Wednesday, June 28, 2006

PENGUMUMAN

Kami amat sedih kerana ahli Jemaah Aurad Muhammadiah masih enggan memberikan hujah mereka dan melarikan diri dari tajuk yang dibincangkan.
Kami ini adalah kelompok pengkaji akidah dan berpegang dengan manhaj Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Buktinya, kami membawa semua dalil-dalil dari al-Quran dan Hadith, pendapat ulama muktabar dari dua aliran berikut:
a. Ahli Sunnah Asya'irah (Khalafiyah)
b. Ahli Sunnah Salafiyah @ Ahli Hadith
Kami tahu, antara taktik terburuk ahli Rufaqa ialah mereka akan menuduh kami sebagai 'wahabi' dan kononnya mereka ahli Sunnah. Sedangkan para pembaca boleh menilai mereka telah tersasar jauh daripada jalan Ahli Sunnah, membenci para ulama Ahli Sunnah dan tidak pernah merujuk kitab muktabar Ahli Sunnah. Inilah yang dinamakan golongan 'miskin hujah' dan takut untuk berdebat secara ilmiah.
Cercaan Rufaqa kepada ulama aqidah seperti Syeikh Muhammad Abdul Wahhab menjadi bukti sikap BENCI mereka pada ulama dan kesombongan mereka dalam menerima kebenaran. Kami bukanlah anak didik Syeikh Muhammad Abdul Wahab, tetapi kami menghormati semua ulama Ahli Sunnah yang berhujah atas dalil sahih.
Sesungguhnya kami merujuk kepada para ulama yang menentang kesesatan Aqidah dari kalangan ulama Khalaf dan Salaf. Semua nama ulama dari dua kelompok ini kami senaraikan. Tetapi, malangnya, Ahli Rufaqa sememangnya tidak pernah tahu para ulama itu beraliran jenis mana satu ataupun sememangnya tidak pernah mengetahui ada nama ulama sebegitu. Kejahilan Rufaqa dalam mengenali ulama mengakibatkan mereka tidak mengenal siapakah ulama Ahli Sunnah yang muktabar dari kalangan Khalaf dan Salaf.
Kami menyeru seluruh ahli Rufaqa agar bertaubat dan membetulkan kesalahan mereka dan kembali ke pangkal jalan iaitu akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang berdalil sahih. Sekadar mengaku Ahli Sunnah tidak menjadikan kalian selamat tetapi kami sudah buktikan kalian terkeluar dari Ahli Sunnah.

Peperangan kami ini akan berlangsung sehinggalah Asaari benar-benar bertaubat. Kami tahu ia akan memakan masa bertahun-tahun, tetapi kami akan terus melancarkan serangan dengan memberikan hujah sahih bersandarkan aliran Ahli Sunnah Khalaf dan Salaf.
SEHUBUNGAN ITU HUJAH RUFAQA ADALAH TERTOLAK DAN SANGAT TIDAK TEPAT. INILAH KAEDAH BERFIKIR GOLONGAN JAHIL YANG ENGGAN BERBINCANG SECARA ILMIAH DAN ENGGAN MENITI NAS AL-QURAN DAN HADITH YANG SAHIH.
Kami akan memasukkan entri baru pada hujung minggu ini. Terima kasih atas sokongan anda. Sila sebarkan web ini untuk mendedahkan kesesatan Asaari dan Jemaah Aurad Muhammadiah agar mereka tahu dan boleh bertaubat dan tiada lagi sokongan dan simpati terhadap perjuangan mereka.
Allahumma arina haqqa haqqa, warzuqna tibaa`ah;
wa arina bathila bathila, warzuqna jtinabah...
Ya Allah, nampakkanlah kepada kami kebenaran itu benar, dan jadikanlah kami pengikut kebenaran...
Ya Allah, nampakkanlah kepada kami kesesatan itu sesat, dan jauhkanlah kami dari mengikuti kesesatan...
Kami telah mendelete banyak mesej di CBOX sebelah yang datangnya dari ahli Rufaqa yang menggunakan pelbagai nickname. Kami terpaksa mendelete mana-mana mesej yang mengandungi cercaan terhadap ulama dan hujah yang tidak relevan dan tersasar dari perbincangan.
Ya Allah, sedarkanlah Asaari dan para pengikutnya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home