dapat? Tak kiralah dari abuya sendiri ke, isteri2 dia, anak2 dia, atau dari BOD ke.

Ayat biasa, "Ini Rasulullah yang bagitau". Nak tanya, kenapa semua kedustaan sendiri buat, mesti letakkan pada diri baginda Rasulullah s.a.w?

Ayat selain dr tu, "Ini ijtihad abuya. Salah 1 pahala, betul 2 pahala". Nak tanya, ini ijtihad ke? sampai menilik nasib, itu dosa, bukan pahala. Tanya lagi, layak ke abuya untuk berijtihad?

Kesimpulannya, kita sedih dan marah, sebab semua pendustaan mesti nak disandarkan pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Apa salah baginda hingga mesti menanggung pedustaan orang-orang yang mencari pendapatan yang sedikit di dunia, yang menyintai dunia hingga sanggup membelakangkan akhirat?

p/s: kepada ahli Rufaqa', jangan menggigil geram bila baca komen orang lain terhadap anda. Anda semua patut lebih menggigil geram bila ada manusia yang mempermainkan ALLAH dan Rasul-NYA untuk kepentingan diri, bahkan merosakkan diri anda semua.

 
At 10:30 AM, Anonymous Anonymous said...

kepada pembaca- pembaca sekalian perlu diingatkan bahawa kita semua perlu diluruskan. Jangan sekali- sekali mengumpat, menghina, mencerca kepada orang yang sememangnya melakukan kesalahan.
Rasullullah saw pernah mengajar kita dalam beberapa aspek akhlak islamiyyah salah satunya benci. Benci dalam kontek islam maksud tidak menyukai sesuatu perbuatan. Islam tidak benci kepada seseorang tetapi perangai atau akhlak nya yang ditonjolkan itu bertentangan dengan hukum syariat. Dan kita perlu sedar bahawa kita perlu memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu......

 
At 8:44 AM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah..
Sejak kebelakangan ini semakin ramai pengunjung ke laman web/blog milik Ikhwan/pengikut/penyokong Abuya.

Terima kasih..
kerana secara tidak langsung pihak tuan membuatkan pembaca blog ini tercari-cari identiti Abuya yang sebenar.

InsyaAllah..
Mudah-mudahan tuan dan mereka disekeliling tuan dipermudahkan untuk berjumpa Abuya dan menyelami hati budinya.

 

Post a Comment

<< Home